script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Nasrudin: Isu Pemimpin PAS 'Letak Jawatan', Tidak Serius !


SHAH ALAM: Peletakan jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS peringkat kawasan bukan perkara serius bahkan mereka boleh diganti dengan kepimpinan baharu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

Bagaimanapun katanya, PAS tidak akan memandang remeh isu sedemikian dan tetap akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani sebarang permasalahan dalaman berkaitan parti itu.

Menurut Nasrudin, dakwaan pihak tertentu yang mengatakan ada cawangan PAS di beberapa kawasan terbubar akibat peletakan jawatan itu adalah tidak benar kerana hanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang berhak berbuat sedemikian.

"Pada pendapat saya, pemimpin datang dan pergi...walaupun mereka (AJK kawasan) meletak jawatan, masih ramai lagi individu lain bersedia untuk berkhidmat.

"Malah, selepas pemilihan Muktamar PAS pada Jun lepas, kita sudah luluskan 8,000 lebih permohonan anggota baharu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata sehingga kini, walaupun terdapat AJK di beberapa kawasan khususnya di Selangor telah meletak jawatan, namun organisasi PAS tidak terjejas dan masih kukuh sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam.

Semalam, 18 AJK PAS kawasan Shah Alam meletak jawatan dan didakwa akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Mereka termasuk Yang Dipertuanya, Azli Yusof, Timbalan Yang Dipertua Zulkifli Mohd Nani, Naib Yang Dipertua Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda Helmi Radzuan.

Rabu lepas, Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS kawasan itu berkuat kuasa serta-merta disertai 183 pemegang jawatan dari pelbagai peringkat termasuk Yang Dipertua kawasan itu Jaafar Samsudin dan sembilan ketua cawangan dalam PAS kawasan berkenaan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.