script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Bidas Tun Mahathir Guna Pembangkang Singkir Najib !


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas kerana cuba mempergunakan pembangkang bagi menjayakan cita-citanya untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masalah utama yang berlaku di negara ini tidak akan diselesaikan menerusi penyingkiran Najib, manakala Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.

"Isu utama yang melanda dan menimbulkan polemik negara bukan hanya berpunca daripada Datuk Seri Najib sahaja, tetapi ianya lebih kepada budaya dan sistem pentadbiran negara yang sudah korup yang diwarisi daripada Tun Dr Mahathir.

"PAS melihat cadangan Tun Dr Mahathir sekadar cubaan untuk menggunakan pembangkang bagi menukar Najib untuk menyelamatkan parti kesayangan beliau iaitu Umno yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai formula yang diberikan Dr Mahathir kepada pembangkang sekiranya mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan menerusi undi tidak percaya di Parlimen.

Bagaimanapun tegas Dr Mahathir, formula berkenaan hanya akan berhasil jika ia tidak menggugat penguasaan BN di peringkat Persekutuan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.