KUANTAN: Pahang telah membuat persediaan rapi untuk menghadapi banjir lebih besar berikutan paras air beberapa sungai utama di negeri ini dilaporkan telah melepasi paras bahaya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, persiapan itu termasuk dari segi penambahan stok makanan dan barangan keperluan di daerah-daerah yang telah dikenal pasti akan teruk terjejas dengan kejadian itu.
"Daerah yang telah dikenal pasti ialah Kuantan, Lipis, Maran, Jerantut dan yang mutakhir di Pekan.
"Saya diberikan taklimat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri yang menyatakan dalam tempoh 62 jam selepas banjir berlaku di negeri ini, Pekan akan terjejas dengan lebih teruk dan pada masa sekarang pun telah ada mangsa yang dipindahkan," katanya. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan