script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Bauksit: Pencemaran Udara, KPC Ambil Langkah Segera


KUANTAN:  Dalam usaha meminimumkan pencemaran udara dan air serta memberi keselesaan kepada penduduk setempat, Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. (KPC) mengambil beberapa langkah lagi mengatasi masalah berkaitan alam sekitar.

KPC dijangka akan membina tembok setinggi sembilan meter di tempat penyimpanan bauksit di pelabuhan, memasang jaring bagi mengelak habuk terbang, menyelenggarakan longkang dengan penapis air bagi menahan serta mengasingkan sisa kelodak bauksit daripada mengalir terus ke sungai.

Itu antara langkah yang diambil oleh KPC selepas sesi perjumpaan Adun Berserah, Andansura Rabu dan Adun Teruntum, ADUN Teruntum Sim Chon Siang bersama kakitangan KPC yang diketuai Pengurus kanan Jabatan Trafik dan Marine, Alimi Ibrahim serta Pengurus bahagian Kesihatan, Alam Sekitar dan Keselamatan, Abdul Halim Hussien di pejabat KPC baru-baru ini.

Adansura berkata, pihaknya menyambut baik saranan tersebut dalam usaha meminimumkan pencemaran alam sekitar di negeri ini.

“Ini adalah langkah yang baik dan mampu mengurangkan pencemaran, namun sebolehnya kita minta supaya KPC mempercepatkan tempoh masa perancangan mereka ini.

“Bagi saya tempoh untuk menyiapkan semua perancangan mereka ini sehingga Jun 2016 adalah terlalu lama dan ia perlu disiapkan segera sehingga hujung tahun ini atau awal tahun 2015,” katanya.

Katanya, tempoh perancangan yang terlalu lama sebenarnya akan menimbulkan keadaan pencemaran yang lebih teruk dan mengganggu keselesaan penduduk setempat.

“Bila ada langkah baik, ia perlu dipercepatkan demi kebaikan semua pihak dan imej KPC juga akan bertambah baik kerana mampu menyediakan satu kawasan yang kondusif bukan sahaja kepada pekerja tetapi masyarakat sekeliling.

“Saya percaya usaha yang dilakukan KPC mampu menarik lebih ramai pelabur untuk datang melabur ke negara ini apabila melihat kawasan pelabuhan berada dalam keadaan bersih dan selamat,” katanya.

Andansura berkata KPC turut menghadapi kekangan kerana terdapat 2,000 trip lori setiap hari yang mengangkut 600,000 tan bauksit ke Pelabuhan bagi tujuan eksport.

“Jumlah tersebut menunjukkan ia memberi pulangan yang besar kepada KPC dalam bentuk sumbangan pendapatan.

“Sejajar dengan apa yang diperolehi, KPC seharusnya segera melaksanakan langkah yang sedang mereka rancang itu demi kepentingan semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Chon Siang tidak bersetuju dengan perancangan yang dilakukan oleh KPC terutamanya dalam aspek membersihkan lori ketika keluar masuk yang tidak sistematik.

“Sepatutnya KPC perlu buat tiga langkah pembersihan lori seperti menggunakan air deras bagi cucian di tiga peringkat secara berasingan.

“Saya percaya bila adanya pencucian tiga peringkat itu ia dapat mengurangkan pencemaran,” katanya.

Dalam pada itu, Chon Siang meminta bukan sahaja di kawasan pelabuhan amalan tersebut perlu diamalkan sebaliknya di kawasan perlombongan hendaklah dilaksanakan oleh pekerja di lombong.

“Ini sangat penting demi menjaga alam sekitar. Kalau ia tidak dilakukan di semua peringkat pencemaran akan tetap berlaku,” katanya.

Chon Siang turut bersetuju dengan langkah KPC membina longkang dan penapis sisa bauksit terlebih dahulu bagi menghasilkan air jernih sebelum di lepaskan ke sungai, bagaimanapun dia meminta agar longkang yang dibina itu dibesarkan.

Katanya, sekiranya longkah di kawasan penyimpan bauksit dibesarkan ia dapat menampung lebih banyak air mengalir ke kawasan longkah itu dan mengelak daripada melimpah.

Beliau bagaimanapun, merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian pihak KPC mengadakan sesi perjumpaan dan perbincangan dengannya bersama Andansura. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.