script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

UMP Kini Di Kenali Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini dijenamakan sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Yuserrie Zainuddin berkata, penggunaan logo dan nama UMPSA telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Warta Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa 14 April lepas.

Beliau berkata, penjenamaan selepas 21 tahun penubuhan tatkala di puncak kejayaan, bertepatan dengan visi menjadi universiti teknologi terunggul.

Katanya, pertukaran nama itu tidak mengubah bidang fokus utama universiti, program pengajian serta enrolmen, selaras matlamat penubuhannya.

"Penjenamaan ini akan terus merealisasikan aspirasi kecemerlangan yang dicapai menerusi pemerkasaan akademik, pengantarabangsaan dan hasil penyelidikan berimpak serta menghasilkan graduan cemerlang untuk menjadi modal insan berkualiti dalam memacu pembangunan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bermula sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) yang diwartakan pada 16 Feb 2002, kerajaan mengumumkan pertukaran nama institusi itu kepada UMP berkuat kuasa 1 Feb 2007.

Yuserrie berkata, kebolehpasaran graduan UMPSA membanggakan apabila mencapai 98.67 peratus yakni antara tertinggi di Malaysia dan dengan penjenamaan itu ia akan membina keterlihatan, reputasi dan keupayaan, seiring perkembangan serta pencapaiannya yang diiktiraf dunia.

Selain itu, katanya, UMPSA menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan kejuruteraan dan teknologi yang berupaya memperkaya ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tahap tinggi di negara ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, universiti itu sentiasa berusaha untuk memperkenalkan teknologi serta amalan kelestarian kepada masyarakat selain mendidik serta menjadi suri teladan mengenai prinsip kelestarian.

Tambahnya sebagai universiti terbaik dalam rangkaian universiti teknikal Malaysia (MTUN), UMPSA komited melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) serta amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang baik. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.