script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Banjir Di Terengganu "Ragut Dua Nyawa" Dekat Kemaman !


KEMAMAN: Wanita yang dilaporkan hilang bersama-sama suaminya selepas terjatuh dalam air banjir semasa proses pemindahan pada Rabu, ditemui mati lemas, Jumaat menjadikan angka kematian kepada dua dalam gelombang kedua banjir di Terengganu. 

Mayat Nur Hayati Sulong, 37, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 4.25 petang, kira-kira 700 meter dari lokasi pasangan itu dilaporkan jatuh di Kampung Geliga Che Akob, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Nor Mahathir Mohamad. 

Suaminya Suhaimi Awang, 37, masih belum ditemui. 

Mangsa pertama banjir ialah seorang remaja berumur 14 tahun, Nurrashidah Baharuddin, yang ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai dekat Kampung Kesom Che Nordin, Manir di Kuala Terengganu, Khamis. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.