script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penduduk Gusar, Air Sungai Kuantan Bertukar Kemerahan !


KUANTAN: Apa sudah jadi dengan air yang mengalir ke Sungai Kuantan ini?. Susulan daripada kegiatan mengorek  tanah bauksit di sekitar kawasan RTP Bukit Goh dan Kota SAS, kini air sungai tersebut bertukar menjadi kemerah-merahan. Ia cukup membingungkan orang ramai terutamanya di waktu musim banjir sekarang ini.



Difahamkan, aktiviti megorek tanah bauksit memang sedang rancak dijalankan dikawasan terbabit. Sebelum ini timbul bantahan daripada penduduk akibat jalanraya yang tecemar dan berdebu di kawasan mereka. Lori-lori yang membawa tanah bauksit ternyata tidak dipantau dengan baik oleh Jabatan Pengangkutan  Jalan (JPJ) dan juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Penguatkuasa dan operasi yang lemah menyebabkan lori-lori berkenaan bermaharajalela di atas jalan raya. 



Kekotoran yang dibawa kini bukan saja mencemari jalanraya malahan juga air sungai Kuantan sendiri. Inilah air yang diproses untuk diminum oleh para penduduk di bandar ini. Justeru, satu pemantauan yang rapi perlu dilakukan bagi mengenal pasti kena masalah ini berlaku. Air sungai benar-benar tercemar akibat aktiviti mengorek tanah yang tidak mengikut prosedur yang  telah ditetapkan. 

Kini rakyat Kuantan menjadi mangsa akibat kerakusan pihak berkenaan mencari keuntungan. Sampai bilakah mereka harus berhadapan dengan situasi ini agaknya. Penduduk sekitar menggesa pihak berkuasa bertindak segera agar kesihatan mereka lebih terjamin. #pdo
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.