script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Selepas P. Ramasamy, Bekas ADUN Sabai Di Pahang Pula Turut Umum Keluar DAP !

KUANTAN: Selepas bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, mengumumkan keluar DAP, seorang bekas ADUN turut mengambil langkah sama.

Kali ini, bekas wakil rakyat Sabai di Pahang, D Kamache, mengesahkan tidak lagi dapat bersama dengan DAP mulai semalam.

"Saya telah menyerahkan surat keluar DAP kepada Setiausaha Agung parti (Anthony Loke) semalam," katanya. 

Pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai selama dua penggal Kamache berkata ia adalah satu keputusan yang sangat sukar baginya namun bertekad melangkah jauh dari DAP kerana terpaksa.

"Bagi saya, DAP hari ini bukan lagi parti yang sama seperti ketika saya menyertainya dulu.

"Tiada tempat dalam pemimpin India yang bersuara dalam DAP," katanya.

Semalam Kamache menyerahkan surat meninggalkan DAP kerana berkempen untuk seorang lagi bekas ADUN parti itu yang tidak dicalonkan, M Satees.

Bekas ADUN Bagan Dalam itu menyertai pilihan raya negeri (PRN) di Pulau Pinang sebagai calon bebas.

Kata Kamache dia masih tidak faham logik yang digunakan pucuk pimpinan DAP semasa menggugurkan Satees daripada bertanding iaitu dengan alasan mahu meremajakan parti.

"Satees berusia 38 tahun dan calon digantinya adalah Kumaran Krishnan berusia 45 tahun.

"Saya tidak faham logik ini. Dan sehingga kini pemimpin DAP termasuk Loke tidak menjelaskan kekeliruan ini.

"Sebagai ahli DAP saya boleh dipecat jika berkempen untuk calon bebas. Jadi, saya mengambil keputusan keluar parti kerana saya sedang berkempen untuk Satees," katanya.

Tambah Kamache, dia tetap berterima kasih kepada DAP kerana memberi peluang kepadanya untuk bertanding di DUN Sabai sebanyak empat kali. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.