script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Seramai 8,000 Penjawat Awam, Pesara Kerajaan Pahang Dapat 'Bantuan Khas' !

 

KUANTAN: Kerajaan Pahang  meluluskan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM2.4 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penerima layak ialah penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah yang akan menerima RM300 seorang, membabitkan 8,000 orang termasuk pegawai serta kakitangan kontrak.

Katanya, pesara kerajaan negeri akan menerima RM200 seorang.

"Pemberian bantuan khas ini membabitkan implikasi kewangan RM2.4 juta dan pembayaran akan dibuat September ini," katanya dalam kenyataan, semalam.

Wan Rosdy berkata, pemberian itu juga sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.

"Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini, penjawat awam di Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini," katanya. #sumber

Share:

Presiden PSAP Tawar Diri 'Tanding' Calon Bebas Di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai

KUANTAN: Presiden Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli menjadi individu pertama menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.

Menurutnya,keputusan untuk bertanding di kerusi terbabit kerana mahu membawa suara anak Pahang perlu didengar dalam DUN.

Jelasnya, sebuah negara demokrasi sesiapa pun berhak untuk bertanding.

"Alhamdulillah saya hadir ke pejabat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) negeri Pahang hari ini (Selasa) bagi mendapatkan borang pencalonan.

"Ahli keluarga di Pelangai juga menjadi penyokong dan pencadang kepada saya unuk bertanding di kerusi (DUN) N36 Pelangai. Salam hormat dan salam seperjuangan," katanya pada Selasa.

Haslihelmy mengakui mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan tentang kerusi DUN Pelangai kerana beliau merupakan anak jati di kawasan itu.

"Masyarakat di DUN Pelangai juga memberi signal jelas dan mereka mahu seorang wakil rakyat yang lantang bersuara.

"Saya bukan sahaja akan membawa suara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan isu setempat di kawasan DUN sekiranya diberi mandat oleh rakyat di kawasan itu," jelas secara ringkas.

Pada 13 Februari lalu, Haslihelmy, 36, dalam UMNO hampir 15 tahun pernah menawarkan diri bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong pada pemilihan parti tersebut.

SPR menetapkan PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober ini dengan 23 September sebagai hari penamaan calon.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.

Pada 17 Ogos lalu, Johari antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Johari menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). #sumber

Share:

Bahang PRK Pelangai Kian Terasa, Siapa Aktivis Berani Tawar Diri Tanding Bebas?

Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai pada Oktober ini kemungkinan akan turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan BEBAS.

Ia berikutan terdapat desas-desus, ada calon dari kalangan aktivis akan menawarkan diri untuk bertanding.

Umum mengetahui, DUN Pelangai adalah kerusi panas kerana ia terletak dalam kawasan tanah tinggi Bentong yang sering dikaitkan dengan isu pencerobohan hutan, pengondolan tanah dan pencemaran alam sekitar.

Malahan, pada Disember 2021 tragedi banjir lumpur akibat 'puing kepala air'  di kawasan itu telah meragut sembilan nyawa. Tiga mangsa di Janda Baik dan enam lagi di Sungai Telemong, Karak.

Keenam mangsa terbabit dipercayai penduduk Felda Bukit Kepayang yang terletak dalam DUN Pelangai. 

Kerusi DUN ini juga popular kerana ia diwakili oleh Tan Sri Adnan Yaakob selama tempoh 36 tahun, termasuk 19 tahun sebagai Menteri Besar Pahang,

Maknanya, DUN Pelangai sangat sinonim kepada warga Pahang atas kehebatan pemimpinnya.

Kecoh kontroversi mantan MB

Ia dipanaskan lagi apabila mantan MB itu didakwa mengeluarkan kenyataan 'UMNO sudah bungkus lepat' susulan hanya menang 19 kerusi daripada 108 yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum DUN di enam negeri baru-baru ini. Malah, di Terengganu UMNO gagal mendapat satu kerusi pun.

Kecoh dibuatnya selepas kenyataan tersebut, dan ia ditularkan oleh para penyokong pembangkang (Perikatan Nasional) kononnya Adnan sudah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walhal, Adnan hanya terserempak dengan Muhyiddin ketika beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengikuti kes Datuk Sri Najib Razak pada hari yang sama. 

Malah, Adnan ketika dihubungi menjelaskan pihak media salah faham kenyataan beliau. Walhal dia masih setia bersama parti keramat orang Melayu itu sebenarnya.

Tragedi pesawat tetap diingati

Ketika berita ini tular, dalam masa yang sama kita digemparkan dengan tragedi pesawat terhempas di Elmina yang turut melibatkan ADUN Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Kesemua enam penumpang termasuk dua krew pesawat maut di tempat kejadian. Malah ia turut melibatkan dua orang awam yang lalu di kawasan ini. Kejadian ini amat menggemparkan seluruh negara.

Malahan di Pahang sendiri situasi panik melanda, kerana arwah Johari diwar-warkan bakal mengambilalih tampuk kepimpinan Kerajaan Pahang sekiranya Datuk Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail bertukar ke pusat bila-bila masa dari sekarang.

Namun Allah lebih menyayangi beliau dan kini kerusi DUN Pelangai kosong semula. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN itu pada 7 Oktober dan 23 September hari pencalonan.

Hangat seketika apabila Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dilapor mengeluarkan kenyataan di facebook mendakwa PN akan jadikan DUN Pelangai kerusi ke-18 milik mereka sebelum SPR buat kenyataan rasmi. 

Beliau diserang bertalu-talu oleh ahli termasuk pemimpin UMNO kerana dikatakan tidak menghormati ahli keluarga mangsa yang masih bersedih atas kehilangan orang tersayang. 

Siapa aktivis berani tawarkan diri ? 

Kini, 'paluan kompang' sudah bermula di tanah tinggi Bentong. Ketika BN dan PN sibuk menentikan calon yang sesuai, timbul pula 'desas desus' ada calon BEBAS dikalangan aktivis akan menawarkan diri untuk bertanding. 

Persoalannya siapakah yang berani mempertaruhkan diri itu?  Umum mengetahui, beberapa orang aktivis alam sekitar telah disaman RM1 juta oleh Kerajaan Pahang, susulan kenyataan panas berkaitan isu banjir lumpur Bentong pada 2021. 

Antara mereka ialah mantan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Khaidir Ahmad, bekas Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck. 

Beliau juga merupakan mantan Ahli Parlimen Bentong yang bertanding BEBAS pada PRU-15 lalu. 

