script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kula Segaran Gesa, Zahid Bertindak Bukan Sekadar Kritik !


IPOH: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi diminta tidak sekadar mengkritik, tetapi bertindak terhadap anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang melakukan tindakan provokasi termasuk merentap kain rentang ucapan Krismas dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak.
“Kritikan tidak mencukupi. Zahid perlu segera mengarahkan polis bertindak terhadap suspek,” kata Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M Kula Segaran (foto) dalam satu kenyataan.
Malah kata Kula, sehingga kini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid yang kebiasaannya tidak pernah lewat bertindak balas terhadap pelbagai isu, perlu segera mengambil inisiatif mengarahkan polis mengambil tindakan.
Manakala dalam kejadian serupa Jumaat lalu, sekumpulan ahli Perkasa dalam himpunan di hadapan pejabat kerajaan Pulau Pinang mengambi kesempatan menghamburkan kata nista kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan perkataan termasuk ‘babi hutan’ dan ‘patut disingkirkan’.
Himpunan itu dikatakan berpunca dari kenyataan Guan Eng baru-baru ini bahawa orang bukan Islam di negeri itu boleh menggunakan kalimah ‘Allah’.
Difahamkan, Perkasa Pulau Pinang membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Guan Eng mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’, dan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi memaklumkan kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Ujar Kula, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana ‘penghinaan disengajakan dengan niat menggugat keamanan’.
Namun beliau ingin menarik perhatian bahawa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri sebelum ini turut pernah menyatakan bahawa orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak harus dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’.
Nazri dipetik dari laporan The Sun berkata, peraturan itu turut terpakai di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan kerana tidak ada enakmen negeri melarang penggunaannya.
‘Jadi, adakah polis akan menyiasat Nazri yang turut menyatakan fakta perundangan, seperti dilakukan Guan Eng? soal Kula. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. tak payah berlagak lah Kula....nanti aku bagi gulai kari kan baru tau...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Melaksanakan Pemantauan Berkala Kawasan Cerun Berisiko Bagi Hadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027

TEMERLOH: Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan pemantauan berkala di kawasan cerun berisiko serta kerja pembersihan longkang dan laluan air ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.