script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

JDT "Pertahan" Kejuaraan Liga Super, Layak Piala AFC 2016


KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan Piala Liga Super walaupun kalah mengejut 2-1 kepada Felda United pada aksi terakhir liga musim 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, Sabtu malam.
Kejayaan skuad Harimau Selatan mempertahankan mahkota Liga Super yang dimenangi buat pertama kali tahun lepas, turut dibantu kekalahan seteru utama, Pahang yang tewas 3-1 kepada Terengganu di tempat lawan.
Selaku juara, JDT membawa pulang wang tunai berjumlah RM750,000 dan Piala Liga Super yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim kepada kapten pasukan, Safiq Rahim.
Penaung Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri baginda, Che Puan Khaleeda Bustamam turut berkenan berangkat menyaksikan perlawanan berkenaan.
Kejayaan muncul juara Liga Super 2015 turut membolehkan JDT layak selaku wakil Malaysia ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016.
Pada aksi Sabtu malam, Felda united selesa mendahului 2-0 hasil jaringan Shahril Mohd Saad pada minit keempat dan sepakan penalti oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-11 sebelum JDT bangkit mengurangkan defisit jaringan hasil sepakan penalti oleh Luciano Figueroa pada minit ke-34.
Terdahulu, JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanannya, Junior Eldstal dilayangkan kad merah oleh pengadil Samsudin Ibrahim pada minit kesembilan kerana dikatakan membantah keputusan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.
Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pasukan Terengganu mengalahkan Pahang 3-1, sekali gus menyaksikan pasukan pelawat sekadar muncul naib juara Liga Super di belakang JDT.
Tiga gol skuad Penyu dijaringkan oleh Issey Nakajima-Farran pada minit ke-14, Mohd Ashari Samsudin (minit ke-32) dan Mohd Nasril Izzat Jalil pada minit ke-66 manakala Pahang meraih gol saguhati menerusi Damion Delano Stewart pada minit ke-47.
Selangor pula mengesahkan kedudukan ketiga Liga Super selepas mengalahkan Perak 2-0 di Stadium Perak, Ipoh, hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-27 dan Guilherme De Paula pada minit ke-70.
Di Stadium Shah Alam, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tentangan sengit daripada Angkatan Tentera Malaysia sebelum menang tipis 3-2.
Tiga gol skuad 'The Cops' dijaringkan oleh Mohd Afif Amiruddin pada minit ke-29, Dramane Traore(minit ke-40) dan Ali Ashfaq pada minit ke-63 manakala Jerry Palacious menjaringkan dua gol untuk ATM pada minit ketujuh dan minit ke-44.
Wakil kelab Singapura, Lions XII pula melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan tercorot liga, Sime Darby FC di Stadium Jalan Besar, Singapura, hasil jaringan Safuwan Baharudin pada minit ke-12, sepakan penalti oleh Muhammad Khairul Amri Mohamad Kamal pada minit ke-45 dan Muhammad Hafiz Abu Sujad pada minit ke-73.
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, pasukan Kelantan menerima tentangan sengit daripada Sarawak sebelum menang tipis 4-3.
Gol skuad 'The Red Warriors' dijaringkan oleh Mohd Nor Hazrul Mustafa pada minit ke-10, Khairul Izwan Rosli (minit ke-45), Austin Amutu (minit ke-73) dan Gilmar Da Santos pada minit ke-84.
Sarawak pula meraih jaringan menerusi K.Partiban pada minit ke-75 dan dua gol daripada Billy Mehmet Osman pada minit ke-78 dan minit ke-88. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.