script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

BN Tak Benar Cubaan 'Tubuh Kerajaan' Ikut Pintu Belakang


KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) tidak akan membenarkan sebarang cubaan untuk menubuhkan kerajaan baharu melalui pintu belakang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jelasnya, ini adalah kerana kerajaan BN sekarang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya umum (PRU).
"Apa guna kita diberi kuasa jika kita tidak tahu menggunakan mandat yang diberikan oleh rakyat menerusi pilihan raya (umum).
"Kita harus bersatu padu agar kerajaan sekarang terus didokong oleh Umno dan BN," kata beliau yang juga Naib Presiden Umno ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Penampang di sini, Sabtu malam.
Ahmad Zahid berkata, walaupun menurut Perlembagaan Persekutuan penubuhan kerajaan baharu dibolehkan menerusi majoriti mudah sebanyak 112 undi di Dewan Rakyat, namun terdapat 133 anggota Parlimen dari kalangan BN yang merupakan kekuatan mutlak yang diperolehi BN menerusi PRU-13. 
Ahmad Zahid turut mengingatkan rakyat supaya menolak jika ada cubaan penubuhan sebuah 'kerajaan perpaduan' seperti yang berlaku di Perak selepas PRU-12.
Walaupun PAS yang memimpin kerajaan Perak tetapi PAS seperti pak turut kerana DAP menjadi tulang belakang pemerintahan kerajaan Perak ketika itu, katanya.
Beliau juga yakin terhadap sokongan Sabah terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada.
"Saya yakin Sabah kukuh dan mempunyai nurani kuat untuk menyokong kepimpinan kerajaan kerana Sabah adalah 'simpanan tetap' kerajaan BN," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berikrar untuk turut turun padang membantu calon-calon BN di Penampang untuk merampas semula kerusi Parlimen dan dua kerusi negeri di kawasan itu pada PRU akan datang.
Pada PRU-13 lepas, kerusi Parlimen Penampang jatuh ke tangan PKR, manakala kerusi negeri Moyog dan Kepayan masing-masing diwakili PKR dan DAP. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.