script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Jumlah Mangsa Banjir 'Seluruh Pahang' 658 Orang !


KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan meningkat kepada 658 orang membabitkan 183 buah keluarga selepas beberapa kawasan dinaiki air ekoran hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan ketika dihubungi sebentar tadi berkata, sebanyak 11 buah pusat pemindahan sudah dibuka untuk menampung perpindahan penduduk yang terlibat di 18 buah kampung sekitar bandar ini.
Ujarnya, pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan yang menempatkan para penduduk dari Kampung Chendering dan Taman Bukit Rangin Aman mencatat jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu seramai 237 orang diikuti dengan Balai Polis Sg Lembing (53 mangsa dari pekan Sungai Lembing).
"Antara kawasan yang terlibat dengan banjir adalah Kampung Kempadang Goh, Kampung Sri Damai, Kampung Semangat, Kampung Chendor Baru, Kampung Bukit Palas, Kampung Sungai Soi, Kampung Bukit Batu dan Kampung Darat Jering," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, di Kampung Sungai Tagang, Merapoh, dua warga emas, Che Ibrahim Said, 59 dan Zainab Bt Abd Wahab, 74, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Merapoh selepas rumah mereka yang berada pada kawasan yang rendah dinaiki air sedalam satu meter.
Sementara itu, polis turut mengesahkan Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Kilometer (KM) 31, Jalan Kuantan-Gambang (KM34), Jalan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Jalan Kampung Nadak dan Jalan Kampung Air Hitam di Jaya Gading ditutup sepenuhnya untuk laluan semua kenderaan ekoran ditenggelami air kira-kira 1 meter.
KM90 Jalan Merapoh-Gua Musang pula ditutup kepada kenderaan ringan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.