script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua Polis Kuala Lumpur "Puji Displin" Peserta Bersih 4.0 !


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4 yang disiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke Dataran Merdeka termasuk membuat sebarang kekacauan.
Katanya, keadaan masih terkawal tanpa sebarang tangkapan dilakukan di Kuala Lumpur membabitkan peserta perhimpunan itu.
"Setakat ini okay. Peserta ramai dan keadaan terkawal. Peserta BERSIH dilihat berdisiplin dan patuh pada arahan.
"Tidak ada sebarang tangkapan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.
Menurutnya, sehingga kini anggota polis yang dikerah untuk mengawal sebahagian tempat di Kuala Lumpur mencukupi.
"Kita dah rancang dan memang anggota yang mengawal mencukupi," katanya sambil menganggarkan seramai 26,000 peserta turun ke jalan raya masuk hari kedua hari ini.
Ditanya ada mengeluarkan arahan untuk menggunakan trak FRU atau kelengkapan lain berkata:
"Tidak ada arahan untuk guna kelengkapan lain termasuk FRU. Kita akan pantau, lihat perkembangan semasa,"katanya.
Sementara itu mengikut tinjauan Malaysiakini, kira-kira 8 trak FRU dan 10 trak polis ditempatkan parkir di Ibu Pejabat polis Daerah Kuala Lumpur. #sumber
Share:

Bersih 4: Pesta Demokrasi Tersebar Dalam Suasana Aman !


KUALA LUMPUR: Lebih 100,00 rakyat Malaysia pelbagai kaum menyertai perhimpunan aman Bersih 4 di tengah-tengah ibu kota tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Dengan kerjasama pihak polis menjaga keamanan tanpa sebarang provokasi, perhimpunan itu yang bermula pada jam 2 petang – walaupun rakyat tiba seawal 8 pagi – berakhir untuk hari pertama dengan tenang, aman dan damai tengah malam tadi.
Ribuan yang meneruskan perhimpunan sehingga tengah malam tadi telah bermalam secara terbuka di kaki lima, di tepi jalan, di merata-rata tempat setelah penat seharian meraikan pesta demokrasi yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

Semua peserta Bersih 4 mengekalkan tahap disiplin yang tinggi serta penuh beradab. Setiap kali masuk waktu sembahyang, ramai umat Islam mendirikan solat di atas jalan raya, dengan dijaga baik oleh rakan-rakan bukan-Muslim.

Jika ada pun sesuatu yang tidak menyenangkan hati, ia hanyalah penggunaan alat tiupan vuvuzela yang membingitkan sehingga tenggelam suara serta persembahan yang diadakan sepanjang perhimpunan.

Pihak penganjur Bersih 4 telah pun meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat bising selepas tengah malam, serta mengurangkan penggunaan vuvuzela di kawasan yang mengadakan sesi perbincangan, dialog, ucapan serta persembahan seni.

Selain Kuala Lumpur, perhimpunan aman Bersih 4 juga diadakan di Kuching dan Kota Kinabalu yang mendapat sambutan hebat. Rakyat Malaysia di seluruh dunia juga menganjurkan perhimpunan yang sama di lebih 70 bandar-bandar besar.

Hari ini, perhimpunan diteruskan lagi sepanjang hari sehingga tengah malam ini di sekeliling Dataran Merdeka, sempena menyambut Hari Merdeka ke-58.

Mereka yang pulang dijemput datang semula untuk meramaikan perhimpunan manakala mereka yang tidak berpeluang menyertainya semalam diajak sama-sama menjadikan pesta demokrasi ini sebagai satu catatan sejarah negara. #sumber
Share:

Harga "Rumah Generasi Kedua", Peneroka Felda Di Naikan !


KUALA NERUS:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda yang boleh dibeli dengan harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit.  

Najib berkata sebelum ini di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda,beliau telah mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.    

"Pada masa akan datang, kita akan bina lebih banyak rumah dalam lingkungan RM60,000 ke RM70,000, kita kurangkan sedikit bahan dan reka bentuk daripada 1,100 kaki persegi kepada 850 kaki persegi, yang mustahak rumah mampu disewa dan dibeli generasi kedua Felda," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 bertema "Mensyukuri Nikmat" di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini.  




Najib berkata beliau yakin program baharu itu akan mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak peneroka Felda yang masih lagi mencari rumah sendiri.  

Menurutnya apa yang dilakukan kerajaan untuk golongan peneroka Felda hari ini adalah sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa.  

Najib berkata kerajaan banyak membantu golongan peneroka Felda kerana mereka adalah kumpulan yang tahu menilai erti "mensyukuri nikmat" yang diperoleh mereka hari ini.  

Katanya peneroka Felda sedar sejak 59 tahun lalu, hanya kerajaan sedia ada hari ini yang mampu mengubah nasib mereka di kawasan luar bandar.  

"Sebab yakin kerajaan boleh membantu mereka, hari ini mereka menuai, dulu merangkak bertatih, kini kita mampu bersaing di peringkat dunia, siapa berjasa kepada peneroka Felda, adakah yang buat perhimpunan Bersih 4 itu nak bantu orang di luar bandar...tidak," katanya.  

Selain bantuan projek perumahan, beliau berkata banyak lagi bantuan kerajaan untuk generasi baharu golongan peneroka Felda akan dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam bajet 2015 seperti bantuan pengajian tinggi generasi baru RM51.5 juta dan banyak lagi bantuan lain.  

"Di bawah program dana khas pelajar cemerlang Felda, seramai 11 anak, cucudan kakitangan peneroka Felda mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka di luar negara termasuk tiga orang dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons di Ireland," katanya. 

Sementara itu, Najib berkata beliau yakin Felda akan terus berkembang maju ke hadapan walaupun telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sejak 59 tahun lalu dan ketika ini berhadapan dengan kejatuhan saham dan harga minyak sawit dunia.  

Katanya baru-baru ini Presiden Indonesia Jokowi menyatakan sokongan dengan cadangan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan Rajawali Group untuk mengambil kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP). 

Pada masa ini, EHP memiliki 425,000 hektar tanah dengan 67 peratus di Kalimantan dan selebihnya di Papua New Guinea (9 peratus), Sulawesi (19 peratus)dan Sumatera (5 peratus). 

"Kalau Malaysia dan Indonesia bergabung tenaga kita akan jadi pengeluar utama sawit iaitu 85 peratus di dunia," katanya. #sumber
Share:

Salleh: Tindakan Tun Dr.M Hadir Ke Bersih Mengecewakan !


SUNGAI BESAR: Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan Bersih 4 semalam amat mengecewakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata Dr Mahathir telah melanggar prinsip beliau sebelum ini yang menolak demonstrasi jalanan ketika krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 ketika Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara.
"...tetapi disebabkan benci Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak) dia (Dr Mahathir) sanggup bersekongkol dengan DAP yang berniat nak hancurkan parti.
"Walaupun kehadirannya ke perhimpunan itu sekejap tetapi beliau suruh peserta perhimpunan teruskan dan menggalakkan mereka terus berada di sana," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini, Ahad.
Turut hadir ketua UMNO bahagian itu Datuk Jamal Md Yunos, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak.
Salleh berkata dalam setiap organisasi hanya terdapat seorang ketua dan apabila Najib telah dipilih sebagai presiden UMNO seharusnya semua anggota parti memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau.
"Tidak semestinya semuakita (pemimpin) lakukan betul dan dipersetujui tetapi prinsipnya bila nombor satu (presiden) buat keputusan kita kena ketepi pandangan peribadi untuk laksana apa yang diputuskan oleh presiden.
"Dahulu, Dr Mahathir lakukan perkara sama di Sabah mengenai penggiliran jawatan Ketua Menteri di mana beliau putuskan setiap dua tahun ketua menteri Sabah perlu ditukar. Walaupun ketika itu seluruh UMNO Sabah tidak setuju tetapi kita beralah dan akur dengan keputusan beliau kerana beliau presiden parti (ketika itu)," katanya yang juga bekas Ketua Menteri Sabah.
Sehubungan itu, Salleh berkata Dr Mahathir perlu mengekalkan prinsip berkenaan tetapi tindakan bekas perdana menteri itu yang tetap berterusan 'menyerang' Najib sangat bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini.
"Saya hormati Tun (Dr) Mahathir yang turut berkongsi tarikh lahir dengan saya dan saya juga pernah dilantik Ketua Menteri Sabah tetapi kita tidak boleh paksa pendapat kita diterima orang lain dan mengatakan pendapat kita sahaja betul.
"Kita dengar semua pendapat tetapi yang buat keputusan tetap nombor satu (Najib). Dulu tidak ada media sosial tetapi sekarang media biasa bersaing dengan media sosial...sebab itu penting kita sokong Najib bukan secara peribadi tetapi sebagai presiden parti," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Salleh berkata pembangkang tidak sepatutnya menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyerang kerajaan sebaliknya ia harus dizahirkan melalui pilihan raya umum (PRU).
Bagaimanapun, katanya, walaupun menerima pelbagai tekanan perdana menteri tetap mengamalkan keterbukaan apabila memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman yang memberi peluang rakyat berhimpun dengan bersyarat.
"Kalau berani, tunggu PRU yang merupakan tempat rakyat tentukan kuasa bukannya dengan adakan demonstrasi. Kita tengok siapa yang rakyat sokong dan jika kita di pihak yang benar pasti rakyat akan bersama kita.
"Yang penting sekarang ialah UMNO kena kuatkan organisasi kita kerana bila kuasa sudah hilang tidak berguna lagi. UMNO jelas pejuang agama, bangsa dan negara," katanya. #sumber
Share:

Hishamuddin: Tun Dr.Mahathir, "Bertindak Di Luar Batasan


SEPANGGAR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak di luar batasan apabila menghadirkan diri pada himpunan Bersih pada Sabtu kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahad.  

Beliau berkata tindakan bekas perdana menteri itu tidak mencerminkan gesaannya pada 1998 untuk tidak menyokong demonstrasi jalanan. 

"Bagi saya, beliau (Dr Mahathir) telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang diketengahkan semasa beliau menjadi perdana menteri. 

"Ketika zaman pentadbirannya, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar di sini. 

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata Dr Mahathir tidak pernah disekat untuk menyuarakan pandangannya selepas persaraannya, tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima. #sumber
Share:

Tun Dr Siti Hasmah Gesa Semua Sokong Desak Najib Undur


KUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Ali menggesa semua penyokong parti, tanpa mengira ideologi, menyokong gerakan untuk mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak berundur susulan skandal 1Malaysia Development Berhad.



"Yang penting sekali, tidak kira BERSIH ke, PKR ke, PAS ke, kita orang Malaysia. Kalau kita bersatu padu (menolak Najib), kita akan capai matlamat kita," katanya sewaktu mengiringi Tun Dr Mahathir Mohamad turun ke Kuala Lumpur sebagai menyatakan sokongan kepada peserta BERSIH 4.

"Seperti kita dulu berjuang untuk kemerdekaan, bagaimana kita semua dulu bersatu. Jadi tolonglah dalam keadaan seperti ini, janganlah ada keganasan."


Dr Mahathir dan Siti Hasmah yang diiringi Datuk Zaid Ibrahim menggunakan Komuter untuk tiba ke Pasar Seni. Semalam pasangan ini tiba menyatakan sokongan kepada kira-kira 100,000 peserta di sebelah petang. #sumber
Share:

Bersih 4.0: Tun Mahathir Didakwa Akan Hadir Di Pasar Seni


KUALA LUMPUR: Selepas kemunculannya berjaya mengejutkan banyak pihak, nama Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi 'dijual' bagi menghangatkan lagi pehimpunan Bersih 4.0 yang masuk hari kedua pada Ahad.

