Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa (foto) berkata mengikut Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat, sebelum boleh mengadakan perhimpunan itu.
Bagaimanapun, setakat ini, katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan, khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya.
"Kita akan ambil tindakan tegas (ke atas peserta) mengikut apa jua peruntukan yg ada. Undang-undang dah ada patuhilah ia," katanya dalam sidang media bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin di sini, hari ini.
Tajuddin berkata pihaknya tidak mempunyai masalah membantu penganjur perhimpunan sekiranya mereka mematuhi sepenuhnya undang-undang dan mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium sebagai mana dicadangkan Mhd Amin.
Sementara itu, Mhd Amin mengulangi pendirian tidak membenarkan perhimpunan diadakan di lokasi awam, khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan