script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Negeri Pahang Berhasrat Anjur Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa

KUANTAN: Kerajaan negeri berhasrat mengadakan pertandingan perahu naga bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan sekali gus dapat melonjakkan lagi ekonomi Pahang dalam sektor pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, dengan adanya acara bertaraf antarabangsa, ia dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke negeri ini, khususnya di daerah ini.

“Dalam pada itu, secara tidak langsung dapat memberikan impak positif kepada ekonomi tempatan.

“Justeru itu, semua pihak perlu berganding bahu agar lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan di negeri ini untuk menarik lebih ramai pelancong beriadah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Pertandingan Perahu Naga di sini hari ini.

Sebanyak 35 pasukan membabitkan 500 peserta menyertai pertandingan perahu naga, Royal Pahang Dragon Boat Regatta sempena Pesta 188 di Sungai Kuantan di sini.

Pesta Kuantan 188 diadakan sempena memuliakan ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada hari ini, dan 5 Ogos nanti.

Kayuhan perahu naga sejauh 400 meter itu menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 bagi tempat pertama, RM3,000 tempat kedua dan RM2,000 bagi tempat ketiga, beserta trofi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kuantan 188, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, penganjuran pertandingan perahu naga itu merupakan yang pertama dianjurkan di negeri ini.

Katanya, pemilihan Sungai Kuantan kerana lokasinya strategik dan mempunyai fasiliti mencukupi, selain dapat menghidupkan semula kawasan berkenaan.

“Sungai Kuantan ini cantik dan tidak harus dibiarkan sepi tanpa aktiviti. Kita perlu terus menjaganya termasuk kebersihan kerana sebahagiannya merupakan hutan bakau yang sudah melebihi 500 tahun.

“Aset ini cukup berharga… jadi kalau ikut pepatah orang putih menyarankan kita agar menjadikan sungai tempat tinggal kita,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.