Seorang lagi aktivis masyarakat yang disaman RM1 juta ialah Mohd Shukri Mohd Ramli yang popular dengan gelaran CMK atau Blogger Cucumatkilau. Beliau juga pernah beberapa kali bertanding BEBAS sebelum ini, termasuk yang terakhir ei PRK DUN Chini pada Julai 2020.

Selain empat orang aktivis tadi, Pahamg juga mempunyai dua orangagi aktivis yang cukup lantang bersuara tentang alam sekitar iaitu Aminuddin Yahaya yang berasal dari Temerloh. 

Namun pada PRU-15 lalu beliau bertanding kerusi Parlimen Temerloh atas tiket PEJUANG. Beliau kini adalah Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Pahang. 

Sementara itu seorang lagi aktivis popular berasal dari Pahang ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masrizi Sat. 

Dalam ramai-ramai aktivis terbabit hanya Puan Sri Sabrina dan Ustaz Masrizi Sat sahaja yang tidak terlibat secara langsung dengan politik. Maka, dua nama ini mungkin tidak termasuk dalam senarai. 

Namun, tempat mereka digantikan oleh sekarang lagi aktivis iaitu Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Haslihelmy DM Zulhasli. Beliau adalah pemimpin muda NGO yang juga selalu bersuara tentang isu rakyat di Pahang.

Beliau juga merupakan anak jati DUN Pelangai, yang amat rapat dengan kempimpinan UMNO Bentong sejak di era Tan Sri Adnan Yaakob hinggalah sekarang. 

JJika beliau bertanding sebagai calon BEBAS, sudah pasti ia bakal menggugat sebenarnya. Namun persoalannya, beranikah beliau terima kenyataan dipecat UMNO jika bertanding bebas?. 

Apa pun, kita tunggu sehingga hari pencalonan PRK Pelangai pada 23 September ini. Apakah senarai aktivis yang dinyatakan itu akan membuat kejutan? Sudah pasti ia mendebarkan dan amat dinantikan semua pihak. 

Jika ini berlaku, maka pertembungan tiga penjuru akan dapat disaksikan sama seperti PRK DUN Simpamg Jeram dan Parlimen Pulai di Johor sekarang. 

Apa yang penting 'meriahkan situasi, suburkan demokrasi'. Sama-sama kita nanti perkembangan lanjut desas-desus ini. #PahangDaily

Share:

Sri Pahang FC Mudah Benamkan Kelantan United 5-1 Dekat Kota Bharu Malam Tadi!

KOTA BHARU: Sri Pahang menepati ramalan apabila mudah membenam Kelantan United 5-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad kembali merakam kemenangan selepas tewas 0-2 kepada Kedah, 8 Ogos lalu.

Pelawat tidak perlu menunggu lama untuk mendahului apabila percubaan pemain pertahanan, Azrif Nasrulhaq gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Ilham Amirullah pada minit kesembilan.

Penyerang kebangsaan, Sergio Aguero kemudian mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua dan ketiga apabila menyudahkan hantaran Kpah Sherman pada minit ke-22 dan 26.

Sebelum tamat babak pertama, tuan rumah berjaya menggegar gawang Sri Pahang menerusi tandukan Syazwan Zainon tetapi jaringan tersebut dibatalkan pengadil.

Selepas membantu Aguero meledak dua gol, Kpah Sherman tidak mahu ketinggalan mencatat nama sebagai penjaring apabila meledak gol keempat pada minit ke-67.

Usaha Kelantan United menembusi gawang pelawat akhirnya berhasil menerusi gerakan solo pemain gantian, Royizzat Daud pada minit ke-77 sebelum David Rowley melengkapkan kemenangan pelawat dengan gol kelima pada masa kecederaan. #sumber

Share:

Wujud 'Memo Dalaman' Jabatan Peguam Negara Menyentuh Pertuduhan Terhadap Najib, Wan Rosdy Gesa Siasatan Lanjut !

KUANTAN: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan wujudnya 'memo dalaman' Jabatan Peguam Negara yang menyentuh enam pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, siasatan itu amat penting kerana dikatakan antara intipati utama memo tersebut adalah berkenaan cadangan daripada pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (IPIC) kepada Tan Sri Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara ketika itu.

"Siasatan perlu dilakukan dengan kadar segera kerana isu memo ini boleh menggugat kredibiliti serta imej sistem perundangan dan kehakiman negara, sekali gus memberi kesan yang tidak baik terhadap keyakinan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara," kata beliau dalam hantaran Facebook miliknya pada Ahad.

Wan Rosdy berkata, ia turut memberi kesan langsung kepada proses perbicaraan di mahkamah yang sedang dihadapi Najib ketika ini.

"Demi menjunjung kedaulatan undang-undang dan memastikan sistem perundangan kekal berintegriti dan diyakini, adalah mustahak agar perhatian serius diberikan oleh pihak Peguam Negara terhadap perkara ini," katanya.

Pada Rabu lalu, UMNO Pekan mendesak agar Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyiasat dan menjelaskan kepada umum berkaitan dokumen tular yang didakwa sebagai ‘memo dalaman’ AGC oleh pasukan pendakwaan IPIC baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, jika dokumen yang tular itu sahih, ia jelas menunjukkan berlaku kezaliman terhadap Najib yang dipenjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun lalu. #sumber

Share:

Jualan Rahmah Rekod Lebih RM5.7 Juta Hasil Jualan Di Seluruh Negeri Pahang !

 

KUANTAN: Program Jualan Rahmah merekodkan lebih RM5.7 juta hasil jualan dengan bilangan pengunjung sekitar 200,000 orang sehingga semalam di Pahang, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh.

Beliau berkata rekod jualan itu diperoleh selepas program itu dilaksanakan di 136 lokasi melibatkan 42 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya program seumpama itu merupakan inisiatif kerajaan yang dilihat dapat memberi kesan positif terhadap rakyat dalam meringankan kos sara hidup.

Selain itu, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan memastikan Jualan Rahmah dapat dianjurkan di setiap kawasan DUN di seluruh negara termasuk di pedalaman.

"Kita juga meletakkan sasaran supaya Jualan Rahmah dua kali sebulan di setiap DUN dapat dicapai menjelang penghujung tahun ini.

“Kalau ada sesiapa mahu (program) ‘Kedai Cari Rakyat’ pergi ke kawasan mereka bagi tahu kementerian, nanti KPDN akan kumpul maklumat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Jualan Rahmah dan pelancaran Jualan Rahmah Bergerak #KedaiCariRakyat peringkat negeri Pahang di pekarangan Stadium Darul Makmur, hari ini.

Setakat ini, Program Jualan Rahmah merekodkan lebih RM70 juta jualan dengan kehadiran sebanyak 2.8 juta pengunjung di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata inisiatif itu merupakan satu daripada usaha KPDN untuk membantu menurunkan kadar inflasi negara yang telah mencapai 2.0 peratus berbanding 4.0 peratus pada November tahun lepas. #sumber

Share:

Lima Buah Kampung Di Landa Banjir Kilat Di Maran, 278 Orang Mangsa Dipindahkan

MARAN: Seramai 278 penduduk daripada 60 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di sini pada Jumaat malam.

Berdasarkan info portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS yang dibuka pada awal pagi Sabtu ialah Pusat Pemindahan Banjir Kampung Baru Sungai Chedong dan Balai Raya Kampung Berkat.

Video keadaan arus deras yang melimpah ekoran banjir kilat di kawasan Kuala Sentul yang dikongsi netizen melalui aplikasi Tiktok dan Facebook.

Video keadaan arus deras yang melimpah ekoran banjir kilat di kawasan Kuala Sentul yang dikongsi netizen melalui aplikasi Tiktok dan Facebook.

Sehingga jam 9 pagi, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Baru Sungai Chedong kini menempatkan 252 mangsa dan 26 mangsa lagi berada di Balai Raya Kampung Berkat.

Beberapa kawasan di daerah ini dilaporkan mengalami banjir kilat ekoran hujan lebat sejak Jumaat malam.

Kejadian banjir yang turut melanda kawasan Ulu Luit dan Kuala Sentul tular selepas video kejadian dikongsi pengguna Tiktok dan Facebook. #sumber

Share:

Pertembungan Tiga Penjuru Antara PH, PN Dan BEBAS Di PRK Simpang Jeram !

MUAR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas sebaik sesi penamaan calon selesai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

PH meletakkan bekas jurutera Majlis Perbandaran Muar (MPM), Nazri Abd Rahman sebagai calon, sementara PN diwakili pakar bedah, Dr Mazri Yahya manakala S Jegananthan mewakili BEBAS.

Pegawai Pengurus PRK DUN Simpang Jeram Jamil Hasni Abdullah mengumumkan ketiga-tiga calon sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Terdahulu, Nazri tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.50 pagi manakala Dr Mazri 8.40 pagi. Jegananthan pula tiba pada jam 8.55 pagi.

Kedua-dua calon itu diiringi penyokong masing-masing dengan turut kedengaran laungan takbir di pihak PN dan Reformasi di pihak PH yang turut mendapat sokongan BN, yang menunggu di luar dewan terbabit.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalui akibat pendarahan otak.

Allahyarham memenangi kerusi DUN Simpang Jeram sejak 2018 sebelum berjaya mempertahankannya sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac tahun lalu.

DUN Simpang Jeram mempunyai 40,379 orang pemilih dengan 40,373 daripadanya adalah pengundi biasa manakal enam lagi pengundi tidak hadir luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian 9 September depan. #sumber

Share:

PRK: Persaingan 'Tiga Penjuru' Di Kerusi Parlimen Pulai Antara PH, PN Dan BEBAS

 

JOHOR BAHRU: Kerusi parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 9 September nanti.

Pakatan Harapan (PH) meletakkan bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kayat, manakala Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar.

Selain itu, calon Bebas pula adalah Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi.

Nama-nama calon berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya bagi PRK P161 Parlimen Pulai, Miswan Yunus.

Terdahulu, Miswan mengumumkan SPR menerima kertas pencalonan daripada tiga calon berkenaan dengan tiada pencalonan yang ditolak di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. #sumber

Share:

PRK DUN Pelangai, PAS Pahang Serahkan Tiga Nama 'Di Pertimbangkan' Jadi Calon !

KUANTAN: PAS Pahang menyerahkan tiga nama kepada pucuk pimpinan pusat parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu, berkata tiga nama yang disenarai pendek itu adalah pemimpin tempatan dari Bahagian PAS Bentong.

"PAS Pahang menyerahkan tiga nama kepada Majlis Syura PAS untuk dipertimbangkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada PRK DUN Pelangai.

"Mereka juga adalah pemimpin aktif dari Bentong dan calon yang boleh diterima dan disenangi di kawasan itu dan boleh membawa kemenangan kepada PN.

"Mereka memenuhi semua kelayakan yang diperlukan untuk berkhidmat dan menjadi suara rakyat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Justeru, Andansura berkata, PAS Pahang menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat pilihan dan membuat pengumuman calon berkenaan.

"Persiapan menghadapi PRK ini akan diselaraskan dalam kalangan rakan gabungan PN dan menjangkakan beberapa siri mesyuarat akan diadakan bagi memastikan semuanya berjalan lancar menjelang hari penamaan calon," katanya.

Sementara itu, Kasim Samat yang juga calon DUN Pelangai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengesahkan beliau antara tiga nama yang diserahkan kepada PAS Pusat.

"Saya tiada masalah jika diberi peluang daripada parti untuk bertanding sekali lagi pada PRK Pelangai," katanya yang juga Naib Yang Dipertua PAS kawasan Bentong.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.

Pada 17 Ogos lalu, Johari antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya 8 Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada PRU15, Johari menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). #sumber

Share:

Tiada Lantikan Exco Baharu Dalam Masa Terdekat, Portfolio Allahyarham Di Agih !

TEMERLOH: Kerajaan Pahang tidak melantik exco baharu dalam masa terdekat bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesemua barisan exco kerajaan Pahang sebulat suara untuk mengagihkan portfolio Allahyarham sebelum ini kepada mereka yang terpilih.

"Barisan kepimpinan kerajaan bersetuju untuk mengagihkan portfolio yang pernah digalas oleh Allahyarham iaitu sebagai Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

"Kita sudah agihkan kepada exco yang berkenaan, kita agihkan portfolio perumahan, saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob untuk jaga sekejap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis bacaan Yasin dan doa kesyukuran sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Pahang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah di sini, malam tadi.

Menurutnya, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff pula menggalas portfolio Kerajaan Tempatan, manakala Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib bertanggungjawab terhadap Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.

