TEMERLOH: Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh di sini pada Isnin, melepas dan membebaskan seorang tukang kayu daripada tuduhan membunuh adik iparnya dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Karim Ab Rahman mengeluarkan perintah tersebut selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh S Kalippan, 38.
Terdahulu, tertuduh didakwa membunuh adik iparnya S Panjamoorthy di hadapan sebuah kedai makanan laut di Jalan Bahagia, Triang, kira-kira jam 1 hingga 2.30 pagi pada 16 Februari 2013 dan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Peguam Datuk Ramachelvam memaklumkan, tertuduh dilepas dan dibebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh selepas pihak pendakwaan gagal mengaitkan tertuduh dengan kes tersebut.

Mangsa adalah adik ipar tertuduh ditetak di hadapan kedai makanan laut tersebut selepas berlaku pergaduhan membabitkan tiga individu termasuk mangsa dan tertuduh.
Ramachelvam berkata, salah seorang lagi individu yang dikaitkan dengan kes tersebut terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkannya koma.
Menurutnya, pihak pendakwaan hanya menggunakan keterangan bertulis yang diberikan kepada polis semasa siasatan daripada individu terbabit dan dikemukakan di mahkamah amun keterangan itu tidak mampu mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan tersebut.
“Mahkamah juga tidak memanggil tertuduh untuk membela diri sebaliknya melepas dan membebaskannya daripada tuduhan tersebut,” katanya.
Tertuduh ketika ditemui di luar mahkamah berasa lega dengan keputusan tersebut sambil berterima kasih kepada peguam yang mengendalikan kesnya.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa. #sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan