script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Idris Tegur Sikap Segelintir Pemimpin Yang Burukkan Parti


MARAN:  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ir Idris Haron membidas segelintir pemimpin UMNO yang dipercayai terbabit memburukkan parti dan kepemimpinan negara dengan mengeluarkan kenyataan bersandarkan maklumat tidak berasas di laman sosial.

Beliau turut menegur mana-mana bekas pemimpin UMNO yang memperlekeh kepimpinan parti dan kerajaan gara-gara terpengaruh dengan persepsi dibuat pihak tidak bertanggungjawab.


Menurutnya, ahli UMNO perlu bijak membuat analisis tepat terhadap sesuatu isu dibangkitkan sama ada bersifat realiti mahu pun persepsi yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan parti.

“Kita selaku ahli sebuah parti yang mempunyai organisasi mantap tidak sepatutnya bersekongkol dengan mainan media sosial kerana maklumat disebarkan hanya berbentuk persepsi bukan realiti.

“Gambaran yang disebarkan di aplikasi WhatsApp, Facebook dan lain-lain seolah-olah berlakunya masalah sangat kronik terhadap ekonomi dan kepemimpinan negara,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Maran, semalam.

Idris juga mengingatkan ahli UMNO agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja provokasi kerajaan dan pemimpin parti. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.