Sementara itu, apabila ditanya berkaitan calon UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Wan Rosdy berkata, beliau masih belum menerima senarai nama daripada UMNO Bahagian Bentong.

Allahyarham Johari adalah antara 10 yang maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Ketika kejadian, Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor. #sumber


Share:

PN Tak Akan Beri Kemenangan Percuma Kepada BN-PH Di PRK DUN Pelangai !

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang tidak akan sesekali memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan PAS negeri, Mohd Tarmizi Yahaya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, menerima notis pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelangai daripada Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin pada Isnin.

Beliau berkata, parti gabungan itu sudah bersedia untuk menempuh PRK DUN Pelangai yang akan ditetapkan tarikh oleh SPR dalam masa terdekat dan yakin mampu mencapai keputusan membanggakan.

"PN dalam misi memburu kerusi ke-18, kita rasa (yakin ) ada peluang untuk mendapatkan undi Melayu di DUN Pelangai.

Menjawab mengenai calon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching itu berkata, pihaknya sudah menghantar senarai nama calon-calon yang berkelayakan kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan akhir.

"Siapa calon bertanding, itu rahsia dan ia masih lagi belum diputuskan oleh PAS Pusat. Tapi PAS Pahang mengharapkan supaya calon anak tempatan diketengahkan dalam PRK DUN Pelangai," ujarnya.

Pada Isnin, SPR memaklumkan akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Khamis ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Pelangai, Pahang.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata, ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

Allahyarham Johari, merupakan seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam.

Jenazah Johari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Gombak, Selangor, pada Ahad.

Johari, 53, yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri dipilih sebagai ADUN Pelangai selepas memenangi kerusi terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) tahun lalu.

Beliau bersaing empat penjuru dan memperoleh 7,308 undi dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat; calon Pakatan Harapan (PH), Ahmed Wafiuddin Shamsuri; dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Isa Ahmad. #sumber

Share:

Seramai 15 Bayi Menerima Sumbangan 'Pahang Pride Kid 2023' Daripada MB !

 

LIPIS: Seramai 15 bayi yang baru lahir menerima sumbangan Pahang Pride Kid 2023 daripada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Hospital Lipis, di sini baru-baru ini.

Wan Rosdy berkata, pada tahun ini kerajaan negeri menaikkan nilai sumbangan kepada RM300 bagi setiap kelahiran yang berupa pakej barangan bayi bernilai RM50, simpanan tunai sebanyak RM100 dan gold bar Anak Kebanggaan Pahang bernilai RM150.

“Keseluruhan peruntukan Pahang Pride Kid berjumlah RM7.5 juta yang akan memberikan manfaat kepada seramai 25,000 kelahiran bayi di negeri ini,” katanya. #sumber

Share:

Kanak-Kanak Perempuan Sembilan Tahun Maut Tercekik Buah Rambutan Di Maran !

MARAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat tercekik buah rambutan, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata mangsa Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, dekat sini sekitar jam 8 malam.

"Doktor di klinik berkenaan telah mengeluarkan buah rambutan dari mulut mangsa sebelum jenazah dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

"Bedah siasat pada awal pagi tadi mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek," katanya semasa dihubungi

Norzamri berkata polis mengklasifikasikan kematian mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Ling Luar sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak. #sumber

Share:

Tujuh Lelaki Tempatan Di Tahan Kes Pukul Sehingga 'Mati' Seorang Warga Myanmar !

RAUB: Tujuh lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga Myanmmar di Kampung Sungai Chalit di Sungai Ruan dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata kira-kira jam 8:45 malam, Rabu lalu polis menerima laporan daripada wakil Pertubuhan Etnik Myanmar (MEO) mendakwa seorang lelaki Myanmar dipukul sekumpulan lelaki tempatan pada petang Selasa.

Menurutnya, mangsa dirawat di Hospital Raub dan meninggal dunia kira-kira jam 8:56 petang, Selasa lalu.

Katanya, laporan awal pakar perubatan memaklumkan punca kematian lelaki terbabit disebabkan kecederaan teruk di bahagian otak.

“Susulan kejadian itu polis menahan tujuh lelaki tempatan berusia antara 22 dan 42 tahun bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Semua suspek direman selama tujuh hari hingga 31 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber

Share:

Ketua Balai Polis Di Kuantan Berhadapan 98 Tuduhan Menerima Rasuah RM31,400

KUANTAN: Seorang anggota polis berdepan 98 pertuduhan menerima suapan dengan nilai keseluruhan RM31,400 di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini hari ini.

Anuar Yaakub yang berpangkat Sarjan Mejar didakwa melakukan semua kesalahan terbabit antara Jan 2021 hingga Oktober tahun lalu.

Anuar, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan selesai dibacakan di hadapan hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM100 hingga RM2,000 daripada beberapa individu melalui pemindahan wang atas talian ke akaun bank miliknya. 

Tertuduh sebelum ini bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebelum dipindahkan ke Balai Polis Cherating sebagai 'Ketua Balai'.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan oleh pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif.

Tertuduh pula diwakili peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan ikat jamin ke atas Anuar sebanyak RM15,000 bersama seorang penjamin, namun peguam mewakili tertuduh memohon agar jumlah itu dikurangkan.

Ini kerana, katanya, hanya memperoleh gaji bersih RM3,000 sebulan dan menanggung isteri serta tiga anak, selain turut menjaga ibu bapanya berusia 76 dan 73 tahun.

Hakim akhirnya memutuskan menerima permohonan pihak pendakwaan dan memutuskan Anuar diikat jamin RM15,000 serta syarat tambahan iaitu dia perlu melapor diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan, bermula bulan depan hingga kes selesai.

Tertuduh juga diperintah untuk tidak mengganggu saksi kes itu sepanjang kes dibicarakan.

Hakim menetapkan 25 September ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen berkaitan. #sumber

Share:

SPR Tetapkan Tarikh PRK Pelangai Pada 7 Oktober, Penamaan Calon 23 September !

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Oktober ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 23 September dan 3 Oktober.

Dia berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.

Mesyuarat itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN berkenaan susulan kematian penyandangnya Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

Allahyarham, 53, merupakan antara 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Pesawat malang itu sedang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.50 petang.

Johari, tokoh korporat bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). #sumber

Share:

Speaker DUN Pahang 'Ziarah' Bekas Ahli Parlimen Raub, Alami Stroke Sejak 2017

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin meluangkan masa menziarahi bekas Ahli Parlimen Raub, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz di rumahnya di Kota Damansara dekat sini hari ini.

