script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

KPN: Abdul Hamid Bador Akan Di Beri Surat Tunjuk Sebab !


KUANTAN: Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB), Datuk Abdul Hamid Bador akan diberikan surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata sebagai pegawai polis, Abdul Hamid terikat dengan peraturan pasukan dan tidak boleh sembarangan mengeluarkan kenyataan kepada media.
Katanya, surat tunjuk sebab itu bagi memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan sebelum sebarang tindakan disiplin dan tatatertib dikenakan terhadapnya.
"Saya telah temui dan berbincang dengan beliau panjang lebar, tetapi saya tidak mahu ulas lanjut apa yang kami bincang. Saya percaya beliau bertindak demikian kerana rasa kecewa.
"Dalam pertemuan itu, saya juga telah mengingatkan yang beliau telah melanggar peraturan polis, kerana polis ada peraturan (mengenai), siapa yang boleh bercakap dengan media. Jadi kita terpaksa ambil tindakan disiplin dan tatatertib," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Khamis.
Majlis pengurniaan pingat kepada 234 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Abdul Hamid yang membuat kenyataan media baru-baru ini tentang beberapa perkara termasuk soal pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kononnya ada 'tangan-tangan ghaib' yang sering campur tangan dalam urusan pentadbiran pasukan polis.
"Saya sebagai Ketua Polis Negara, mentadbir pasukan polis. Tidak ada tangan yang beri arahan kepada pasukan saya, sebarang arahan adalah saya sendiri keluarkan.
"Kami melaksanakan polisi yang telah dibentuk oleh kerajaan tetapi sebarang pelaksanaan polisi ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua untuk arahkan anak buah untuk ikut peraturan," katanya. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Bagaimana dengan insiden tangkapan anggota SPRM???Adakah tangan ghaib atau KPN sendiri punya idea atau saja buat gempar untuk tutup kes 1MDB (1 malaysia dah nak bungkus).

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.