script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hadi Minta Wakil Rakyat Sertai Amanah, Kosongkan Kerusi


ALOR SETAR: Wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan pada Hari Merdeka, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.
"Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah bai'ah sebagai wakil rakyat PAS.
"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya kepada media pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah petang semalam.
Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai parti baru yang dirancang GHB, yang diketuai pemimpin PAS progresif yang disingkirkan pada pemilihan parti Jun lalu.
Amanah juga bersedia menggantikan PAS, yang kini dikuasai puak ulama diketuai Hadi, dalam pakatan pembangkang yang baharu dengan DAP dan PKR.
Menurut perlembagaan PAS, ahli parti yang menyertai parti politik lain secara automatik akan hilang keahlian mereka.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin bahagian PAS di Selangor dan Melaka sudah mengumumkan peletakan jawatan mereka apabila menyertai GHB.
Hadi berkata beliau tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar kepada PAS.
"PAS pernah melalui cabaran lebih teruk sebelum ini. Pada 1980-an, Presiden sendiri tinggalkan parti. Kira-kira 10 orang pemimpin pusat keluar parti.
"PAS tinggal seorang saja ahli Parlimen, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita lawan balik dan menang Kelantan pada 1990.

"Itu lagi mencabar daripada sekarang. Kita boleh bangkit semula. Apa yang menarik sekarang ialah, anak muda mula datang kepada PAS," katanya.
Hadi juga menafikan cakap-cakap yang banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyertai GHB.
"Sebahagian besar NGO Islam bersama kami. Ada kenyataan media dibuat mengenainya," katanya.
Mengulas kritikan yang PAS kini tidak progresif dan mundur, Hadi berkata, parti itu tidak pernah mengubah dasar dan matlamatnya.
"Kita bukan parti kampung. Kita bukan hanya ada tokoh agama, kita juga ada profesional. Bilangannya semakin ramai.
"Pada muktamar baru-baru ini, kita lihat barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu terdiri daripada ustaz, pensyarah, peguam dan lain-lain.
"Kita ada ramai orang seperti ini dibandingkan sebelum ini. Kami juga terima permohonan keahlian baharu. Setakat ini kami terima 9,000 tetapi hanya sempat memproses kira-kira 6,000. Banyak lagi akan datang," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.