script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli, Pemimpin DAP Sertai Bersih 4.0 Tanpa Bendera Parti !


KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 ahli DAP akan turun bersama rakyat di perhimpunan aman Bersih4 di seluruh negara tanpa membawa bendera parti.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, berkata penyertaan tanpa lambang parti adalah sebagai menghormati permintaan pihak penganjur Bersih yang mahu perhimpunan itu menjadi milik semua, dan bukan untuk mana-mana pihak tertentu.
Katanya, setiap ahli dan pemimpin akan memakai baju kuning, selaras dengan tema Bersih, dan kebanyakan mereka dijangka menyertainya sepanjang 34 jam bermula petang Sabtu ini.
Menurutnya, pimpinan DAP akan berkumpul di Jalan Sultan berhampiran LRT Pasar Seni pada jam 1 petang Sabtu, sebelum bergerak menuju Menara Maybank, dan dijangka sampai ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata pihak polis perlu bekerjasama dengan penganjur Bersih4 dan sukarelawan keselamatan untuk memastikan penyangak dan batu api tidak berpeluang melakukan sabotaj.
“Malah, jika ada peserta Bersih4 yang membuat kekacauan yang mengganggu perhimpunan aman itu, semua peserta Bersih4 yang lain perlu melaksanakan tugas sivik mereka untuk menghalang elemen-elemen tidak bertanggungjawab itu,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.