script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Peserta Bersih !


KUANTAN: "Berani buat berani tanggung, kalau masih kekal untuk langgar undang-undang, kita akan ambil tindakan," tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada penganjur dan individu yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada hujung minggu ini.
Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang kerana perhimpunan itu adalah haram kerana tidak memenuhi syarat apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya Dataran Merdeka.
"Negara kita ini ada undang-undang, kalau dia (penganjur) masih lagi kekal dengan keputusan melanggar undang-undang (mengadakan perhimpunan), apa boleh kami buat. 
"Kami ini penguat kuasa undang-undang, tanggungjawab kami adalah mengambil tindakan mengikut undang-undang, Jangan marah polis kalau kami ambil tindakan sebab kami sudah bagi nasihat, sudah berunding, sudah beri pilihan, terima sahajalah akibatnya nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Khamis.
Majlis pengurniaan pingat kepada 234 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat itu disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani.
Khalid berkata demikian sebagai mengulas tindakan penganjur Bersih 4.0 yang tetap berdegil untuk meng­adakan perhimpunan pada hujung minggu ini walaupun telah diisytiharkan sebagai haram kerana tidak memenuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Katanya, polis khuatir perhimpunan pada hujung minggu ini akan menjadi tidak terkawal apabila satu kumpulan lain yang menggelarkan diri mereka 'Anti Bersih 4.0' turut bersama-sama berkumpul bagi menentang perhimpunan tersebut. 
"Itu sebabnya kita minta mereka tidak mengadakannya di kawasan terbuka seperti di (kawasan pusat beli-belah) Sogo dan Dataran Merdeka, kita sudah menjangka perkara sebegini, ada yang menentang ... membantah. 
"Kalau mereka adakan perhimpunan di stadium senang dikawal, tidak menggangu peniaga, orang ramai dan lalu lintas," katanya.
Bagaimanapun, katanya polis telahpun bersedia termasuk dari segi keanggotaan untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk provokasi-provokasi yang mungkin akan ditimbulkan oleh peserta dan penganjur perhimpunan haram itu. 
Dalam masa yang sama, Ketua Polis Negara turut kesal dengan tindakan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dilaporkan mahu mengawasi tindakan pihak berkuasa dalam menangani peserta Bersih 4.0.
Beliau menegaskan Suhakam sepatutnya mengawasi pihak yang melanggar peraturan dan bukannya pihak polis yang menegakkan undang-undang. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Tuan KPN...jangan ganggu bersih tu...selesaikan dulu yang kotor!!!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.