SHAH ALAM - Hasrat Pemuda PAS tidak mencampuri hal ehwal kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh meletak jawatan, dianggap bukan menjadi masalah kepada parti itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak 'hairan' jika Pemuda Pas tidak mahu membantu mereka untuk berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut,
Menurutnya, Pas berhak berbuat demikian sama ada mahu membantu PKR dalam kempen ataupun tidak kerana pakatan pembangkang akan mengadakan pertemuan selepas ini bagi memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan Chin Cheh.
"Tak apalah, perkara itu akan dibincangkan.
"Bagaimanapun pakatan pembangkang dalam tempoh satu dua minggu ini akan mengadakan beberapa pertemuan dan penjelasan akan diberi," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat taman tema digital i-City di sini malam ini.
Semalam, Pemuda Pas 'mengugut' untuk 'memboikot' Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika Chin Cheh gagal memberi penjelasan munasabah berhubung tindakannya itu dan jika calon penggantinya masih daripada PKR.
Kata dua itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd. Sany Hamzah yang menuntut penjelasan tersebut dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada ketuanya, Suhaizan Kaiat dengan segera berkenaan tindakan beliau itu.
#sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan