script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kumpulan "Anti-Bersih", Sedia Tangani Peserta Bersih 4.0 !


PETALING JAYA: Kumpulan anti-Bersih bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan terdapat keganasan dalam perhimpunan Bersih 4.0 pada hujung minggu ini.
Ketua kumpulan itu, Datul Jamal Yunos berkata, persediaan menerusi kemahiran anggotanya telah ditunjukkan dalam satu demonstrasi di hadapan kompleks membeli-belah Sogo pada Selasa.
Dalam demonstrasi tersebut, ahli kumpulan itu memecah jubin dan kayu menggunakan kepala dan belakang mereka.
"Ada latihan tertutup untuk ahli kami pada malam ini (Rabu) dan mereka akan menggunakan parang dan pedang sebahagian daripada mempertahankan diri," katanya.
Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sg Besar berkata, kira-kira 30,000 orang dari lebih 200 badan bukan kerajaan (NGO) akan digerakkan pada minggu ini untuk bertembung dengan perhimpunan Bersih 4.0.
"Tujuan kami berhimpun di sana adalah untuk memberi tekanan kepada mereka supaya membatalkan perhimpunan berkenaan kerana ia tidak membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

"Kita akan membatalkan perhimpunan kita, jika mereka membatalkan perhimpunan mereka," katanya sambil menambah bahawa peserta Bersih perlu mematuhi arahan polis untuk melakukan perhimpunan tersebut di stadium tertutup.
"Mereka boleh melakukannya di stadium seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Titiwangsa. Tidak akan ada yang menjadikan sebagai isu," kata Jamal.
Kumpulan itu yang mana pesertanya akan memakai kemeja-T warna merah akan berhimpun di plaza Low Yat di Bukit Bintang pada pukul 9 pagi dan berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu pada pukul 10 pagi.
Dataran Merdeka merupakan lokasi akhir bagi perhimpunan Bersih 4.0.
Mengenai kumpulan itu menunjukkan kemahiran di hadapan kompleks membeli-belah Sogo, Jamal berkata, ia merupakan persediaan untuk mempertahankan diri sekiranya terdapat pertempuran.
"Kita tidak akan memulakan keganasan melainkan kita diserang oleh kumpulan 'kuning' (Bersih), kemudian orang kita berpakaian merah boleh mempertahankan diri mereka," katanya sambil menambah bahawa berlaku keganasan dalam perhimpunan Bersih yang lalu.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menganjurkan perhimpunan keempat mereka dari 29 sehingga 30 Ogos ini bagi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pihak polis bagaimanapun mengisytiharkan ia sebagai perhimpunan haram kerana menyalahi undang-undang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.