script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib: Kerajaan 'Bercadang' Untuk Mengawal Selia Internet


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

"Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat - agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.

"...supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'Kepimpinan Dalam Masa Mencabar" pada siri ke-25 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, Khamis malam.

Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.

Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.

Beliau berkata negara juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman, mengubah undang-undang bagi membolehkan pelajar menyertai bidang politik dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

"Ini adalah perkembangan paling besar kebebasan awam dalam sejarah Malaysia.

Namun, beberapa pihak luar telah menyerang kita kerana tidak menjaga hak rakyat," katanya.

Najib juga membidas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa 'demokrasi di Malaysia sudah mati'.

Justeru, perdana menteri berkata jika ada yang sangsi bahawa rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mencari kesalahan kerajaan, maka mereka hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk melihatnya dalam talian.

"Kami sedar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan dan kami mendengarnya...tidak seperti negara-negara membangun yang lain. Bagaimapun, tiada siapa yang akan ditangkap atau didakwa kerana menyuarakan pandangan yang sah," katanya.

Bagaimanapun, katanya kebebasan datang dengan tanggungjawab dan mereka yang berfikiran terbuka dan dimaklumkan berada dalam kedudukan untuk membuat pertimbangan yang lebih menyedarkan.

Tetapi mereka yang kurang bermaklumat akan menjadikan perkara yang kurang tepat dan pembohongan serta bergantung kepada sumber tidak boleh dipercayai dengan memutar dan mensensasikan maklumat, katanya.

"Ini amat bahaya dan sebab itu mengapa kerajaan saya bercadang mengenakan standard antarabangsa untuk mengawal selia internet," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.