script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Liga Malaysia 2015: JDT Membariskan Pemain Kebangsaan !


JOHOR BAHRU: Juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuhkan statusnya dengan membawa masuk tujuh pemain baharu yang rata-ratanya merupakan pemain kebangsaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2015.
Skuad bimbingan Bojan Hodak ini kini mendapat khidmat Gary Steven Robbat, Farizal Marlias, S.Kunanlan, S. Chanturu, Fandi Othman, Mohd Amer Saidin dan Junior Eldstal.
Selain muka baharu, barisan sedia ada turut dikekalkan iaitu Mohd Amri Yahyah, Safee Sali, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Daudsu Jamaluddin, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Al-Hafiz Hamzah, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Jazsarin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Amirul Hadi Zainal.
Keempat-empat pemain import Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun turut dikekalkan.
Barisan 25 pemain Harimau Selatan diumumkan sempena majlis pelancaran jersi baharu JDT di sini, Isnin malam.
Turut berangkat ke majlis itu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pengumuman nama Gary mengenepikan spekulasi yang pemain tengah Harimau Malaya ini akan bermain dengan juara Piala Malaysia musim ini, Pahang selain pasukan negeri kelahirannya,Kedah.
Gary memberitahu pemberita kemudiannya beliau memilih JDT kerana mahu mempertingkatkan dirinya selain menimba pengalaman.
"Ini juga adalah untuk masa depan saya. Saya sudah pilih pasukan ini dan urusan (spekulasi) sudah selesai," katanya. #sumber
Share:

Terkini: Laluan Di KM126, LPT Exit Temerloh Masih Di Tutup


TEMERLOH: Orang ramai yang ingin melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Kuala Lumpur ke Kuantan atau Kuantan ke Kuala Lumpur dinasihatkan menggunakan jalan alternatif lain kerana laluan di KM126, susur keluar ke Plaza Tol Temerloh masih belum dibuka kepada semua lalu lintas sehingga petang ini. Difahamkan, paras air banjir di kawasan terbabit ada penurunan namun ia masih lagi tinggi dan merbahaya kepada semua kenderaan. Air di kawasan bandar Temerloh juga ada perubahan namun ia tidak berapa ketara dan masih bertahan sebenarnya. #pdo
Share:

Satu Mayat Di Temui Lengkap Memakai Jaket Keselamatan


JAKARTA: Satu mayat ditemui di lokasi nahas pesawat AirAsia Indonesia dipercayai terhempas, lengkap memakai jaket keselamatan.

"Pagi ini, kita menjumpai empat mayat dengan salah satu mayat memakai jaket keselamatan," kata Timbalan Ketua Operasi Basarnas, Tatang Zaenudin pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau enggan membuat spekulasi berhubung penemuan mayat itu.

Penemuan itu menimbulkan spekulasi bahawa penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut mungkin mempunyai masa untuk berbuat demikian sebelum pesawat terjunam ke dalam laut atau selepas ia terhempas ke laut dan sebelum ia tenggelam.
Malah, juruterbang tidak mengeluarkan sebarang isyarat kecemasan.

Pesawat tersebut hilang dari radar selepas memohon untuk terbang lebih tinggi bagi mengelak cuaca buruk. #sumber
Share:

Mangsa Banjir Di Pahang Dan Johor Meningkat Malam Tadi


KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Johor meningkat malam ini manakala di Kelantan, Terengganu dan Perak dilaporkan terus menurun.
Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 51,484 orang malam ini berbanding 51,434 orang di 264 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terjejas petang tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan jumlah pemindahan mangsa banjir paling banyak iaitu 21,284 orang yang ditempatkan di 65 pusat pemindahan.
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 10,441 orang, Jerantut (5,674 orang), Maran (4,098 orang), Kuantan (3,852 orang), Lipis (3,090 orang), Bera (2,879 orang) dan Rompin (166 orang).
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kini meningkat kepada 153 orang melibatkan 43 keluarga malam tadi berbanding 148 orang daripada 41 keluarga, petang semalam. #sumber
Share:

Pakar Mendakwa Pesawat QZ8501 Tidak Meletup Di Udara


JAKARTA: Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 tidak mungkin meletup di udara berikutan penemuan beberapa serpihan dan mayat yang terapung di perairan Selat Karimata, kata pakar nahas udara.

Pesawat tersebut berkemungkinan terjunam ke Laut Jawa dan berkecai akibat hentaman kuat.

Serpihan pesawat Airbus 320-200 itu ditemui lebih 48 jam selepas pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar semasa dalam perjalanan dari Surabaya menuju Singapura pada pagi Ahad.

Pesawat tersebut membawa bersama 155 penumpang termasuk tujuh anak kapal.

Sehingga malam Selasa, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai tiga mayat yang sudah membengkak.

Operasi SAR mungkin mengambil masa selama beberapa minggu sebelum pasukan penyiasat mengenal pasti punca nahas membabitkan pesawat tersebut.

Perkara yang paling sukar adalah pencarian kotak hitam pesawat yang merekodkan semua percakapan di dalam kokpit selain data kedudukan dan kelajuan pesawat tersebut.
Berdasarkan hasil penemuan sehingga hari ini terdapat beberapa kemungkinan mengenai apa yang berlaku terhadap pesawat tersebut. #sumber
Share:

Tiga Lagi Mayat Termasuk Pramugari Telah Pun Di Temui !


JAKARTA: Tiga lagi mayat ditemui pada Rabu termasuk mayat wanita yang berpakaian seragam pramugari AirAsia, kata Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo.


Dua lagi mayat yang ditemui adalah mangsa lelaki.

Jumlah tersebut menjadikan enam mayat berjaya ditemui setakat ini.

Pada Selasa, Soelistyo mengumumkan dua mayat wanita dan seorang lelaki ditemui.

Beliau berkata, proses mengesan mayat dan serpihan pesawat tergendala berikutan cuaca buruk dan gelombang tinggi di lokasi nahas.

"Kita terpaksa tunggu dan lihat. Cuaca amat buruk pada waktu ini. Gelombong tinggi dan hujan lebat. Semua peralatan sudah bersedia untuk digerakkan sebaik sahaja cuaca kembali reda.

"Kapal laut Singapura dan Malaysia sudah berada di kawasan nahas sekarang. Mereka menyertai kami sejak awal operasi SAR sebelum serpihan pesawat ditemui," katanya. #sumber
Share:

Blogger China Sudah Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang !


TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral dikalangan netizen.
Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).
Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa  'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.
Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia.
Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain mendakwa ia telah disunting semula bagi dijadikan viral.
Dalam satu komen pada 15 Disember yang telah diterjemahkan dipetik berkata, penulis blog berkenaan telah memberi amaran' "Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17."

"Ini sudah cukup untuk membunuh syarikat penerbangan keenam terbesar: Penerbangan Malaysia (MAS).
"Kini, Tangan Hitam menyasar untuk merosakkan AirAsia, kerana ia juga milik Malaysia.
"Memandangkan bertapa kuatnya Tangan Hitam itu, saya mencadangkan semua rakyat China supaya mengelak daripada menggunakan AirAsia, supaya anda tidak hilang seperti MH370. #sumber
Share:

Juruterbang Tentera: 3 Mayat Ditemui Berpegangan Tangan


TIGA mayat mangsa QZ8501 yang ditemui dilaporkan saling berpegang tangan ketika terapung di lautan Jawa, dakwa juruterbang yang terlibat dalam pencarian pesawat milik AirAsia Indonesia itu.
Dalam laporan Dalymail Online yang memetik akhbar Kompas memberitahu, Airman Tri Wibowa yang merupakan pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 mendakwa demikian selepas mereka berjaya menemui serpihan pesawat berkenaan pada Selasa.

