Perletakan jawatan kepimpinan PAS Bukit Katil merupakan satu kejutan dan satu tamparan hebat kepada PAS Negeri Melaka kerana Melaka yang memperolehi kemenangan sulongnya di dalam pilihanraya umum yang lepas iaitu DUN Bukit Baru melalui calonnya Dr Hj Md Khalid Kassim.
Sdra Sofi yang mengetuai saf kepimpinan PAS Bukit Katil ketika itu dan pemuda yang diketuai oleh Mohd Jauhar Mohamad Dawi merupakan tenaga penggerak utama jentera pilihanraya DUN Bukit Baru sehingga DUN itu telah mencapai kemenangan yang bersejarah tersebut.
Sofi yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka selama dua penggal di bawah kepimpinan Sdra Adly Zahari pernah mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS Melaka yang baharu, Kamaruddin Sidek yang membuat perlantikan jawatankuasa Perhubungan PAS dengan tidak mengikut Perlembagaan.
Kesemua yang meletakkan jawatan akan menyertai Gerakan Harapan Baru Melaka yang kini dipimpin oleh Sdra Adly Zahari. GHB Bukit katil telah berjaya ditubuhkan dan kini dipimpin oleh mantan tokoh veteran PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek. #sumber










Tiada ulasan:
Catat Ulasan