script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Pahang: UMNO Kini Boleh Jadi 'King Maker' Kembalikan 'Komposisi Melayu' !

KUANTAN: Peluang untuk memposisikan semula kuasa Melayu-Islam di negara ini terbuka luas berdasarkan keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu. 

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, pengundi Melayu dan sebahagian pengundi bukan Melayu memberi isyarat jelas penolakan terhadap kerajaan Persekutuan ketika ini. 

"UMNO kini boleh menjadi 'king maker' menentukan kedudukan kuasa Melayu atau sebaliknya. 

"PAS Pahang menyeru pimpinan UMNO di negeri yang mampu memposisikan kuasa dan kedaulatan Melayu-Islam menyambut gelombang dan isyarat rakyat ini. 

"Suara akar umbi UMNO yang menyeru agar parti itu kembali ke landasan asal perjuangan Melayu jelas kelihatan hasil keputusan PRN. 

"PAS Pahang mengharapkan penyatuan ummah ditegakkan demi kestabilan negeri dan negara," katanya dalam satu kenyataan media di sini malam tadi. 

Rosli turut memberi contoh situasi di Negeri Sembilan selepas PRN Sabtu lalu. 

Katanya, jumlah kerusi dewan undangan negeri (DUN) dimenangi gabungan Pakatan Harapan - Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN) hampir sama dengan situasi di Pahang selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15). 

"Kedudukan kerusi di Negeri Sembilan mempunyai persamaan dengan komposisi di Pahang, kedua negeri boleh memposisikan kuasa Melayu-Islam. 

"Kedudukan sama juga boleh dilakukan di Pahang, malah di peringkat nasional jika diterjemahkan kesungguhan itu," katanya lagi. 

Pada PRN Sabtu lalu, PN Negeri Sembilan memenangi lima kerusi DUN iaitu Gemas, Serting, Labu, Bagan Pinang dan Paroi.

Gabungan PH-BN pula memperoleh 31 kerusi melalui BN (14), DAP (11), PKR (lima) dan Amanah satu kerusi (DUN Klawang). 

Manakala keputusan PRU-15 di Pahang menyaksikan UMNO mendapat 18 kerusi, PN memperoleh 17 kerusi DUN dan PH lapan. 

Kerajaan Pahang hanya dapat ditubuhkan selepas PH mengumumkan menyokong UMNO bagi membentuk Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Pusat. 

Sementara itu, Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur berharap pimpinan PN peringkat Pusat dan negeri boleh melihat isu itu dengan tuntas demi kebaikan masa depan ummah dan negara. 

"Pemimpin sewajarnya menyambut dengan hati terbuka dan merealisasikan impian rakyat. 

"PAS Pahang sedia menghulurkan tangan perpaduan dan penyatuan demi menyambut impian dan keinginan rakyat," ujarnya. 

Rosli bagaimanapun mengakui usaha itu sukar untuk dilaksanakan, namun pemimpin perlu berkorban demi kesejahteraan rakyat, negeri dan negara. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.