"Di situ ada tujuh hingga lapan mayat, tiga daripadanya saling berpegang tangan," katanya kepada Kompas.
Sejak pencarian QZ8501 dilakukan selama tiga hari, pihak penyelamat dilapor telah menemui beberapa mayat terapung selain serpihan pesawat.

Berikutan itu juga, kumpulan penyelam dan dan bantuan kapal laut dilaporkan akan memulakan usaha mencari badan pesawat pada Rabu.
Berdasarkan penemuan tumpahan minyak pada Selasa, pakar percaya pesawat berkenaan mungkin musnah ketika terhempas di permukaan laut.
\

Selain itu, usaha pencarian juga setakat ini berjaya menemui bayangan pesawat QZ8501 di dasar lautan dan baki mayat berkemungkinan masih di dalam pesawat.
Penerbangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia hilang dari radar selepas 42 minit meninggalkan lapangan terbang di Surabaya pada pagi Ahad.
Pesawat A320-200 yang membawa 162 penumpang ke Singapura itu bagaimanapun disahkan terhempas pada Selasa dengan penemuan mayat dan serpihan pesawat. #sumber
Share:

Banjir: NGO Angkara 'Cadang' Kerajaan Guna Pelatih PLKN !


KUANTAN: NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mencadangkan kerajaan menggunakan khidmat bekas Pelatih Pusat Khidmat Negara (PLKN) sebagai sukarelawan banjir sekiranya petugas yang ada tidak mencukupi dan gagal menampung keperluan yang sepatutnya. Penyelarasanya, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata demikian menerusi satu kenyataan posting terbaru di blog peribadi beliau pagi ini. Menurutnya, tragedi banjir terbesar yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur dan seuruh semenanjung Malaysia sekarang ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak pernah di duga oleh mana-mana pihak sekali pun. Ia merupakan musbiah yang dilihat lebih besar daripada bah yang berlaku pada tahun 1971 dan sebelumnya. Jika dulu, banjir berlaku pada zaman negara belum membangun dan sudah pastilah kerosakannya dan kerugian harta benda tidaklah sehebat mana. Namun, hari ini banjir yang berlaku dianggap luar biasa dan memang diluar jangkaan.

"Susulan itu, berbagai persiapan yang dilakukan oleh pihak kerajaan banyak yang berlaku sebaliknya. Malah, apa yang paling ketara dilaporkan mengenai kekurangan jentera untuk misi bantuan kemanusiaan setiap kali musim banjir. Kali ini ia lebih parah lagi, apabila beberapa negeri dan bandar mengalami situasi yang amat kritikal. Ramai mangsa yang menghadapi tekanan akibat kelewatan mendapatkan bantuan. Malah ada yang kebulur dan ikat perut akibat tidak dapat makan selama beberapa hari. Ramai juga yang terpaksa bermalam di bawah rintikan hujan dengan cuaca yang amat sejuk akibat kelewatan bantuan. Semua ini menyebabkan mangsa berkenaan menjadi marah dan kecewa dengan kerajaan yang diihat gagal menangani misi bantuan dengan segera seperti dijanjikan", katanya.



Jawapan kekurangan jentera untuk membantu amatlah tidak wajar sama sekali kerana saban tahun tatkala musim tengkujuh melanda kerajaan mendakwa sudah bersiap sedia menhadapi banjir. Malah, Datuk Seri Shahidan Kassim selaku menteri berkenaan pernah keluarkan kenyataan bahawa pengurusan banjir di Malaysia antara yang terbaik di dunia, malah lebih baik dari Amerika Syarikat. Persoalannya kenapa masih banyak berlaku kepincangan hingga menyusahkan mangsa yang berkenaan. Justeru, pada masa akan datang Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) mencadangkan supaya kerajaan menggunakan semula pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk menyumbang bakti berkhidmat kepada negara ketika ditimpa musibah seperti ini. Pelatih PLKN telah dilatih selama tiga bulan dengan kos yang menelan belanja jutaan ringgit. Maka itu, kenapa tenaga mereka tidak langsung digunakan sebagai sukarelawan banjir". 



"Mereka boleh digunakan di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir untuk melancarkan urusan yang berkaitan. Sampai bila bakat yang ada kepada pelatih PLKN ini perlu disimpan begitu saja?. Merekalah yang sepatutnya dijadikan aset sukarelawan banjir di seluruh negara. Mereka mempunyai berbagai asas dan kemahiran untuk membantu dan menolong orang ramai ketika ditimpa bencana seperti ini. Kenapa masih mengharapkan KRT, JKKK, RELA dan sukarelawan biasa yang tidak terlatih sepenuhnya dalam misi bantuan kemanusiaan seperti ini. Bukankah elok jika bekas pelatih PLKN yang kebanyakannya sedang bercuti dari pengajian mereka di institusi pengajian tinggi dipanggi semula untuk menyumbangkan bakti kepada negara dikala ditimpa bencana seperti ini", kata kenyataan beliau lagi.

Shukri turut berharap agar pengunaan bekas pelatih PLKN itu dapat diperhalusi dan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan demi memudahkanlah lagi operasi dan kerja-kerja bantuan yang diperlukan. "Jumlah bekas pelatih PLKN bukan seorang dua sebenarnya. Malah saban tahun puluhan ribu peatih menamatkan latihan mereka di PLKN seluruh negara. Inilah masa mereka perlu menunjukkan "Khidmat Kepada Negara" dan bukannya tidur enak dibantal empuk ketika rakyat ditimpa musibah, sedangkan kerajaan menghabiskan ratusan juta ringgit untuk membentuk mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Jika bukan sekarang, bila agaknya masa yang paling sesuai untuk mereka buktikan keberkesanan Latihan Khidmat Negara yang telah dilalui selama ini. Alangkah indahnya, tatkala banjir menimpa kelihatan pelatih PLKN dengan pakaian seragam mereka bertugas membantu mangsa-mangsa banjir di sana-sini. Dengan cara ini, barulah ada kesan postif terhadap PLKN itu sendiri sebenarnya", tambah beliau lagi. #sumber

Share:

Tengku Mahkota Pahang Ziarah Mangsa Banjir Di Temerloh



KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj.Ahmad Shah telah mengadakan lawatan ke pusat-pusat pemindahan banjir di sekitar kawasan Temerloh semalam. Temerloh adalah kawasan yang paling kritikal dengan jumlah mangsa banjir terbesar di Pahang setakat ini. 


Turut bersama mengiringi Tengku Mahkota Pahang ialah ADUN Lanchang selaku Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato' Seri Mohd Sharkar Shamsuddin. #sumber
Share:

YAM Tengku Muda Pahang, Ziarah Mangsa Banjir Di Maran


YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abd Rahman Sultan Hj,Ahmad Shah telah mencemar dulu untuk turut menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan sekitar kawasan Maran semalam. Turut bersama baginda ialah pemimpin politik di kawasan Parlimen Maran iaitu ADUN Chenor (YB Dato' Ariffin Ismail) dan ADUN Kuala Sentul (YB Dato' Shahaniza Shamsuddin) 



Tengku Muda Pahang juga telah meluangkan  masa selepas itu ke pusat pemindahan mangsa banjir di SMTAA Chenor, Masjid Kg Batu 13 dan pusat pemindahan Kg Batu 13. Baginda turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang berkenaan.



Bandar Maran mencipta sejarah apabila air naik mendadak hingga menenggelamkan hampir keseluruhan bandar itu ketika gelombang pertama banjir berlaku baru-baru ini. Kehadiran YM Tengku Muda Pahang  menghulurkan sumbangan diharap dapat memberikan kelegaan kepada para penduduk setempat. #sumber
Share:

Wajah-Wajah Kuala Tahan Selepas Di Landa Musibah Banjir


Gambar foto yang dipaparkan ini adalah senario terkini Kuala Tahan selepas air mula surut. Banjir telah menyebabkan berbagai kerosakan harta benda termasuk di kawasan pelancongan Taman Negara sendiri. Meihat apa yang beraku di sini, membayangkan keadaan yang lebih teruk pasti akan berlaku di kawasan Temerloh yang kini sedang ditimpa musibah terbesar dalam sejarah itu. #sumber




Share:

Air Banjir "Terus Naik" Di Laluan KM126, LPT Exit Temerloh !


TEMERLOH: Laluan jalanraya di KM126, Lebuhraya Pantai Timur di Persimpangan Susur Keluar Ke Temerloh masih belum boleh dilalui oleh sebarang kenderaan. Tinjauan Krew PDO ke lokasi sekitar jam 6.00 petang semalam mendapati air naik bertambah tinggi dan laju dalam jarak 400 meter. 



Keadaan ini menyukarkan mana-mana kenderaan untuk melalui jalan ini sebenarnya. Justeru orang ramai perlulah menggunakan jalan alternatif lain untuk ke Kuantan dari Kuala Lumpur atau pun ke Kuala Lumpur dari Kuantan. Jika dilihat kepada keadaan, air banjir yang melimpah ini dijangka akan bertahan selama beberapa hari lagi untuk surut sebenarnya. #pdo


Share:

Wanita Hamil, Anak Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh !


CAMERON HIGHANDS: Seorang wanita hamil dan anak lelakinya maut manakala suaminya terselamat apabila bukit di belakang rumah yang mereka duduki runtuh di Kilometer 46 Jalan Brinchang-Tringkap, Cameron Highlands di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, M. Nitiahwaty, 24, yang sedang hamil lapan bulan serta anaknya, R. Rubeniswaran berusia setahun maut akibat tertimbus tanah manakala suaminya V. Raja, 41, patah kaki kiri dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu.
Wan Zahari berkata, mangsa yang tinggal di sebuah rumah di belakang bengkel kereta tidak sempat menyelamatkan diri melalui pintu bengkel berkenaan.
“Raja bekerja di bengkel kereta itu dan mereka mendiami sebuah rumah haram yang hanya diperbuat daripada kayu dan plastik.
“Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi pintu bengkel itu tertutup dan tanah menghempap mereka,” katanya.
Beliau berkata, suami mangsa tertimbus sehingga paras dada namun sempat diselamatkan pihak bomba manakala isteri serta anaknya tidak sempat diselamatkan kerana telah tertimbus. #sumber
Share:

Angin Kencang, Laut Bergelora Berterusan Hingga Hari Ini !


KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga hari ini Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi pada Selasa, angin kencang timur laut itu dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Rabu.

Jabatan itu juga memaklumkan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan juga dijanGka berterusan sehingga Rabu.

Angin kencang timur laut itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. #sumber
Share:

MINDEF Kerjasama Kementerian Kerja Raya Perbaiki Jalan !


KUANTAN: Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama untuk membaik pulih jalan raya dan jambatan yang rosak akibat banjir untuk mempercepatkan proses penghantaran bantuan makanan kepada mangsa.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang menyatakan persetujuan dengan langkah berkenaan.
"Perkara menjadi kebimbangan saya pada masa ini adalah jalan terputus yang menyebabkan sukar untuk kita hendak menghantar bekalan makanan. Kita terpaksa menggunakan helikopter yang penggunaannya bergantung kepada cuaca.
"Saya akan buat tinjauan untuk mengesan jalan raya terjejas bagi mengambil tindakan segera," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat OP Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara TUDM Kuantan di sini, Selasa.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi dan Panglima Empat Briged Mekanize, Brig Jen Datuk Ahmad Tajuddin Abd Ghani.
Sementera itu, Hishammuddin berkata pihaknya akan mewujudkan sebuah lagi pusat pengumpulan barangan bantuan di Ipoh bagi memudahkan bantuan sampai dengan lebih cepat kepada mangsa.
Pada masa ini katanya pusat pengumpulan barangan bantuan kepada mangsa hanya terdapat di Subang, Butterworth dan Batu Berendam.
Ditanya sama ada bilangan aset Kementerian Pertahanan mencukupi bagi menghantar bantuan kepada mangsa banjir, beliau berkata pihaknya turut meminta bantuan pesawat MasKargo dan AirAsia bagi melaksanakan misi tersebut.
Selain itu, Hishamuddin turut menyambut baik saranan supaya anggota sukarelawan di setiap agensi kerajaan digerakkan bagi membantu membersihkan operasi pasca banjir.
"Pembersihan pasca banjir perlu dilakukan segera kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan mangsa banjir dan bagi memastikan sekolah-sekolah yang menjadi pusat pemindahan banjir dapat digunakan pada sesi persekolahan akan datang," katanya. #sumber
Share:

Tony Fernandes Mohon Maaf Kepada Waris Mangsa Nahas


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengeluarkan permohonan maaf kepada ahli keluarga mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 pada Selasa selepas serpihan ditemui terapung di perairan kawasan operasi mencari, dikatakan milik pesawat itu.
"Jiwa saya diselubungi dengan kesedihan buat keluarga yang terlibat dalam QZ8501. Bagi pihak AirAsia, saya mengucapkan takziah kepada semua. Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini.
"Saya bergegas ke Surabaya. Apa sahaja yang kita boleh lakukan di AirAsia, kita akan lakukan," katanya di akaun Twitter miliknya sebaik sahaja pasukan operasi mencari Indonesia menemui mayat berhampiran dengan lokasi di mana serpihan dijumpai.
Ketua Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo pada petang Selasa berkata, mereka pasti "95 peratus" bahawa serpihan yang dikesan itu milik pesawat yang hilang, selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan udara trafik pada awal pagi Selasa, dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.
Stesen televisyen Indonesia, TVOne turut menyiarkan rakaman secara langsung mengenai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui objek yang kelihatan seperti mayat terapung di perairan.
Beberapa media melaporkan sebanyak enam mayat ditemui setakat ini, dan dijangka dibawa ke Pangkalan Bun di Kalimantan.
Sebuah pesawat operasi mencari turut mengesan 'bayang' di dasar laut yang menyerupai bentuk sebuah pesawat, dipercayai milik pesawat yang hilang.#sumber
Share:

Agensi SAR Indonesia: Hanya "Tiga Mayat" Telah Di Temui !


JAKARTA: Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) pada Selasa berkata, hanya tiga mayat yang ditemui setakat ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, selepas pegawai lain menyatakan 40 mayat dijumpai.
"Hari ini (Selasa) kita telah membawa tiga mayat dan kesemuanya kini di dalam kapal perang Bung Tomo," kata F.H Bambang Soelistup pada sidang media di Jakarta.
Beliau menambah, tiga mayat itu terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.
Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir memberitahu AFP bahawa menurut radio tentera laut, sebuah kapal perang telah menemui lebih 40 mayat di perairan, tetapi kemudiannya berkata bahawa laporan itu merupakan satu salah faham dengan pegawainya.
Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 orang terhempas pada Ahad, dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura, dengan bangkai pesawat ditemui dekat lokasi ia terputus hubungan.  #sumber
Share:

Najib Sifatkan Banjir Melanda Kelantan Malapetaka Besar !


KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir buruk yang melanda Kelantan adalah malapetaka besar yang membawa banyak kemusnahan.
Beliau pada Selasa meninjau kesan akibat banjir besar itu di Gua Musang dan Kuala Krai, berkata kedua-dua jajahan berkenaan merupakan kawasan yang paling teruk terjejas pada banjir kali ini.
"Mereka (penduduk) menganggap bencana itu bukan sebagai satu fenomena banjir tetapi ia adalah bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini selepas meninjau keadaan di jajahan tersebut.
Turut mengiringi Perdana Menteri dalam tinjauan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan.
Najib berkata, selain melihat sendiri rumah yang musnah sama sekali dan yang rosak teruk, beliau dimaklumkan penduduk bahawa beratus rumah musnah dan mereka hilang tempat kediaman.
"Saya lihat begitu banyak kerosakan dan ia amat menyedihkan dan menyayat hati," katanya, dengan menambah kerajaan akan mengambil beberapa tindakan untuk membantu mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.
Perdana Menteri berkata, sekarang ini kerajaan dalam usaha yang berterusan membantu mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan dan juga membantu mereka pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan banjir pulih.
Beliau berkata, kerajaan akan membuat taksiran secepat mungkin setiap rumah yang musnah dan rosak akibat banjir.
"Tindakan yang perlu diambil ialah membina rumah sementara supaya dapat didiami oleh mangsa-mangsa banjir yang ketiadaan rumah," katanya.
Najib berkata, kerajaan akan membina kediaman kekal untuk mangsa banjir di Kuala Krai di kawasan yang lebih selamat daripada ancaman banjir.
Bagaimanapun, kerajaan pusat akan berunding dengan kerajaan negeri Kelantan memandangkan tanah untuk dijadikan kawasan penempatan baharu itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, katanya.
Perdana Menteri berkata, pembinaan rumah di kawasan tanah rizab sungai tidak boleh dibenarkan kerana ia amat berisiko tinggi apabila dilanda banjir.
Ditanya adakah faktor utama berlaku malapetaka itu disebabkan pembukaan tanah yang berleluasa di kawasan berbukit di dua jajahan itu, Najib tidak menolak kemungkinan kecuaian manusia menjadi faktor penyumbang bencana itu.
"Pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semulajadi untuk menahan air daripada terus ke sungai-sungai dengan begitu pantas," katanya.
Beliau berkata, kayu balak yang banyak hanyut dalam sungai membawa kesan iaitu tersangkut di jambatan menyebabkan air tidak dapat mengalir dan melimpah ke kawasan sekitar dan menyebabkan banjir besar.
"Ini semua pengajaran buat kita supaya ambil tindakan menjamin pembangunan yang lestari dan mampan dan peringatan ini Allah SWT telah mengingatkan kepada kita sebenarnya, jadi kita patut ingat panduan yang diberikan dalam al-Quran, manusia adalah punca, Tuhan tidak menzalimi kita tetapi kita yang menzalimi diri kita sendiri," katanya.
Perdana Menteri juga memuji tindakan petugas Hospital Kuala Krai ketika sebahagian daripada hospital itu dinaiki air, berjaya menguruskan pesakit dan mangsa banjir yang berlindung di hospital berkenaan dengan baik.
"Apa yang dilakukan oleh jururawat dan doktor di hospital itu adalah di luar kebiasaan, dalam keadaan tertekan, maka khidmat bakti mereka perlu disanjungi," katanya.
Najib juga memuji usaha menyelamat mangsa yang terperangkap akibat bencana tersebut oleh agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia.
Ditanya adakah kos untuk pembinaan rumah dan infrastruktur lain yang rosak termasuk dalam peruntukan RM500 juta kepada mangsa banjir yang diumumkannya baru-baru ini, Najib berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan lain bagi tujuan tersebut. #sumber
Share:

Kejadian Tanah Runtuh, Warga Indonesia Di Khuatiri Maut !


CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah kongsi di ladang sayur berhampiran tangki air di Jalan Desa Corina, Kampung Raja di sini, petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata, mangsa dikenali sebagai Zainullah, 27, dipercayai terperangkap dalam runtuhan di luar rumah berkenaan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian pukul 5.30 petang.
"Ketika kejadian mangsa bersama-sama sembilan rakannya yang kesemuanya warga Indonesia sedang berehat. Apabila runtuhan itu terjadi, kesemua rakan mangsa dapat keluar dari rumah itu namun Zainullah dipercayai terperangkap," katanya kepada pemberita di sini malam Selasa.
Beliau berkata, rumah kongsi di atas bukit yang berada dalam ladang sayur-sayuran itu terletak kira-kira 20 meter dari kaki bukit kawasan perumahan Taman Desa Corina.
Zainullah dan sembilan rakannya merupakan pekerja kontrak membina rumah plastik untuk tanaman sayur-sayuran di sekitar Cameron Highlands, katanya.
Beliau berkata, setakat pukul 10 malam operasi mencari mangsa masih diteruskan oleh pasukan Bomba Cameron Highlands dengan dibantu jentera pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Ipoh serta Unit Anjing Pengesan (K9) dari Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan 25 anggota polis.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Cameron Highlands, Yusry Abdullah Sani berkata, mangsa dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira dua meter.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 6.02 petang dan setakat ini operasi menyelamatkan mangsa masih dijalankan. #sumber
Share:

Kemusnahan Di Kuala Krai "Seperti Kesan Tsunami" Aceh !


KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004.
"Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya.
"Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki.

"Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya.

Razi sedang menyelaras misi bantuan kumpulan alumni Akrab Jaya, Gos dan R8 yang bekerjasama rapat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Mercy Malaysia.
Pasukan itu menggunakan empat pacuan empat roda meredah Kelantan pada 27 Dis lalu selama 18 jam menuju Kota Baharu beserta tiga buah bot dan barangan bantuan.

Misi mereka ialah untuk membekalkan bantuan logistik kepada HUSM dengan membawa petugas dan bekalan perubatan ke kawasan pedalaman.

Menurutnya, pasukan itu yang telah bertugas 48 jam tanpa henti turut mengagih makanan dan minuman kepada mangsa di sekitar Kota Baharu dan kawasan berdekatan bersama pasukan Wataniah HUSM.

Beliau berkata kekangan logistik masih menjadi masalah utama untuk pasukan bantuan sampai kepada mangsa banjir.
Namun Razi kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan pasukan bantuan  termasuk Jabatan Pertahanan Awam, Mercy Malaysia dan lain-lain anggota sukarelawan dalam membantu mangsa banjir.


"Senyuman masih terbayang di wajah mereka, walaupun mereka kelihatan letih.
Mereka adalah wira-wira yang bertungkus-lumus siang malam. Mereka berada di sana sebelum banjir gelombang pertama, mereka terputus bekalan makanan, elektrik, air bersih, tetapi mereka tetap bertugas... menggadai segala-galanya untuk menyelamat nyawa orang.
"Mereka menakjubkan, mereka memiliki semangat yang menakjubkan," demikian antara lain bunyi teks mesejnya. #sumber
Share:

QZ8501: "Bayang" Bentuk Pesawat Dikesan Di Dasar Laut !


JAKARTA: Sebuah pesawat tentera udara mengesan "bayangan" di dasar laut yang dipercayai merupakan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas), F.H. Bambang Soelistyo.
"Pada pukul 12.50 tengah hari (1.50 petang waktu Malaysia), pesawat tentera udara Hercules menemui satu objek yang dilihat sebagai bayangan di dasar laut yang menyerupai bentuk seperti pesawat," katanya pada sidang media.

Soelistyo berkata, operasi mencari kini ditumpukan kepada lokasi di mana "bayangan" dan serpihan ditemui, kira-kira 160 kilometer barat daya dari bandar Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di kepulauan Borneo.
"Pasukan menyelamat akan pergi ke lokasi itu. Tugas mereka ialah mencari dan mendapatkan objek-objek atau mayat penumpang," katanya.
"Saya akan memastikan kesemua mereka dibawa ke Pangkalan Bun, yang merupakan landasan kapal terbang yang paling dekat dengan lokasi objek ditemui," katanya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.