Difahamkan Ariff Sabri yang juga pernah menjadi ADUN Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan pada 2004 hingga 2008, ketika bersama UMNO Barisan Nasional.

"Beliau telah mengalami stroke sejak 2017 lagi, keadaan bertambah baik dari dahulunya. Semoga Dato' Ariff Sabri akan sihat seperti sediakala. Amin," kata kenyataan Sharkar di laman Instagramnya.

Ariff Sabri adalah salah seorang Blogger popular UMNO suatu ketik dulu yang menggunakan nama samaran 'Sakmongkol AK47'.

Tinjauan di blog peribadinya  http://sakmongkol.blogspot.com mendapati beliau masih aktif menulis biar pun kesihatannya terjejas. Catatan terakhir beliau bertajuk 'Vanishing UMNO. Part 1' ditulis pada Sabtu, 19 Ogos 2023 lalu.

Sebelum menyertai DAP pada 2012, Beliau merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Pahang (2000-2004) di bawah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bertanding kerusi Parlimen Raub atas tiket DAP pada tahun  Pilihan Raya Umum Ke-13 (2013), dan mengalahkan calon BN dengan majoriti 2,814 undi. #pahangdaily

Share:

Kerajaan Perlu Tangani Isu Pemilikan Kad UNHCR Sebelum Ia Menjadi Lebih Parah !


KUANTAN: Malaysia dibimbangi menjadi tempat lambakan pelarian jika isu pemilikan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak ditangani secara serius oleh kerajaan.

Berselindung di sebalik kad ‘kebal’ UNHCR, pelarian terutama etnik Rohingya sudah membina kehidupan, identiti, komuniti dan penempatan sendiri yang dilihat semakin hari semakin berkembang.

Paling dibimbangi Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA) , kad tersebut tidak melalui sebarang tapisan oleh pihak berkuasa, sesiapa saja pelarian mudah memilikinya, bolos dan ‘bersuka ria’ di negara ini.

Presiden PEKA, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, rakyat Malaysia ketika ini tersepit antara sifat kemanusiaan dengan Perlembagaan negara.

“Tiada satu pun negara di dunia ini boleh terima pelarian semudah Malaysia. Bila pelarian sudah hidup sebati dengan rakyat kita, tentu lebih sukar untuk menanganinya.

“Malaysia akan dibanjiri oleh jutaan pelarian. Itu belum lagi diambil kemasukan warga asing dari negara China, Indonesia dan Bangladesh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Untuk rekod, Malaysia langsung tidak ada data mengenai pelarian, malah tiada mekanisme penyusunan yang mengakibatkan sukar mengesan kes jenayah dan penjenayah dalam kalangan kumpulan itu.

Berdasarkan statistik UNHCR, terdapat 182,990 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dari 59 negara sehingga Disember 2022.

Daripada jumlah itu, seramai 135,440 orang (74.01 peratus) adalah pelarian dan 47,550 orang (25.99 peratus) adalah pemohon suaka.

Mengulas lanjut, Zuhairi berkata, statistik UNHCR terdapat 182,990 pelarian di negara ini sehingga Disember 2022 hanya melibatkan individu yang berdaftar.

“Statistik itu hanya yang berdaftar, pelarian haram belum diambil kira lagi sehingga ada yang sudah berkahwin dengan warga tempatan dan memiliki perniagaan sendiri di negara ini.

“Pemilikan kad UNHCR palsu pun ramai sebab ada ejen yang jual kad ini demi mengaut keuntungan dan kepentingan pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini, rakyat Malaysia menunggu apa sebenarnya pelan jangka panjang kerajaan untuk menguruskan isu lambakan warga asing terutama Rohingya.

“Adakah mereka akan terus dibiarkan mendiami negara ini dan beranak-pinak sehingga tujuh keturunan dan tidak mustahil menguasai sumber ekonomi sekali gus merampas peluang ekonomi rakyat tempatan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Perpaduan ketika ini yang berteraskan prinsip Malaysia Madani wajib menangani isu pemilikan kad UNHCR dengan lebih serius supaya ia tidak menjadi barah yang tidak boleh dikawal.

“PEKA juga meminta kerajaan menyiasat jika ada pihak-pihak yang cuba melindungi pelarian haram ini untuk kepentingan peribadi,” katanya. #sumber

Share:

ECERDC Berjaya Raih Pelaburan Komited Sebanyak RM5.6 Bilion Di Negeri Pahang


KUANTAN: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM5.6 bilion untuk Pahang setakat bulan lepas.

ECERDC dalam satu kenyataan hari ini berkata antara pelaburan itu adalah dalam sektor pelancongan; perkhidmatan; pembuatan; minyak, gas dan petrokimia (OGP) serta perniagaan tani.

"Sejumlah 64 peratus daripada pelaburan komited itu ialah pelaburan langsung domestik (DDI) dan 36 peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI) dari Singapura, China dan Kanada," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Pahang yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasa yakin ECERDC akan menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke negeri berkenaan menerusi kerjasama kementerian dan agensi berkaitan, katanya.

Selain itu, beliau juga percaya projek infrastruktur pelancongan yang sedang dilaksanakan ECERDC di Pahang dapat menghasilkan kesan limpahan ekonomi dan manfaat kepada negeri berkenaan dan penduduk.

Antara projek itu ialah kerja menaik taraf jeti Kampung Salang di Pulau Tioman, flotila teratai di Tasik Chini dan kerja menaik taraf Pantai Hiburan di Rompin yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai Taman Kenderaan Rekreasi (RV) pertama di ECER.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat berkata projek itu yang dijangka siap tidak lama lagi, merupakan sebahagian daripada strategi ECERDC untuk 'Mencipta Destinasi' bagi memangkin pelancongan domestik dengan memberi tumpuan kepada pembangunan destinasi mampan.

"Ia selari dengan fokus kerajaan Persekutuan ke arah ekopelancongan dan pelancongan lestari. Semua projek ini akan memberi peluang yang bermakna kepada pelancong untuk berinteraksidengan alam semula jadi dan penduduk tempatan," katanya. #sumber

Share:

Dua Lelaki Di Tahan Babit Kes Jual Darjah Kebesaran Pahang Di Platform e-Dagang !

KUANTAN: Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 52 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menjual bintang dan lencana Darjah Kebesaran Negeri Pahang melalui platform e-Dagang tanpa kebenaran.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata dua individu, masing-masing ditahan di Puchong, Selangor dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu.

Katanya, mereka ditahan reman selama empat hari dari 9 hingga 12 Ogos lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita turut merampas beberapa barang kes termasuk lambang dan pelekat darjah kebesaran daripada dua lelaki tempatan itu.

"Polis kini sedang melengkapkan siasatan dan jika sabit kesalahan, kita akan buat pertuduhan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam di sini, hari ini.

Sebelum ini, Noor Hisam Nordin adalah Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. #sumber

Share:

Perikatan Nasional Buru DUN Pelangai Sebagai Kerusi Ke-18 Di Negeri Pahang

KUANTAN: ”Insya-Allah, Perikatan Nasional (PN) Pahang buru kerusi ke 18″. Demikian kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jaabar di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya sudah memulakan persiapan awal bagi proses Pilhan Raya Kecil (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang akan diwartakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi.

Ia berikutan pihak SPR Pahang telah menerima Notis Pengisytiharan Kekosongan bagi kerusi DUN itu semalam yang diserahkan oleh Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin semalam.

Menurut Rosli, pihaknya mula bermesyuarat bagi menyenaraikan nama calon-calon yang berkelayakan untuk diserahkan kepada PAS Pusat.

”Nama calon masih peringkat rahsia, hari ini kita mesyuarat untuk putuskan siapa calon bagi peringkat negeri sekiranya PAS Pusat ada calon dia maka terserah pada PAS Pusat.

”Pada peringkat negeri dua tiga tokon yang layak untuk diketengahkan sebagai calon, orang muda Insya-Allah.

”Calon akan diputuskan dan akan dihantar kepada majlis syura, kemudian Majlis Syura akan putuskan layak tak layak, kemudian kita pilih siapa yang layak,” ujarnya.

Jelas Rosli, PAS Pahang akan menurut keputusan yang diputuskan oleh pucuk pimpinan dan akur sekiranya mereka memilih calon yang lebih berkelayakan untuk dicadangkan mewakili parti pada pilihan raya nanti.

”Bagi PAS, kami sudah menyenaraikan calon yang layak untuk bertanding yang mampu untuk memberikan saingan untuk memenangi kerusi ke-18 bagi PN Pahang setelah dimaklumkan notis kekosongan pada semalam.

”Kita telah memulakan persiapan dari sudut jentera-jentera parti bagi semangat mengharungi PRK pada kali ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam SPR Pahang menyatakan mesyuarat PRK DUN Pelangai akan dilaksanakan dan diputuskan pada minggu ini susulan notis kekosongan berkuat kuasa pada tarikh kematian Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

Untuk rekod, sehingga Mei lalu, seramai 16,475 pemilih berdaftar bagi di dun itu.

ADUN Pelangai, Johari dilaporkan terbabit nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan lima lagi penumpang dan juruterbang serta pembantunya pada Khamis lalu.

Lain-lain penumpang yang dipercayai terkorban ialah Kharil Azwan Jamaluddin, Shahrul Kamal Roslan, juruterbang pesawat terbabit milik Jet Valet Sdn Bhd dan pembantunya, Heikal Aras Abdul Azim manakala penumpang, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali dan dua lagi orang awam turut menjadi mangsa nahas.

Johari dipilih sebagai ADUN Pelangai selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu dan dilantik menjadi Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang.

Allahyarham menang pertandingan empat penjuru memperoleh 7,308 undi, menewaskan calon dari Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan dan Pejuang. #sumber

Share:

Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR

KUANTAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, hari ini menyerahkan notis kekosongan DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.

Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli pada jam 11.20 pagi, di Wisma Sri Pahang di sini.

Zamree berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya mengenai notis berkenaan.

"Ibu pejabat SPR dijangka mengadakan mesyuarat khas minggu ini bagi menetapkan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai," katanya.

SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kerusi itu.

Sementara itu, Sharkar berkata, penyerahan notis itu adalah menjadi kewajipannya untuk memaklumkan SPR Pahang mengenai kekosongan jawatan berikutan kematian Johari.

Khamis lalu, penyandang DUN Pelangai, Johari antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Allahyarham Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang adalah seorang tokoh korporat berjaya sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketokohan dan pengalaman luas dimilikinya membolehkan beliau dipilih menjadi sebahagian daripada 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pahang, walaupun kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional, (BN) pada pilihan raya itu.

Pada PRU15, Johari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Allahyarham Johari menggantikan Tan Sri Adnan Yaakob yang juga bekas Menteri Besar Pahang yang mengumumkan tidak mempertahankan kerusi DUN Pelangai pada PRU15. #sumber

Share:

Nahas Pesawat, Sambilan Jenazah Disolat "Empat Peringkat" Di Masjid Ar-Rahimah !

KLANG:  Prosedur pengurusan solat sembilan jenazah nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) dilakukan dalam empat peringkat di Masjid Ar-Rahimah di sini, hari ini.

Ia dimulakan menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang diimamkan salah seorang anaknya.

Solat jenazah secara serentak kemudiannya dilakukan bagi Muhammad Taufik Mohd. Zaki, Khairil Azwan Jamaludin dan Sharipudin Shaari sebelum disusuli untuk Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi dan Shaharul Amir Omar.

Lima jenazah tersebut disolatkan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya ini.

Peringkat akhir bagi solat tersebut melibatkan idris Abdul Talib @ Ramali, Shahrul Kamal Roslan dan pembantunya, Heikal Aras Abdul Azim yang disempurnakan salah adik kepada Allahyarham Shahrul.

Kesemua solat jenazah tersebut bermula pukul 10.15 pagi hingga 12.25 tengah hari.

Dianggarkan antara 50 hingga 100 jemaah bersama-sama menunaikan solat bagi setiap peringkat tersebut sebagai penghormatan terakhir kepada mangsa nahas pesawat tersebut.

Setiap jenazah kemudiannya dihantar ke destinasi pilihan keluarga di sekitar Sepang, Gombak, Putrajaya, Manjong di Perak dan Bentong Pahang. #sumber

Share:

Kerajaan Terenggamu Umum Akan Guna Logo & Tema Hari Kebangsaan Putrajaya

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan diperkenalkan Putrajaya, bukan seperti dicadangkan Pemuda Perikatan Nasional (PN), kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Samsuri berkata, pihaknya akan menggunakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dan logo Malaysia Madani.

“Segala persediaan telah dibuat untuk menganjurkan sambutan dan kita akan meneruskan dengan keputusan sebelum ini iaitu untuk menggunakan logo dan tema sama dengan kerajaan pusat,” katanya. 

Semalam, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari memperkenalkan logo Hari Kebangsaan PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan digabungkan elemen warna pada Jalur Gemilang dengan tema “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera”.

Fadhli berkata, logo dan tema itu bakal digunakan untuk ucapan pimpinan PN sempena Hari Kebangsaan, namun akan mencadangkannya diperluaskan ke Kedah, Kelantan, Terengganu serta Perlis yang ditadbir gabungan itu.

Terdahulu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata pihaknya menolak menggunakan logo Hari Kebangsaan diperkenal Putrajaya kerana mempunyai perkataan “Malaysia Madani”, namun tidak mempunyai masalah dengan tema “Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”. #sumber

Share:

MB Kelantan Gesa Dua ADUN PH-BN Tak 'Koyak' Dakwaan Lawan Perjuangan Islam

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud meminta dua ADUN, pembangkang negeri itu supaya tidak “mudah koyak”, selepas mendakwa mereka “melawan perjuangan Islam”.

Beliau mengingatkan perkara itu kepada ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dari Pakatan Harapan (PH) dan ADUN Galas, Syahbudin Hashim dari Barisan Nasional (BN) jika mahu terlibat dalam politik.

“Kita kalau hendak terlibat dalam politik jangan mudah koyak,” katanya menurut Sinar pada sidang media selepas sebuah program di sini. 

Nassuruddin mengulas tuntutan Hafidzah dan Syahbudin supaya beliau memohon maaf atas kenyataannya dalam kuliah Jumaat baru-baru ini yang didakwa melabel mereka ‘melawan perjuangan Islam’

Dalam sedutan ceramah Nassuruddin, beliau berkata: “Terima kasih banyak kepada rakyat Kelate (Kelantan). Mu beri sokongan kepada perjuangan Islam. Alhamdulillah. Orang muda bersemangat, orang tua hok sokmo (sepanjang masa) sokong perjuangan Islam.

“Alhamdulillah sehingga tinggal dua kerusi. Takpolah kena ada jugok, takut orang nak tengok lagu mana hok lawan perjuangan Islam ni. Jadi rakyat boleh tunjuk hok dua tu.”

Mereka memberi masa tujuh hari kepada Nassuruddin untuk memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

Mengulas desakan itu, Nasuruddin berkata beliau mahu melihat terlebih dahulu surat tuntutan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Setakat ini, saya belum terima,” katanya. #sumber

Share:

Di Tuduh Lawan Islam, Dua ADUN PH-BN Tuntut MB Kelantan Segera Mohon Maaf

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kota Lama serta. Barisan Nasonal (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh tujuh hari bermula Ahad.

Permohonan maaf itu susulan Mohd Nassuruddin melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.

Wakil rakyat DUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, notis tuntutan maaf tersebut akan dihantar pada hari ini (Ahad) kepada pejabat Menteri Besar selepas laporan polis dibuat.

Menurutnya, kegagalan berbuat demikian akan mengundang susulan kepada tindakan undang-undang yakni memfailkan saman sivil di mahkamah.

Beliau berkata, tuntutan tersebut dibuat selepas Mohd Nassuruddin membuat syarahan umum secara sedar dan jelas, telah menamakan dua DUN iaitu Galas dan Kota Lama sebagai melawan perjuangan Islam.

"Mewakili 10,742 rakyat Galas yang mengundi BN, dan 9,691 rakyat Kota Lama mengundi PH amat tersinggung dengan kenyataan Menteri Besar yang saya anggap sebagai melampau dan ekstrem.

"Kenyataan itu seolah menentang Pas seperti menentang perjuangan Islam adalah budaya takfiri yang boleh memecahbelahkan rakyat dan masyarakat," katanya semasa sidang akhbar di Pejabat UMNO Kelantan pada Ahad.

Hadir sama ialah wakil rakyat DUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Menurut Mohd Syahbuddin, kenyataan tersebut boleh menjurus kepada perselisihan faham yakni menuduh pengundi BN, PH sebagai penentang sedangkan beliau sebagai seorang Islam yang lahir dan Insya-ALLAH mati sebagai umat Islam tidak sesekali akan menentang Islam.

Pada pandangan beliau, ucapan Menteri Besar yang bernada sinikal dan angkuh itu wajar dihindari pada masa-masa akan datang.

Ujarnya, langkah itu bagi menyahut seruan Mohd Nassuruddin yang mengambil kisah Umar Al Khattab supaya menegur jika beliau (MB) silap dalam mentadbir negeri.

"Saya kira tuduhan yang dilemparkan beliau (MB) pada saya dan Kota Lama adalah satu kesilapan besar yang wajar ditarik balik.

"Menjunjung demokrasi dan Islam sebagai agama Persekutuan, saya mohon menteri agama, para mufti serta alim ulama turut memberikan pandangan berkaitan kenyataan Menteri Besar yang ternyata tutur katanya amat berbeza dengan MB Kelantan sebelum ini, Datuk Ahmad Yakob," katanya.

Sementara itu, Dr Hafidzah memberitahu beliau serta pengundi, penyokong BN-PH terasa tercabar dengan kenyataan tidak bertatasusila terutama yang dikatakan oleh pemimpin tertinggi kerajaan negeri.

Menurutnya, ia tidak menghormati langsung bahawa dalam negara demokrasi rakyat ada pilihan untuk memilih.

"Kita perlu mengambil tindakan tegas. Kami tidak boleh dipermainkan, walaupun hanya berdua kami mewakili rakyat melakukan semak dan imbang," kata beliau. #sumber


Share:

Tragedi Pesawat Terhempas, Isteri ADUN Pelangai Hadir Ke Jabatan Forensik HTAR

 

KLANG: Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam dilihat hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Sabtu.

Datin Seri Maziah Samsudin yang hadir kira-kira jam 11 pagi menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi beberapa individu dilihat memasuki bangunan forensik di sini.

Difahamkan pertemuan turut diadakan bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar untuk makluman terkini berkaitan jenazah suaminya.

Sebelum ini, Hussein memaklumkan proses bedah siasat 10 mangsa telah selesai dijalankan pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, proses pemadanan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) melibatkan 300 cebisan mayat masih dijalankan.  #sumber

Share:

Kekosongan DUN Pelangai Di Maklumkan Kepada Pihak SPR Dalam Masa Terdekat !

