KUANTAN: Keadaan banjir di negeri ini semakin serius apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan terus mencatatkan peningkatan seramai 13,890 orang daripada 3,629 keluarga membabitkan lapan buah daerah.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa paling tinggi iaitu 7,824 orang daripada 2,257 keluarga.
Katanya, ia diikuti dengan Maran melibatkan 2,541orang daripada 623 keluarga, Lipis (1,803 orang, 379 keluarga, Jerantut (513 orang, 89 keluarga), Rompin (257 orang, 64 keluarga)
"Selain itu Temerloh mencatatkan seramai 333 orang mangsa daripada 66 keluarga, Bera (lapan orang;, satu keluarga) dan Pekan (611 orang, 150 keluarga)," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Katanya, beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan antaranya Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan-Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), Jalan Jerantut-Lipis, Jerantut-Kuala Tahan dan Kilometer 42 Jalan Kuantan-Segamat.
Dalam pada itu, keadaan laut bergelora dengan angin berkelajuan 60 kilometer sejam serta ombak laut mencapai ketinggian 5.5 meter yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. #sumber









Tiada ulasan:
Catat Ulasan