script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Guling Kerajaan: Kenapa Polis Tak Siasat Ahli Parlimen BN !


MENGAPA Ketua Polis Negara masih tidak bertindak menyiasat ahli parlimen BN dan “orang tua misteri” yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri di bawah Seksyen 124B "memudaratkan demokrasi berparlimen" Malaysia?

Mengapa masih tiada tindakan membeku para ahli parlimen BN dan “orang tua misteri” yang dituduh itu keluar negara seperti yang terkena pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin NGO sebelum ini?

Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya sebagaimana yang dialami para pegawai SPRM dan Bank Negara?

Mengapa polis tiba-tiba menjadi lambat bertindak?

Bukankah itu satu hipokrisi?

Memandangkan polis tidak bertindak terhadap ura-ura ini, saya berharap jangan pula polis bertindak terhadap penganjur Bersih 4 di atas Seksyen 124B kerana ini akan memburukkan lagi imej polis di mata rakyat.

Polis sepatutnya menahan para menteri BN yang cuba menipu rakyat. Kerana yang bakal menggulingkan Perdana Menteri ialah jawapan-jawapan tidak masuk akal yang dikemukakan oleh pemimpin BN mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri dan bukannya orang lain.

Sebagaimana yang dikatakan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, jika ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, PAS akan turut bersama kerana tindakan-tindakan terhadap 1MDB dan jawapan-jawapan terhadap derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat.

Analisa terhadap isu yang melibatkan derma RM2.6 bilion adalah antara isu hangat yang dibicarakan Kongres Rakyat pada 12 Sept 2015.

Kepada yang berminat menyertai Kongres Rakyat yang insyaallah akan berlangsung pada 12 Sept 2015 akan datang boleh hubungi kami di kongresrakyat2015@gmail.com


Nyatakan:
i. Nama penuh (serta nama singkatan) Ngo atau persatuan anda
ii. Alamat e mail anda dan e mail ngo atau persatuan anda.
iii. Nombor telefon personal yang boleh dihubungi 


#sumber
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.