script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Hudud: Azmin Dakwa Kenyataan Teng Bersifat Peribadi


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan anggota Exco negeri daripada DAP, Datuk Teng Chang Kim bahawa PAS harus meninggalkan Pakatan Rakyat jika gagal menunaikan janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, merupakan pendapat peribadinya.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata kenyataan Teng tidak menggambarkan pendirian Pakatan Rakyat berhubung undang-undang Islam sambil menambah sebarang cadangan atau pendapat mengenai hudud akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
"Kebiasaannya, perkara ini (Hudud) hanya akan diputuskan selepas mendapat konsensus daripada semua komponen parti dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Zon Bersih Mini anjuran Majlis Bandar Raya Shah Alam di sini, Isnin malam.

Teng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang melalui laman Facebooknya semasa mengulas desakan PAS melaksanakan hudud di Kelantan berkata, "sekiranya kamu tidak dapat berpegang kepada janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud semasa bersama Pakatan Rakyat, lebih baik keluar." #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.