Beliau tiba di pusat pemindahan itu kira-kira pukul 6.15 petang dengan menaiki helikopter diiringi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib, yang berpakaian santai memakai but kalis air hitam, meluangkan masa hampir 30 minit bertanyakan khabar dan mendengar rintihan mangsa banjir serta meninjau kemudahan di pusat pemindahan berkenaan.
Pusat pemindahan ini kini menempatkan 533 mangsa daripada 150 keluarga.
Terdahulu beliau meninjau beberapa pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh.
Setakat 5 petang semalam, Pahang mencatatkan sejumlah 33,601 mangsa banjir. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan