Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia akan diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan negeri bergantung kepada perkembangan banjir di negeri masing-masing.
"Kita lihat dulu, kalau keadaan memerlukan ... boleh dilambatkan (sesi persekolahan) kerana sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir dan itu tidak jadi masalah.
"Semua prosedur operasi standard (SOP) tentang perkara itu telah sedia ada. Pegawai Jabatan Pendidikan peringkat negeri dan daerah pun tahu, malah guru besar pun tahu, jadi tidak ada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Sukan Pahang (Sukpa) pada Jumaat.
Turut serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan