script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Abdullah Titah Agar Sistem Perparitan Di Perbaiki !


PEKAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah agar infrastruktur perparitan di Pahang dikaji dan ditambah baik bagi mengatasi banjir pada masa akan datang.  

Baginda bertitah, walaupun kaedah itu mungkin memerlukan peruntukan yang agak besar, ia dilihat lebih memberi faedah dalam tempoh waktu  panjang.

"Saya berharap kerajaan negeri akan mencari kaedah baru bagi menyelesaikan masalah banjir di Pahang.                               

"Antaranya kajian mengenai sistem perparitan, mungkin kita perlukan longkang yang lebih baik di kawasan pedalaman supaya tidak tersumbat dan  air dapat mengalir ke sungai.  

"Ia memerlukan peruntukan tetapi saya rasa tidak sebegitu besar berbanding kerugian dialami penduduk setiap kali banjir," titah baginda ketika  melawat seramai 362 penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang di sini semalam.

Baginda bertitah, kemudahan pusat pemindahan juga boleh dipertingkatkan agar lebih praktikal dan memberi keselesaan kepada mangsa.           

"Pusat pemindahan banjir boleh dibina baru dengan lebih praktikal seperti berasingan antara lelaki serta perempuan dan bagi orang kelainan  paya, juga kita boleh sediakan satu ruangan khas untuk keselesaan mereka," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutama agensi kerajaan dan penguatkuasaan kerana berusaha  gigih dalam usaha menyelamat dan membantu mangsa banjir.

"Semua agensi perlu proaktif untuk menghadapi banjir dan fenomena ini bukan noktah bagi kita kerana keadaan dunia yang kian mencabar dengan  pelbagai masalah dan bencana.

"Bagi mangsa terlibat pula, saya berharap agar mereka banyak bersabar, mengetepikan fahaman politik dan sentiasa berdoa kepada Tuhan ketika  situasi sukar ini," titah baginda. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.