script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Marina: Polis Tak Perlu Takutkan Rakyat, Bersih 4.0 Aman !


KUALA LUMPUR:  Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Maria Chin Abdullah berkata tiada keperluan untuk pihak polis menggunakan senjata renjat atau sebarang jenis senjata terhadap peserta himpunan BERSIH 4.0.

Beliau mengulas pengumuman polis semalam yang akan menggunakan senjata rencat atau taser gun terhadap perserta himpunan itu yang akan berlangsung dari 29 hingga 30 Ogos ini.

“Ini agak mengejutkan saya. Kenapa nak guna taser gun? Pihak polis tidak perlu menggunakan semua senjata itu kerana ini perhimpunan aman.

“Sekiranya mereka menggunakan, ia boleh melanggar kepada hak untuk berhimpun secara aman,” katanya ketika dihubungi.

Maria juga berkata, pihak polis tidak sepatutnya menggunakan senjatan tersebut kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan mungkin nyawa orang ramai.

Senjata renjat atau taser gun ini mempunyai jarak tembakan antara 15 hingga 35 kaki dan mereka yang terkena tembakan akan hilang keupayaan bergerak serta-merta.

Tambahnya lagi, tindakan ini adalah cara pihak polis untuk menakutkan orang ramai yang ingin turun pada perhimpunan tersebut.

“Ini cara untuk takutkan dan menggagalkan Bersih 4, tapi ini bukanlah peranan pihak berkuasa untuk melakukannya,” katanya.

Oleh itu, beliau minta untuk seluruh rakyat Malaysia tidak bimbang dengan ancaman itu, sebaliknya menekan polis agar tidak melakukan kekasaran kepada perserta himpunan.
“Semua rakyat mesti kecam polis supaya tidak menggunakan senjata atau objek lain untuk menghentikan perhimpunan ini,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.