Sejak awal pagi Ahad, terdapat maklumat yang disebarkan di kalangan wakil media dan orang ramai bahawa bekas perdana menteri itu akan hadir di Pasar Seni di sini kira-kira pukul 5 petang.

Turut dikatakan akan bersama Dr Mahathir ialah bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.
Pasar Seni yang terletak kira-kira 2.2 kilometer dari Dataran Merdeka merupakan salah satu lokasi berkumpul peserta Bersih 4.0.

Cubaan  untuk mendapatkan pengesahan daripada pegawai peribadi Dr Mahathir mengenai maklumat berkenaan bagaimanapun tidak berjaya.
Kira-kira pukul 7.25 malam Sabtu, Dr Mahathir membuat 'kemunculan istimewa' di perkarangan Dataran Merdeka bagi meninjau situasi perhimpunan gergasi serba kuning tersebut.

Beliau yang hadir ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sempat meluangkan masa kira-kira 10 minit bersalaman dan melayan permintaan untuk mengambil gambar.
Pimpinan pakatan pembangkang menyifatkan kehadiran Dr Mahathir berjaya memberi impak positif kepada perhimpunan aman Bersih 4.0. #sumber
Share:

Sokong PM: Sejuta Baju Merah "Lawan Bersih" Oktober Ini !


SABAK BERNAM: Untuk membuktikan keupayaan Datuk Seri Najib Razak dapat mengumpulkan lebih dari apa yang dapat dikumpulkan oleh Bersih 4, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata beliau akan mengumpulkan satu juta orang untuk berhimpun bagi menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada 10 Oktober ini.


Datuk Jamal Md Yunos memberitahu di dalam satu sidang media bahawa dia sangat yakin dapat mengatasi jumlah mereka yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.
"Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta 'Baju Merah' akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib", kata Jamal.

"Ini akan menunjukkan bahawa Perdana Menteri juga mempunyai ramai penyokong", tambahnya.
Puluhan ribu orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini bagi menggesa Najib meletak jawatan. #sumber
Share:

IPT Di Minta Ambil Tindakan Terhadap Pelajar Demonstrasi


GEORGE TOWN: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diminta menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penuntutnya yang terlibat dalam demonstrasi jalanan di hadapan bangunan Parlimen Selasa lepas.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata universiti masing-masing mempunyai hak untuk menilai dan membuat keputusan jenis tindakan yang akan diambil terhadap penuntut mereka yang terlibat.
"Kementerian akan menyerahkan kepada pihak IPT untuk menentukan jenis tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Makan Malam Alumni Universiti Sains Malaysia di sini Sabtu malam.
Idris turut menggesa supaya penuntut universiti awam tidak terlibat dengan demonstrasi yang bercirikan politik, sebaliknya perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Selasa lepas, polis menahan 17 penuntut universiti yang menggelarkan diri mereka Langkah Siswa kerana membuat demonstrasi jalanan dan berkhemah di hadapan bangunan Parlimen.
Sementara itu, mengenai kejatuhan nilai mata wang ringgit, beliau berkata ia tidak banyak memberi kesan kepada pelajar di luar negara yang mendapat biasiswa kerajaan.
Ini kerana katanya, biasiswa akan diberi dalam bentuk mata wang asing mengikut negara tempat pengajian pelajar terbabit. #sumber
Share:

Ramai Masih Berhimpun, Walau Pun Sudah Tengah Malam !


KUALA LUMPUR: Walaupun sudah menghampiri tengah malam tetapi nampaknya ramai peserta perhimpunan Bersih 4.0 yang masih tidak berganjak dari kawasan berhampiran Dataran Merdeka.  


Ini dapat dilihat daripada rakaman yang dibuat oleh wartawan kami pada jam 11.20 malam Sabtu. #sumber
Share:

Hari Pertama Himpunan Bersih 4.0, Berjalan Secara Aman !


KUALA LUMPUR: Hari pertama perhimpunan Bersih 4.0 berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden keganasan mahupun provokasi.
Sehingga pukul 6.30 petang Sabtu sebelum perhimpunan gergasi itu ditangguhkan, peserta dilihat berhimpun dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

Penganjur memaklumkan perhimpunan hari pertama ini akan bersambung semula pada pukul 9 malam.

Perhimpunan Bersih 4.0 dijadual akan berlangsung selama 34 jam bermula pukul 2 petang Sabtu dan akan berakhir tepat pukul 12 tengah malam Ahad menjelang Hari Kebangsaan 2015.
Ahli Parlimen Pandan dari PKR, Mohd Rafizi Ramli ketika berucap di hadapan penyokong Bersih 4.0 di hadapan Kompleks Sogo turut memuji kerjasama yang diberikan pihak berkuasa.

"Terima kasih pihak polis yang mengawal perhimpunan kita hari ini. Pihak polis pun tidak mampu untuk menyekat kita.

"Kita akan berhimpun selama 34 jam, ayuh kita ke Dataran Merdeka supaya suara kita didengari," katanya.
Suasana di sekitar Dataran Merdeka juga dilihat aman walaupun keseluruhan laluan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja dan Jalan Parlimen dibanjiri dengan lautan ‘manusia kuning’.
Bagaikan berpesta, peserta Bersih 4.0 dilihat menyanyi, bersorak dan melaungkan laungan ‘reformasi’, 'hidup bersih’ dan ‘suara rakyat’.
Turut menghangatkan suasana ialah bunyi bising melalui tiupan ‘vuvuzela’ oleh peserta Bersih 4.0. #sumber
Share:

Bersih 4.0, Mewarnai Muka Hadapan Akhbar Arus Perdana !


KUALA LUMPUR: Muka depan akhbar utama di rak jualan hari ini juga berwarna kuning sebagai tanda kepada perhimpunan Bersih 4.
Tinjauan segera kepada liputan akhbar itu mendapati muka depan akhbar Cina dan Tamil dengan tajuk penuh berwarna bagi perhimpunan itu, telah mendominasi rak akhbar.


Akhbar pro-Umno turut tidak terkecuali, menyampaikan secara negatif mereka berkaitan perhimpunan tersebut.


Berita Harian bertajuk 'Bersih 4 Tak Sayang Negara', manakala akhbar Mingguan Malaysia bertajuk 'DAP kuasai Bersih 4.0' mengekalkan perhimpunan itu adalah "haram".
New Straits Times, bagaimanapun, mendapati letupan di Bangkok lebih mempunyai nilai berita daripada tajuk halaman depan, walaupun ia meletakkan di sisi bahagian bawah bertajuk 'Merdeka Spirit'. #sumber
Share:

PM: Orang Miskin, Cetek Semangat Patriotik Sertai Bersih !


JERANTUT: Penganjur dan peserta perhimpunan haram Bersih 4 "cetek dan miskin" semangat patriotik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata walaupun berbeza fahaman politik, mereka sepatutnya menghayati Hari Kebangsaan yang akan disambut Isnin ini dengan mengibar Jalur Gemilang sebagai menghargai jasa pejuang negara yang membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.

"Kita nak sambut kemerdekaan, ada orang nak tunjuk perasaan di tempat bersejarah iaitu di Dataran Merdeka.

"Tak faham ke mereka ini, cetek dan miskin sangat ke semangat patriotik cintakan tanah air. Tak faham ke mereka yang negara kita terbina atas darah dan keringat pejuang-pejuang tanah air.

"Daripada zaman Mat Kilau, Tok Janggut dan pejuang UMNO sehingga ke perajurit serta polis kita mati syahid kerana nak pastikan kemerdekaan negara," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Majlis Daerah Jerantut, di sini hari ini.




Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut Ahmad Nazlan Idris.

Terdahulu ketibaan Najib, yang juga Presiden UMNO, disambut lebih 5,000 pemimpin dan anggota UMNO serta orang ramai selain diiring dengan paluan gendang serta silat sendeng oleh Pemuda Jerantut.




Mengulas lanjut tentang perhimpunan itu, Najib berkata tindakan pihak berkenaan yang menganjurkannya dilihat seolah-olah sengaja ingin mencemarkan nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Orang yang pakai baju kuning ini siapa dia, hendak mencemar nama baik kita, hendak menconteng arang pada muka Malaysia pada dunia luar padahal negara inilah negara mereka, kerana perjuangan UMNOlah mereka berjaya," katanya.




Dalam masa sama, Najib berkata dalam keadaan parti yang menghadapi cabaran getir pada masa kini, anggota dan pemimpin UMNO perlu mematuhi disiplin serta memiliki sifat kasih dan sayangkan parti untuk memperteguhkan parti.



"Apabila terlalu kasih dan sayang kepada parti maka kita tidak akan lakukan perkara yang boleh menjejas kepentingan parti.

"Kalau ada perbezaan pendapat, ada batasannya, ada adabnya, ada salurannya untuk menegur kerana dalam parti ada disiplin dan kita perlu jaga proses ini.

"Bukan UMNO tidak benarkan perbezaan pendapat, malah saya juga terbuka, tetapi perlu patuh kepada disiplin, barulah parti menjadi organisasi yang berjaya," kata Najib.

Perdana Menteri berkata sebarang berita yang dibaca termasuk di media sosial perlu diperiksa kebenarannya untuk mengelakkan ia menjadi fitnah sekaligus boleh menghancurkan parti.

Katanya sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah negara itu boleh tumbang hanya disebabkan fitnah dan pembohongan.
"Paradigma kini sudah terbalik, apa yang dilaporkan dalam media sosial dipercayai lebih daripada media utama. Jangan benarkan mainan persepsi atasi realiti," katanya.

Selain itu beliau turut meminta rakyat supaya tidak hanya menyalahkan kerajaan berikutan masalah seperti kejatuhan nilai matawang negara serta komoditi utama negara seperti getah dan sawit.

Ini kerana, katanya ia banyak ditentukan oleh fakor luaran dan ia terbukti apabila nilai matawang negara lain seperti Dollar Australia dan New Zealand juga mengalami kejatuhan ekoran kemelesetan ekonomi dunia pada masa kini. #sumber
Share:

Peserta Perhimpunan Bersih Tunai Solat Zohor Berjemaah !


KUALA LUMPUR: Ditengah-tengah suasana riuh rendah di hadapan kompleks Sogo, kelihatan sekumpulan penyokong Bersih 4.0 yang beragama Islam sempat menunaikan solat Zohor secara berjemaah pada Sabtu.
Terdahulu, kira-kira pukul 1.20 tengah hari, kedengaran laungan azan oleh peserta perhimpunan itu menandakan masuknya waktu Zohor.
Pihak penganjur Bersih 4.0 menyediakan ruang solat terbuka beralaskan kain rentang gergasi bagi memudahkan orang ramai untuk menunaikan solat.
Ruang solat berkenaan turut dikawal oleh anggota Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi mengelakkan orang awam melintasi kawasan tersebut.
Masyarakat yang bukan beragama Islam dilihat berdiam diri tanpa membuat sebarang bunyi bising bagi menghormati umat Islam menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Sekitar pukul 1.45 tengah hari, ruang solat berkenaan dialihkan bagi membolehkan acara perhimpunan diteruskan dengan ucapan pimpinan bersih 4.0 dan wakil parti pembangkang. 

Selain solat zohor perserta turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah beramai-ramai berhampiran Dataran Merdeka. 



Ia membuktikan Himpunan Bersih 40 bukan sahaja disertai oleh bukan Melayu, malahan ramai juga orang Melayu yang telah hadir sebenarnya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.