script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Nazir Razak, Dilantik Anggotai Jawatankuasa Khas Ekonomi


PUTRAJAYA: Selepas beberapa kali mengkritik dan melahirkan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi negara, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak kini dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan kerajaan.
Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan antara sembilan individu dilantik menganggotai JKE yang berperanan mempertimbangkan perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan asas-asas ekonomi Malaysia.
Ketika mengumumkan senarai anggota JKE, Najib berkata jawatankuasa khas berkenaan turut bertanggungjawab menilai isu-isu semasa termasuk nilai ringgit, mengekalkan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.
"Keputusan untuk mewujudkan JKE adalah berdasarkan keperluan kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan strategi serta-merta dan pelan tindakam untuk memastikan Malaysia terus dalam pertumbuhannya," kata Najib pada sidang media di pejabatnya di sini, Rabu.
JKE akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Jawatankuasa berkenaan dijangka mengadakan mesyuarat pertamanya pada awal September ini.

Antara yang turut menganggotai JKE ialah Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar; Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Peraturan Perbankan China, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao serta Pengerusi Eksekutif Symphony Life Berhad, Tan Sri Mohamed Azman Yahya.

Menyentuh mengenai peranan Majlis Ekonomi sedia ada yang dipengerusikannya, Najib berkata ia akan terus berfungsi dengan memberi tumpuan kepada isu ekonomi secara menyeluruh.

Katanya, Majlis Ekonomi itu antara lain akan terus merumuskan strategi bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik, mengenal pasti cara untuk mengawal inflasi dan merangka strategi bagi memastikan bekalan yang mencukupi.

"Majlis Ekonomi juga akan merangka jaringan keselamatan sosial yang komprehensif untuk melindungi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.

Dalam pada itu Najib mengulangi penegasannya bahawa kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan melaksanakan tambatan ringgit kepada dolar Amerika (AS). #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.