KLANG: Kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Seri Johari Harun yang terbabit dalam nahas jet persendirian di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, petang semalam.

Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.

"Apa-apapun kita mahu selesaikan urusan jenazah ini terlebih dahulu," katanya di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, malam tadi.

Johari, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang adalah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1).

Mohd Sharkar berkata, Johari menaiki pesawat berkenaan atas urusan rasmi. Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Langkawi, Kedah.

"Mulanya saya keliru sebab ada banyak Johari (di Pahang), tetapi apabila melihat nombor kad pengenalan bermula 1970 bermakna 53 tahun dan kita dapat jangka Johari Harun yang meninggal dunia," katanya.

Beliau menyifatkan Johari seorang yang rajin dan sentiasa mendapatkan nasihat daripadanya berkaitan politik. #sumber

Share:

Johari Tokoh Korporat Berjaya, Di Lantik Exco Pahang Kali 'Pertama' Bertanding !

 

KUANTAN: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun, 53, antara 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini, adalah tokoh korporat berjaya sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketokohan dan pengalaman luas dimilikinya membolehkan beliau dipilih menjadi sebahagian daripada 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pahang, walaupun kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional, pada pilihan raya itu.

Pada PRU15, Johari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Anak jati Pahang yang dilahirkan pada 20 Januari 1970 itu adalah bekas pelajar Maktab Tentera Sungai Besi dan siswazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pembabitan beliau dalam bidang politik bermula secara rasmi apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong pada tahun 2008 hingga 2013 sebelum menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong pada 2018.

Beliau kemudian menerajui kepemimpinan UMNO Bentong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Mac lalu, mengambil alih tampuk kepemimpinan daripada Tan Sri Adnan Yaakob yang memilih untuk bersara daripada politik.

Pada masa itu, Johari menyatakan hasrat mahu menggunakan segala kudrat, idea dan pengalaman untuk memperkukuhkan parti dengan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, memandangkan parti sedang berdepan situasi politik yang semakin mencabar.

Johari juga dilihat sebagai pelapis untuk menerajui kepemimpinan UMNO Pahang, berdasarkan pembabitannya yang aktif di lapangan selain mempunyai keperibadian melaksanakan tugas dengan baik.

Selain politik, beliau juga aktif dalam bidang lain termasuk pendidikan kerana pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Amanah Tuanku Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Ahli Lembaga Penasihat Industri Universiti Kuala Lumpur (UniKL), selain berperanan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Bentong.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengesahkan berita kematian Johari akibat nahas berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dengan lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina.

Dua daripada mangsa adalah orang awam yang masing-masing menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.50 petang. #sumber

Share:

Anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis Nafi Dia Salah Seorang Penumpang Pesawat !

KUALA LUMPUR: Anak lelaki Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ikwan Hafiz menafikan beliau antara 10 penumpang pesawat persendirian yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.

Ikwan, 36 dalam kenyataan ringkas kepada Bernama berkata laporan yang disiarkan dalam media utama menyatakan, namanya antara yang tersenarai menaiki pesawat ringan berkenaan adalah tidak benar dan palsu.

“Saya kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir pengamal media yang tidak bertanggungjawab dan menyiarkan berita secara melulu, tanpa sebarang semakan sehingga menimbulkan spekulasi yang mengganggu ketenteraman keluarga.

“Sehubungan itu saya meminta agar masyarakat umum menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan. Pada masa yang sama, saya mewakili pihak keluarga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Pada 4 April 2015, Jamaluddin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, maut bersama lima lagi apabila helikopter dinaiki dari Pekan, Pahang menuju ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih.

Terdahulu, polis mengesahkan orang kenamaan merupakan antara 10 mangsa yang maut dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390.

Antara yang terkorban ialah exco Pahang yang juga ADUN Pelangai Dato' Sri Johari Harun.

Seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta juga antara mangsa yang maut dalam tragedi itu.

Pesawat yang membawa enam penumpang dan dua kru itu berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum terhempas di Lebuhraya Guthrie kira-kira jam 3 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam Malaysia Norazman Mahmud juga mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan atau “mayday” sebelum terhempas. #sumber

Share:

Exco Pahang Antara 10 Terkorban Dalam Nahas Pesawat Terhempas Dekat Elmina

 

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 10 mangsa termasuk seorang EXCO Kerajaan Pahang terkorban dalam nahas pesawat sewa khas yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina di sini, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang tadi, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

"Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

"Ketika terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing seorang individu dalam setiap kenderaan," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Hussein berkata pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.

Pesawat malang berkenaan dipercayai jenis Premier 1 Beechcraft dengan nombor pendaftaran N28JV dengan kapasiti lapan orang penumpang. #sumber

Share:

MB: Kerajaan Cadang Tubuhkan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) Di Lipis

 

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang bercadang menubuhkan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) di Lipis, yang antara lain berperanan sebagai pusat pembelajaran dengan menawarkan program pendidikan dan latihan serta perkhidmatan teknikal berasaskan industri mineral.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kampus sementara AMMP di Lipis Centrepoint juga berperanan sebagai pusat sehenti bagi maklumat pembangunan mineral, khususnya di Pahang, dan kerajaan negeri telah melantik Pahang Skills Development Centre sebagai peneraju pembangunan AMMP manakala Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah selaku perunding.

"Saya berharap langkah ini dapat membantu mengimbangi pembangunan ekonomi di seluruh Pahang terutama dalam merapatkan jurang pembangunan antara Pahang Barat dan Pahang Timur," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata AMMP merupakan sebahagian daripada komponen rancangan pembangunan Taman Teknologi Bersepadu Lipis (TTBL) yang terkandung dalam Laporan Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus dan telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus pada 3 Jun 2022.

Katanya TTBL akan berkonsepkan pusat pembangunan bersepadu industri bernilai tinggi dengan teknologi mesra alam selain memiliki sumber manusia yang berpengetahuan serta kompeten dan selain AMMP, ia memiliki sebuah lagi komponen pembangunan iaitu pusat pemprosesan mineral di Sungai Temau.

Wan Rosdy berkata kewujudan TTBL adalah selaras dengan Pelan Transformasi lndustri Mineral 2021-2030 dan kerajaan bercadang menjadikan Malaysia antara hab pembangunan industri mineral yang memiliki rantaian lengkap ekoran permintaan hasil mineral telah meningkat kepada sangat tinggi dan akan terus berkembang pada masa depan. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.