script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jumlah Hujan Sekitar Kuantan Kini Melebihi 150 Milimeter !


KUANTAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuantan menerusi akaun Facebooknya memberitahu, sehingga pukul 5 petang tadi, jumlah hujan yang tinggi dicatat di semua stesen pemantauan melebihi 150 milimeter di hulu Sungai Kuantan membabitkan Sungai Lembing, Bukit Kenau, Bukit Sagu dan Pasir Kemudi) manakala stesen kawasan bandar di Bukit Rangin, Sri Damai dan Indera Mahkota.
Menurut kenyataan itu, kapasiti air dari bahagian hulu akan turun ke kawasan bandar pada malam ini berserta air laut pasang tinggi 3.5 meter pada pukul 10 malam.
"Jika hujan lebat berterusan, keadaan ini akan menyebabkan air naik di kawasan yang kerap berlaku banjir," ujarnya.
Selain itu, kenaikan paras air Sungai Kuantan akibat hujan lebat di hulu dan kawasan bandar serta air laut pasang tinggi akan turut memberi kesan kepada kenaikan air di Sungai Galing, parit Kampung Jawa, Sungai Tiram dan Sungai Talam.
Sementara itu, kenaikan paras air Sungai Belat di stesen pemantauan jambatan Gambang dan Sri Damai akan menyebabkan banjir di kawasan berisiko seperti Jaya Gading, Kampung Gudang Rasau, Kampung Air Hitam, Kampung Sri Damai, Kampung Lubuk Puyu, Kampung Belukar, Kampung Pandan 2, Permatang Badak dan sekitar.
Di kawasan sempadan Kuantan-Pekan, hujan lebat di Pekan serta faktor air laut pasang menyebabkan kawasan di sekitar Sungai Jarau, Sungai Pahang Tua dan Sungai Soi dinaiki air semula. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.