script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Abdullah Nasihat Berpindah Sebelum Situasi Buruk


KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati penduduk di kawasan yang berisiko mengalami banjir agar segera berpindah ke pusat pemindahan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.
Baginda bertitah ia bagi memudahkan pihak dan agensi yang terlibat dalam urusan pemindahan.
"Saya ingin menasihat juga kepada semua penduduk secara langsung atau tidak langsung dalam soal pemindahan supaya dapat pindah secepat mungkin. Jangan sudah terdesak, baru nak pindah kerana ini boleh menyusahkan ramai pihak," titah baginda kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, Isnin malam.

Pusat itu menempatkan 545 orang terdiri 149 keluarga.
Baginda turut menasihati penduduk di pusat pemindahan supaya bersabar dan menerima segala keperluan yang disediakan kerajaan negeri.
"Saya percaya kerajaan negeri sedang berusaha untuk memberi segala keperluan yang mencukupi dan melakukan pengurusan dengan lebih teratur," titah baginda.
Mangsa banjir di Pahang dilapor meningkat kepada 2,386 orang daripada 560 keluarga di lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran, Jerantut dan Lipis.
Pekan, Maran, Jerantut dan Lipis merupakan daerah terbaharu yang dinaiki banjir. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.