Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.
"Mesej-mesej (melalui aplikasi) WhatsApp yang tidak betul ini tidak sepatutnya diviralkan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Sepatutnya mereka ini membantu mangsa-mangsa berkenaan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.
"Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa banjir ini," katanya.
Mazlan berkata pihaknya penyebaran maklumat tanpa memetik sumber sah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kedua-dua kejadian berkenaan.
"Jangan percaya kepada maklumat dalam laman sosial Facebook. Rujuk kepada polis untuk mendapatkan pengesahan," katanya. #sumber






Dah tu pihak polis update lah berita mengenai banjir!! Ni kami nk call kampung pun x de line! Kami nk tahu berita. Harapkan tv hampeh! So harapkan fb dan kwn2 utk sedikit berita. Kesalahan ye! Yg salah tu kau yg asyik nk cari salah org!
BalasPadam