KUANTAN - Lebih seratus penduduk di Kampung Tanjung Punai di sini merayu pihak berkuasa untuk tidak berpindah ke Pangsa Perumahan Rakyat di Kampung Pak Mahat disebabkan oleh pelbagai faktor.
Penduduk, Tengku Mastura Tengku Bahakerishah, 36 berkata, mereka bukan sahaja tidak mampu membayar sewa RM125 sebulan, malah kediaman tersebut terpaksa disewa seumur hidup menyebabkan mereka terus terbeban.
Menurutnya, walaupun terpaksa tinggal di kawasan setinggan, mereka masih mampu meraih pendapatan dengan pelbagai pekerjaan di kawasan sekeliling.
"Kami bukan orang senang, ada di antara kami harap upah menyiang ikan dan jual sayur sahaja.
“Jika dipindahkan, bukan sahaja terbeban dengan sewa bulanan, kami tidak boleh melakukan kerja-kerja harian seperti di sini lagi,” katanya.
Sementara itu, bagi Zaharah Ali, 63 berkata dia sudah tinggal di situ sejak tahun 1979 dan pelbagai suka duka dilalui.
“Memang susah jika mahu kami pindah kerana rumah yang bakal kami tinggal nanti bukan hak kami sepenuhnya.
“Jika pihak berkuasa beri kami sewa beli rumah itu, sekurang-kurangnya kami masih mampu memiliki rumah, bukan dengan cara sewa seumur hidup begini.
“Kami sudah susah, jangan tambahkan kesusahan dengan beban seperti ini. Sekurang-kurangnya beri peluang tinggal di rumah PPRT ataupun Rumah Mesra Rakyat untuk kesenangan anak cucu kami kelak,” katanya. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
56 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan