script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: ANAK Dedah Lagi Penyelewengan Felda !!

Share:

AELB: Lynas Tetap Perlu Kemukakan Pelan Tapak Pelupusan Sebelum Ia Di Benar Untuk Beroperasi

KUANTAN 29 Feb - Syarikat perlombongan nadir bumi (rare earth), Lynas Sdn. Bhd. di Gebeng di sini tetap perlu mengemukakan kepada kerajaan pelan atau lokasi tapak pembuangan kekal (PDF) dalam masa 10 bulan walaupun ia mendakwa sisa atau buangan industrinya akan dikitar semula sepenuhnya. Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan (foto) berkata, ia penting sebagai jaminan bahan buangan industri dari kilang itu tidak terdedah dan membahayakan kesihatan orang awam sekiranya Lynas tidak dapat mengitar semula bahan berkenaan. "Selagi Lynas tidak kemukakan lokasi dan pelan PDF berkenaan dan mematuhi beberapa syarat yang lain, kerajaan tidak akan membenarkan Lynas beroperasi walaupun ia telah mendapat lesen operasi sementara (TOL) daripada AELB baru-baru ini. "Ini kerana ada kerisauan di kalangan orang awam mengenai PDF dan pada masa sama kerajaan prihatin tentang kesihatan dan keselamatan orang awam serta mahukan Lynas bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya mereka gagal mengitar semula sisa industri dari kilang mereka,” kata beliau.

[Persoalannya sekarang, dalam keadaan AELB tidak membenarkan Lynas beroperasi namun dalam masa yang sama terdapat maklumat ia telah beroperasi. Maka, apakah yang dapat dilakukan oleh AELB sekarang?. Biar pun bertimbun-timbun syarat yang ditetapkan, namun masalahnya jika orang atas sudah memberi arahan tertentu maka apakah yang termampu dilakukan oleh agensi terbabit. Difahamkan, kini ada cecair kehitaman mengalir ke luar menerusi anak-anak sungai sekitar kilang Lynas di Gebeng. Tidak dapat dipastikan apakah cecair tersebut, namun khabarnya ia mengalir hingga ke simpang luar ke jalan masuk kawasan kilang terbabit. Pihak berkuasa digesa memantau keadaan ini, jika tidak sudah pasti ia akan lebih merungsingkan rakyat. Apakah cecair itu ada kaitan dengan bahan sisa buangan rare earth yang telah diproses oleh kilang itu agaknya?. Berhati-hatilah sekarang. Mungkin ada sesuatu tidak kena telah berlaku].

Share:

Eksklusif: Video Gadis Remaja Cina, "Loo Jo Yee" Yang Berusia "18 Tahun" Memeluk Agama Islam!

Share:

Panas: Saham "Dr.Hasan Ali" Semakin Merudum, Ceramahnya Kini Makin Gagal Dapat Sambutan !!

Apa sudah jadi kepada Datuk Hasan Ali (foto) sekarang?. Semakin hebat namanya dipopularkan oleh media arus perdana, rupanya semakin hari semakin hilang sokongan rakyat terhadap beliau sebenarnya. Terbaru, dalam ceramahnya di Kg.Melayu Subang semalam. Sungguh memalukan apabila hanya kerusi dan tiang-tiang khemah sahaja yang sanggup mendengar "celoteh Hasan Ali". Sebaliknya, tiada manusia yang tergamak untuk memberi sokongan untuk mendengar apatah lagi hadir ke ceramahnya itu. Bukti jelas ini menunjukkan Hasan Ali rupanya semakin tenggelam walau pun UMNO begitu ghairah mempromosikan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Populariti Hasan kini mula merudum, walau pun beliau sendiri mengaku ribuan orang hadir ke ceramah "Bicara Ummah"nya di sana sini. Namun, hakikatnya adalah jauh sekali berbeza. Rakyat sebenarnya sudah muak dengan manusia "bertopeng" seperti Hasan Ali ini. Beliau tidak mempunyai prinsip perjuangan dan hala tuju yang jelas dalam hidupnya. Langkah menubuhkan NGO Jalur Tiga (JATI) dilihat tidak lebih untuk membantu UMNO BN terus berkuasa di negara ini. Malah, kenyataan yang beliau keluarkan kononnya jika Pakatan Rakyat menang maka Melayu dan Islam akan kehilangan kuasa. Malah, dia juga membuat tuduhan dangkal berasaskan kepada emosi semata-mata mutakhir ini. Semuanya itu adalah bagi mempopularkan dirinya yang kini kian terbuang di hati rakyat. Hasan masih mempunyai peluang untuk menginsafi dirinya, jika dia mahukannya.


Bukti, celoteh Hasan Ali gagal tarik perhatian orang ramai untuk hadir
Lagi bukti bergambar sila klik pada laman blog ini erapasca.com

[Namun, melihat kepada apa yang berlaku sekarang sememangnya nampak jelas dia semakin selesa dengan apa yang dilakukan. Omongannya untuk mempertahankan Islam dengan mengarahkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat jelas membuktikan Hasan kini sudah buta mata dan hati melihat kebenaran. Dia lupa, siapa yang berkuasa itulah patut melaksanakan dulu hukum-hukum Allah di atas muka bumi ini. Namun, Hasan melihat UMNO selolah-olah sudah perfect, dan melakukan segalanya. Walhal, dia sendiri sedar bahawa dirinya kini sudah tidak bernilai lagi di mata umat Islam. Namun, dek kerana perasan PHD (Perasaan Hasad Dengki) yang meluap-luap dalam hatinya maka Hasan rela melakukan apa saja. Apa yang penting ialah agar pemimpin UMNO melihat dia sudah melakukan yang terbaik untuk mempertahanka parti itu. Namun, Hasan lupa Allah melihat apa yang beliau lakukan. Walau kini dia seronok dengan tindakannya itu, namun satu hari nanti beliau pasti akan sedar kesilapan yang dilakukan].
Share:

Iklaneka: Masalah Kulit Jerawat Kritikal, Semakin Pulih Setelah Menggunakan Produk Keluaran Evo

Seorang pengusaha kedai makan di Simpang Kerdau, Temerloh, yang dikenali sebagai Puan Lili (foto) mendedahkan kulit wajahnya kini pulih sepenuhnya selepas menggunakan produk keluaran syarikat Evo Freedom International. Sungguh mengejutkan, bila melihat bukti bergambar kulit wajahnya sekarang jika dibanding dengan sebelum ini. "Dulu saya malu untuk keluar rumah kerana masalah jerawat yang begitu teruk pada kulit muka saya. Kini selepas beberapa bulan menggunakan produk Evo 3 dan Evo 8 keluaran syarikat Evo Freedom International yang diperkenalkan oleh seorang rakan kepada saya, maka Alhamdulillah kulit muka saya kini semakin pulih sepenuhnya", kata beliau. "Dulu, sudah bermacam produk saya gunakan namun semuanya tidak membuahkan hasil seperti sekarang. Sungguh menakjubkan, kulit muka saya sudah tidak berjerawat seperti dulu dan saya kini bebas ke mana-mana tanpa rasa malu lagi. Saya menyeru mana-mana kaum wanita terutamnya yang ada masalah seperti saya agar dapatkan produk yang sedang hangat dipasaran ini", katanya.


Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini dan seterusnya menjadi agen berdaftar, sila hubungi talian yang tertera: KUANTAN; Kak Wanie (012-9878255), KERTEH; Kak Yus (016-9369424), PAKA; Rubiah (013-9127610) RAUB; Nurul (017-9198280), ROMPIN; Kak Mas (017-9240851), SELANCAR; Hafizah (019-7955854), INDERA MAHKOTA; Lin (017-9606176), TERUNTUM; Linda (014-8115125), CHINI; Suzie (013-9408746), TEMERLOH; Kak Emma (019-9450130), MENTAKAB; Ju (013-9822820), BT.SAGU; Wanie (014-8051901), JENGKA; Hamisah (017-7969750), KEMAMAN; Kak Wan (019-9833209), KUALA KRAI; Jue (013-9537220), SHAH ALAM; Tini (013-9526634), N.SEMBILAN; Roha (017-8828214), NARATIWAT,THAILAND; Kameerayah (017-9522995) - Pengedar diperlukan. Info, klik DI SINI.
Share:

Panas: Selepas 'Amuk Di Lepar Hilir', UMNO Bakal Buat Provokasi Di "Panching Selatan" Malam Ini !!

KUANTAN, 29 Feb - Selepas mengamuk di Felda Lepar Hilir 1 semasa ceramah Pakatan Rakyat bersama Nurul Izzah Anwar baru-baru ini (26 Feb), kini nampaknya UMNO mula merasakan itu saja cara yang terbaik untuk menghalang rakyat memberikan sokongan kepada pembangkang menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Permainan tektik kotor dan ganas ini dimulakan oleh UMNO selepas ia diberi tunjukkan ajar oleh beberapa buah NGO yang kononnya mempertahankan Islam, Melayu dan Raja sebelum ini. UMNO Bahagaian Paya Besar kini mula cuba untuk menunjukkan "taring mereka" dengan melakukan provokasi di dalam setiap ceramah pembangkang bermula dengan apa yang terjadi di Felda Lepar Hilir 1 tempohari. Dalam keajadin tersebut, anak muda yang diketuai oleh Asrullah Afendi Abdullah (foto) telah meluru ke arah Naib Presiden PKR itu atas alasan mempertahankan pemimpin terbabit dari diserang oleh beberapa orang penduduk yang tidak mahu diganggu dengan ceramah pembangkang terbabit. Tidak cukup dengan itu, kini heboh diperkatakan bahawa UMNO akan sekali lagi melakukan provokasi terhadap ceramah pembangkang di Felda Panching Selatan malam ini. Ceramah yang akan menampilkan Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman itu khabarnya akan menjadi lokasi kedua "amukan UMNO" kali ini. Edaran SMS telah diterima di kalangan ahli UMNO sendiri agar sama-sama datang ke program ceramah umum berkenaan untuk tujuan provokasi berkenaan. Malah difahamkan, terdapat juga sebahagian ahli UMNO yang "forwardkan" SMS tersebut kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat kerana mereka curiga dan kecewa dengan tindakan tersebut. Untuk makluman, Felda Panching Selatan dan Felda Lepar Hilir 1 terletak di Parlimen Paya Besar yang diwakili oleh Datuk Abd Manan Ismail.

[Soalnya sekarang, siapakah yang mengarahkan anak muda terbabit melakukan perbuatan provokasi ini agaknya?. Harapan kita agar pihak polis dapat memantau dan mengambil perhatian dengan senario yang berlaku. Pastikan keadaan negara kita selamat dan jangan selamatkan mereka yang kononnya rasa selamat kerana polis berpihak kepada mereka yang terlibat. Apapun, diharapkan tidak berlaku kekecohan pada program malam ini. Justeru, semua pihak perlu bersedia agar kekecohan yang berlaku di Felda Lepar Hilir 1, baru-baru ini tidak berlaku di Panching Selatan malam ini. Trend, politik ganas yang diamalkan haruslah diambil perhatian oleh semua pihak. Jika tidak, ramai yang akan menjadi mangsa kepada kerakusan pihak berkenaan untuk mempertahankan kuasa mereka].
Share:

Video: Wacana Sinar Mengapa Undi Melayu Pecah

Share:

Panas: Dr.Badrul Amin Dakwa 'Pembantu' Beliau Di Tawar Imbuhan Bagi Jadi Saksi Burukkannya!

SEREMBAN, 29 Feb - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron (foto), mendakwa pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya. Menurut Badrolamin, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut. “Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama. “Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulungnya di Ampangan, dekat sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, Badrolamin berkata, pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu. Menurutnya, berikutan kejadian itu, dia dan pembantunya bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini bagi membersihkan kembali namanya berikutan kejadian ditangkap khalwat lalu. Sementara itu, Badrolamin juga berkata akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan laporan khalwatnya. Malah, beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan dalam kedua-dua media. “Selepas keterangan saya dan wanita terbabit diambil, Jaip mendapati dakwaan saya berdua-duaan adalah tidak benar dan pihak jabatan agama juga menerima sendiri kenyataan itu. “Dengan itu, kenyataan Mohd Ghazali bahawa saya ditangkap berdua-duaan adalah terbatal, begitu juga laporan media berkenaan bahawa kami ditangkap berkhalwat adalah tidak benar. “Sehubungan itu, kami akan ambil tindakan undang-undang kepada kedua-duanya,” katanya lagi.


[Buat masa ini terlalu banyak persepsi dan versi berkaitan kes yang berlaku sebenarnya. Banyak pihak yang menjadi keliru yang mana satukah betul dan yang mana satukah tidak betul. Namun, Dr.Badrulamin punyai hak untuk pertahankan dirinya pada masa sekarang. Dalam pada itu, beliau juga perlu berhati-hati dengan kenyataan beliau agar tidak disalah tafsirkan oleh pihak lain. Ramai yang melihat, kesilapan juga ada dipihak beliau kerana mengizinkan dirinya difitnah apabila membenar dan menguruskan penginapan wanita terbabit di hotel berkenaan. Kaunseling tidak boleh berlaku sedemikian rupa dan perlu ada situasi yang sesuai. Justertu, Badrulamin perlu berhati-hati dengan beberapa tindakannya yang dilihat boleh mendatangkan perasaan curiga kepada ramai pihak. Beliau berhak pertahankan dirinya sekarang tetapi banyak lagi kemusykilan yang belum terjawab pada masa ini. Apapun, kita nantikan apakah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan mendakwa beliau dalam masa terdekat ini. Tindakannya untuk menyaman pihak yang berkenaan juga dilihat satu langkah terbaik untuk tokoh agama itu membersihkan namanya sekarang. Nantikan info seterusnya kes ini].
Share:

Bicara Lynas, Ramai Kecewa "Prosiding Tertutup" Sedangkan Kes Berkenaan Itu Adalah Isu Rakyat !

KUALA LUMPUR, 28 Feb - Orang ramai yang hadir ke perbicaraan kes Semakan kehakiman menuntut pemberian lesen operasi sementara (TOL) Lynas di Gebeng, Kuantan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi, kecewa dengan keputusan hakim menangguhkan prosiding kes tersebut. Malah mereka juga hairan kenapa hakim menjalankannya secara tertutup (dalam kamar) sedangkan ia adalah isu umum yang melibatkan rakyat. Mereka yang hadir dengan dua buah bas dari Kuantan yang tiba sejak awal bagi telah berhimpin-himpit di dalam ruang tempat duduk mahkamah untuk mendengar kes tersebut. Namun, masing-masing hampa dan kecewa apabila dimaklumkan kes ditangguhkan. Akibat keputusan itu, kesemua mereka akhirnya keluar dari mahkamah dan kemudiannya berhimpun di lobi mahkamah sambil melaungkan "Hidup Rakyat","Stop Lynas", "Kami Bukan Tikus Makmal","Go Back Australia" dan "Pu Yau Lynas" yang dipimpin oleh Ketua SAMM Pahang, Kamarul Hatta Ali. Mereka kemudian bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan kawasan komplek mahkamah terbabit sekitar jam 1.00 petang. Hadir bersama dalam rombongan terbabit ialah pimpinan NGO Stop Lynas Coalition (SLC) dan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Afidavit kes tersebut telah di failkan oleh 10 plaintif dari Balok dan Kuantan menuntut supaya pemberian lesen ini ditarik balik. Pada Jumaat lepas, seramai 10 wakil penduduk berada antara tiga ke 10 kilometer dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, memfailkan permohonan semakan penghakiman ke atas lesen operasi sementara Lynas yang diluluskan 30 Januari lalu. Mereka terdiri daripada Zakaria Abdullah, Ramli @ Kamaluddin Awang, Ab Sani Ahmad, Mohd Rasid Hamzah, Mansor Bedu, Ali Akbar Othman, Hashim Bin Awang, R. Nadarajan, Pang Chee Kian dan Tuw Yin Lan dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap agensi yang bertanggungjawab.






Mereka memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman tersebut dilupuskan yang difailkan melalui syarikat guaman Kanesalingam & Co. Tiga pihak terlibat, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Corporation dinamakan sebagai responden dalam kes berkenaan. Sementara itu, Lynas pula oleh peguam Dominic Puthucheary. Semakan kehakiman tersebut dilakukan kerana penduduk dan pihaknya tidak berpuas hati dengan kerajaan yang telah memberi lesen operasi sementara kepada Lynas. Afidavit tersebut turut disokong afidavit pakar kimia dan sains material, Dr Lee Chee Hong. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan sebutan kes semakan kehakiman berhubung pemberian lesen operasi sementara (TOL) Lynas di Gebeng, pada 20 Mac ini. Hakim Datuk Rohana Yusof mengarahkan plaintif merujuk kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terlebih dahulu kerana terdapat bantahan awal yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara. Bantahan Jabatan Peguam Negara itu bagaimanapun hanya dikemukakan pagi ini dengan kes hanya didengar di dalam kamar. Antara alasan Jabatan Peguam Negara ialah penduduk tidak mengikuti prosedur sebelum melakukan kes semakan kehakiman itu seperti merayu terlebih dahulu kepada menteri berkaitan.




Sementara itu, Pengerusi Stop Lynas Coalition, Andansura Rabu kesal kerana kes itu tidak dibicarakan hari ini. “Kita akan bincang dengan peguam dan konsisten menjawab bantahan peguam negara serta bersedia memberi sebarang maklumat yang ada. “Bukan setakat peguam, kami yang hadir turut kecewa kerana kes tidak dibicarakan pagi ini,” katanya. Semakan kehakiman dilakukan kerana penduduk tidak berpuas hati dengan tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memberikan lesen operasi sementara (TOL) kepada Lynas di Gebeng. Pada 24 Februari lalu, mereka memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman itu dilupuskan. Sementara itu, lebih 100 penduduk Kuantan menaiki dua bas, selain puluhan warga kota hadir.

Share:

Video: Ulasan Tun Dr.Mahathir Mengenai Hudud

Share:

Terkini: Ustaz Badrul Amin "Di Siasat" Pihak JAIP, PKR Akan "Menfailkan Tindakan Saman" Isu Ini !

KUANTAN,27 Feb - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Ustaz Badrulamin Bahron(foto) telah dipanggil mengadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) jam 3.00 petang tadi. Ia berhubung dengan siasatan lanjut kes tangkapan khalwat terhadapnya pada 25 Februari lalu. Difahamkan, siasatan dijalankan di Tingkat 3, Bangunan JAIP (pejabat lama Pejabat Daerah & Tanah Kuantan). Beliau tiba di Pejabat JAIP pada jam 2.45 petang bersama peguamnya, Ahmad Nizam Hamid. Ia kemudian disusuli kehadiran wanita yang dikaitkan terlibat dalam kes khalwat bersama beliau yang tiba kira-kira pukul 3.05 petang diiringi anggota keluarganya. Sementara itu, satu sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang melaporkan bahawa parti itu akan menfailkan tindakan saman terhadap Timbalan Pengarah JAIP, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz. Difahamkan, para peguam PKR kini sedang meneliti asas yang kukuh untuk tindakan tersebut. Ini memandangkan, terdapatnya unsur meragukan dan ada usaha terancang pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan nama baik tertuduh dan juga parti itu sendiri. Sebelum ini, kami juga ada melaporkan Timbalan Pengarah JAIP menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Ustaz Badrulamin telah ditangkap khalwat. Namun, media arus perdana begitu rakus memainkan isu kononnya Ustaz Badrulamin sudah jatuh bersalah sedangkan hakikat sebenar isu ini masih belum diketahui lagi. Banyak kepincangan yang berlaku dan seolah-olah ia sengaja dirancang sedemikian rupa untuk tujuan menfitnah pemimpin PKR tersebut, yang juga tokoh agama terkenal itu.


Ustaz Badrulamin ceria bersama isteri dan anak-anaknya yang tersayang

[Sementara seorang pemimpin PKR Pahang hari ini menegaskan, jika benar Timbalan Pengarah JAIP, tidakkeluarkan kenyataan "Ustaz Badrulamin Di Tangkap" dan menuduh media perdana memutar belitkan kenyataannya, maka beliau harus mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit. Ini kerana dia sendiri ada mengatakan JAIP mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot dalam kes itu. MalahMenurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain. Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut. Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes tersebut].
Share:

Video: Badrulamin Dakwa Di Fitnah Pihak Luar

Share:

JAIP Nafi Timbalan Pengarahnya Buat Kenyataan Dr.Badrulamin Di Tangkap Seperti Yang Di Dakwa

KUANTAN, 27 Feb - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini menafikan bahawa Timbalan Pengarahnya, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) ada membuat kenyataan terhadap penangkapan tokoh agama dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat, Dr.Badrulamin Bahron di Hotel Swiss Garden Resort pada 25 Februari lalu. "Apa yang berlaku adalah salah faham dan kenyataannya yang telah dimanilulasi oleh pihak media. Beliau (Dato' Hj Mohd Ghazali) telah dicaci dan dihina oleh ramai pihak kononnya JAIP yang merancang tangkapan terbabit. Sebenarnya beliau hanya mengesahkan yang pihak JAIP telah melakukan operasi ketika kejadian tersebut. Operasi biasa dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang awam. Tidak ada unsur tangkapan seperti yang didakwa. Cuma, kedua-dua tertuduh dibawa ke pejabat JAIP oleh pegawai berkenaan untuk diambil maklumat berkaitan. Mereka kemudian diarahkan ke Pejabat JAIP hari ini untuk diambil keterangan selanjutnya", kata sumber JAIP hari ini. Oleh itu, beliau menyeru semua pihak agar tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan serta tidak berasas kepada JAIP atas kontroversi ini. "Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam hal itu, sudah semestinya JAIP akan menjalankan operasi bila mendapat aduan dari orang awam. Sama ada ada kes atau tidak itu terletak kepada bahagian pendakwaan. Memang benar ketika pegawai JAIP tiba, Ustaz Badrulamin berada di dalam bilik dan wanita yang didakwa itu berada diluar bersama anaknya. Namun persoalannya, di mana pasangan terbabit berada ketika suami wanita itu datang menyerbu?. Saya difahamkan, beliau yang menempah bilik lain untuk wanita terbabit. Soalnya, kenapa perlu dia timbulkan fitnah sedangkan dia tahu musibah yang lebih besar seperti sekarang akan terjadi. Apapun, biarlah pihak JAIP siasat perkara ini berdasarkan undang-undang yang ada", kata sumber tersebut.


[Media perdana pada Ahad (26 Feb) melaporkan Dr.Badrulamin telah ditangkap khalwat oleh JAIP. Malah, laporan tersebut telah disiarkan di akhbar dan TV secara eksklusif. Nampaknya, berbagai persepsi dan versi cerita yang diterima oleh ramai pihak tentang isu ini. Apapun, difahamkan Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan beliau bercuti selama sebulan untuk menyelesaikan kes yang dihadapinya itu. Malah, Dr.Badrulamin juga khabarnya telah diarahkan oleh JAIP untuk hadir ke pejabat terbabit pada hari ini bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang kejadin tersebut. Banyak lagi rupanya persoalan yang timbul dalam kes ini dan ia sudah pasti akan mengejutkan ramai pihak terutamanya umat Islam di seluruh negara. Justeru, sama-sama kita nantikan siasatan rapi oleh JAIP. Usahlah menimbulkan spekulasi dan menuduh yang bukan-bukan terhadap agensi terbabit. Mereka melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan tidak timbul soal berkonspirasi dalam kes berkenaan].
Share:

Panas: Gara-Gara Lynas, Pemuda MCA Mendakwa UMNO BN Mungkin Akan Hilang Sokongan Rakyat

KUANTAN, 27 Feb - Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan UMNO Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh ‘bermimpi’ untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Ketuanya, David Choi (foto) berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina. “Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan. “Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua,” katanya. Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat." Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan semalam dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan BN hentikan projek itu. Sementara itu, kehadiran Pemuda MCA sedikit kecoh apabila ada beberapa orang yang telah menghalau mereka dengan alasan MCA gagal bela nasib rakyat.


David Choi sempat bergambar dengan lain-lain pemimpin pemuda MCA
ketika mereka hadir ke Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 semalam


[Kenyataan Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota ini jelas merupakan satu tamparan hebat buat BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada David Choi kerana dialah satu-satunya pemimpin BN yang berani tampil menyatakan sokongan kepada rakyat dalam isu ini. Tindakan pemimpin UMNO melabelkan Lynas ditentang oleh orang Cina kerana dibayar oleh Kerajaan China dan dengki kerana tidak dapat apa-apa projek daripada Lynas jelas merupakan satu fitnah melampau yang menyebakan kaum Cina majoriti benci kepada kerajaan yang ada sekarang. Mereka pasti akan melakukan perubahan pada PRU13 ini nanti bagi membuktikan protes terhadap kerajaan. Oleh itu, UMNO BN digesa berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang bodoh tentang soal Lynas mengelang pilihanraya umum akan datang. Jika tidak, sudah pasti mereka akan kempunan merampas semula kerusi parlimen Indera Mahkota dan Kuantan daripada Pakatan Rakyat. Itu hakikatnya sekarang].
Share:

Khalwat: Tangkapan Ustaz Badrulamin Tidak Sah Dan Langgar Enakmen Tatacara Jenayah Syariah!

KUANTAN, 27 Feb - Ramai pihak keliru dengan insiden tangkapan Khalwat yang melibatkan tokoh agama terkenal, Ustaz Dr.Badrulamin Bahdun (foto) di Hotel Swiss Garden Resort dekat sini dua hari lalu. Ini kerana, berbagai persepsi berlainan telah dilaporkan tentang isu ini. PDO dengan kerjasaman beberapa orang Krew Eksklusif kami telah mengadakan operasi untuk menyiasat perkara itu. Ia bagi menghuraikan kekalutan yang timbul akibat kes berkenaan. Ustaz Badrulamin yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa telah ditangkap bersama isteri orang di sebuah bilik hotel berkenaan. Namun, kemusykilannya ialah tangkapan itu dilakukan sendiri oleh suami wanita berkenaan. Beliau bukan sahaja telah dikurung dan dihalang berhubung dengan sesiapa, malahan turut dipercayai telah dikasari oleh sekumpulan lelaki yang telah diupah oleh suami wanita terbabit. Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang dimaklumkan tentang kejadian itu telah dimaklumkan kemudian. Persoalannya yang timbul, kenapa suami lelaki melakukan kekasaran dan menangkap beliau. Sedangkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pahang, kuasa untuk menangkap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut ialah Pegawai Penguatkuasa Agama (JAIP), Pegawai Polis dan Pegawai Masjid (Imam) yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Malah semua pesalah yang ditangkap tidak boleh disentuh, malah dikurung sama sekali melainkan orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau pun melalui perbuatan. (Rujuk: Seksyen 10, Enakmen 8 Tahun 2002, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002). Malah, lebih mengejutkan ketika ditangkap Ustaz Badrulamin dipercayai berada dalam bilik sebaliknya wanita terbabit didakwa berada diluar bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Maka, atas alasan apakah beliau dikatakan telah melakukan perbuatan "khalwat". Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang. Maka, wajarkah media perdana keluarkan artikel kononnya beliau ditangkap khalwat seperti dihebahkan?.


Tangkapan khalwat sepatutnya belaku bila kedua-dua tertuduh berada
dalam keadaan yang mencurigakan dalam satu bilik seperti di atas

[Sebenarnya, masih banyak persoalan yang perlu dibongkarkan dalam kes yang melibatkan Ustaz Badrulamin ini. Walau pun isu ini nampak menyebelahi beliau, namun ada juga maklumat yang mungkin boleh memerangkap beliau. Namun, segalanya masih dalam siasatan pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Kami akan membuat laporan seterusnya selepas menerima maklumat terkini daripada pihak yang berkenaan. Apapun, kepada semua rakyat terutamanya umat Islam, diminta berhati-hati dengan berbagai persepsi dan versi berbeza yang mereka terima tentang kejadian ini. Kami akan dapatkan info tepat tentang apakah yang berlaku di sebalik kejadian yang penuh kontroversi tersebut].
Share:

Panas: Amuk UMNO Di Himpunan Hijau Penang

Share:

Panas: Najib Kata Lynas Selamat, Ikuti Kenyataan Rakyat Pula 'Tentang Dakwaan' PM Malaysia Itu !!

Datuk Seri Najib Razak (foto) semalam berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat. Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan. "Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya semalam. Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat. "Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat,” katanya. Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan pagi ini bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat. "Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian. "Kita nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," kata beliau.



[Kenyataan Najib ini sebenarnya bukan berlandaskan fakta kesihatan, tapi lebih kepada fakta ekonomi dan kewangan semata-mata. Ini kerana, seluruh dunia mengesahkan projek terbabit memang mempunyai risiko kepada rakyat buat selamanya. Jika benar Najib kata selamat, maka eloklak beliau membina rumahnya berhampiran kilang terbabit. Rakyat Kuantan yang berhadapan dengan risiko Lynas bukannya Najib. Mereka mungkin sudah selesa mendapat habuan masing-maing selepas membawa masuk kilang yang ditolak oleh seluruh dunia itu. Selamat dalam erti kata "untung besar" memanglah tidak dapat dinafikan, tetapi apakah ia benar-benar selamat sedangkan kontraktor utama projek itu sendiri menarik diri gara-gara gusar dengan tahap keselamatan dan juga kesihatan kilang terbabit].
Share:

Eksklusif: Video Himpunan Hijau Di Pulau Pinang

Share:

Panas: UMNO Mengamuk Dekat Felda Lepar Hilir, Nurul Izzah 'Nyaris Menjadi Mangsa' Malam Tadi !

KUANTAN, 27 Feb - Amalan politik ganas yang berlaku terhadap pembangkang di seluruh negara kini menular ke negeri Pahang pula. Terbaru, samseng upahan UMNOterus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, dekat sini malam tadi. Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan UMNO kebelakangan ini, kian berleluasa. Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (foto) nyaris menjadi mangsa. “Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng UMNO,” katanya. Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan felda bukan lagi kubu kuat UMNO BN. Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan. “Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal. “Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ,” katanya di twitter jam 1 pagi ini. Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini. Sementara itu, Ketua Cabang PKR Paya Besar, Hj.Zahari Mamat juga akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini.


Inilah wajah pemimpin pemuda UMNO yang mengamuk malam tadi

[Apa yang terjadi di Felda Lepar Hilir 1 ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula kawasan tersebut adalah merupakan kubu kuat UMNO BN. Maka, apa yang menyebabkan mereka terlalu gusar dengan sokongan yang ada. Kejadian ini membuktikan mereka kini begitu takut akan kalah dan kehilangan kuasa pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebenarnya. Lantaran itulah mereka terpaksa bertindak diluar batasan kemanusiaan dengan menyerang tempat ceramah pembangkang seperti yang berlaku semalam. Mereka kini sudah tidak berani lagi berhadapan dengan hujjah dan terpaksa menggunakan kekerasan untuk memastikan sokongan rakyat terhadap mereka kekal. Namun, rakyat kini sudah bijak dan tidak lagi seperti dulu. Mereka sudah pasti akan melakukan perubahan, jika inilah cara UMNO berjuang. Kemungkinan besar DUN Lepar akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kini makin jelas kelihatan. Oleh itu, teruskan perjuangan demi masa depan rakyat yang mahu perubahan].
Share:

Eksklusif: Video Himpunan Hijau Kuala Lumpur

Share:

Tan Seng Giaw: DAP Desak Kerajaan Tubuhkan PSC Untuk Kaji Loji Memproses Nadir Bumi Lynas !

KUANTAN, 26 Feb - Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Seng Giaw (foto) mendesak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk mengkaji loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, yang bernilai RM700 juta. "Seperti juga perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas parlimen, maka perkara yang sama juga (kepada Himpunan Hijau 2.0), satu jawatankuasa pilihan khas parlimen perlu dilihat berkaitan Lynas," katanya. Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong itu berkata kerajaan mengambil berat pandangan rakyat, dan melihat semula isu pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah, Perak. Katanya, berkata sisa bahan yang melibatkan Lynas dan Bukit Merah suatu ketika dahulu, mempunyai persamaan iaitu mengandungi sisa 'thorium' dan ia dipercayai menyebab berlakunya leukemia di kawasan sekitar. Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Tony Pua dan Ronnie Liu. Sementara itu, tokoh Lim mengingatkan kerajaan jika mengabaikan suara rakyat, ia akan memberi kesan terhadap undi kepada mereka. "BN kata mereka yakin untuk mengekalkan semua kerusi di Pahang, tetapi hari ini mereka diberi amaran bahawa lebih banyak kerusi mereka akan kalah selagi rakyat mengambil berat tentang alam sekitar dan pengurusan kerajaan yang baik," katanya lagi. sumber
Share:

Video Ucapan Anwar Semasa Himpunan Lynas 2.0

Share:

Lynas: Najib Buat Kenyataan Tanpa Rujuk Fakta !


Share:

Galeri Foto Perhimpunan Hijau 2.0 Di Kuantan








Share:

Panas: Khalwat, "Ustaz.Badrulamin" Bongkarkan Rahsia Sebenar Apa Yang Telah Menimpa Dirinya

KUANTAN, 26 Feb - Susulan kes penangkapan khalwat yang melibatkan tokoh agama dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ustaz Dr.Badrulamin Bahron (foto) di Hotel Swiss Garden yang telah dikecohkan oleh media arus perdana semalam, maka akhirnya pemimpin terbabit tampil membuat penjelasan apakah isu yang sebenarnya terjadi kepada beliau semalam. Kenyataan itu telah diedarkan kepada media, bagi tidak menimbulkan salah faham dan prasangka buruk semua pihak terhadap beliau. Menurut Dr.Badrulamin apa yang terjadi semalam adalah satu tindakan terancang pihak-pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan diri beliau. "Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini. Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian", katanya. Menurutnya lagi, pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau bagi memaklumkan bahawa dirinya sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Dr.Badrulamin Nafi Di Tahan Penguatkuasa JAIP


"Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin. Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa", tambahnya. Difahamkan kumpulan lelaki yang bersikap ala samseng itu berhenti memukul beliau apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan beliau keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahannya yang ketika itu berada berseorangan di dalam bilik. "Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini. Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya", tambah beliau lagi.
Share:

Panas: Pihak Polis Beri 12 Syarat Untuk Penganjur Himpunan Hijau 2.0 Di "Padang MPK 4" Hari Ini !

KUANTAN, 26 Feb - Pihak polis, yang sebelum ini meluluskan penggunaan padang MPK4 di Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 hari ini. Polis semalam menetapkan 12 syarat untuk dipatuhi penganjur perhimpunan tersebut. Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff (foto) dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0. Berbanding dengan syarat-syarat yang dikenakan sewaktu perhimpunan 'Bebaskan Anwar' di Kuala Lumpur bulan lalu yang melarang semua jenis risalah dan kain rentang serta pembesar suara, namu polis Kuantan nampaknya lebih lembut. Manakala risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan. Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran. Syarat-syarat lain ialah; Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam. Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita “bertape” dengan menggunakan alat-alat yang lazimnya digunakan. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4. Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu. Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan dan diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut. Dan yang terakhirnya Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.
Share:

Anwar Dedahkan Isu Terkini Di Pejabat PKR Serta Bertemu Rakyat Di Teluk Chempedak Malam Tadi!

KUANTAN, 26 Feb - Beberapa jam menjelang Himpunan Hijau 2.0, satu Ceramah Perdana Pakatan Rakyat telah diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang, di Jalan Beserah dekat sini malam tadi. Ceramah menampilkan pemimpin besar PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) dan Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) itu telah mendapat sambutan sebahagian daripada rakyat yang hadir. Kehadiran tidaklah terlalu membanggakan, mungkin akibat promosi yang terlalu singkat dan tidak meluas. Namun, orang ramai berpuas hati dengan beberapa penjelasan Anwar termasuk isu serangan peribadi terhadap beliau, isu Israel dan laporan berkenaan pertemuannya dengan beberapa orang tokoh politik dan ulamak terkenal ketika lawatannya ke Timur Tengah baru-baru ini. "Saya menjadi popular akibat diserang bertalu-talu oleh media UMNO. Mereka serang saya hari-hari.. tapi kita nak bercakap untuk bagi penjelasan lima minit pun tak dibenarkan.. Ini demokrasi ala UMNO", kata Anwar. Beliau turut menjelaskan, walau pun serangan terhadapnya semakin menjadi-jadi, dan selepas melalui berbagai rintangan dan dugaan, kini dia tabah menghadapi segalanya. "Saya diserang dengan isu Israel, tapi mereka berniaga dengan Israel. Kita datang Kuantan, Pemuda UMNO berdemo di perkarangan Ibu Pejabat PKR. Ini semua kerja bodoh puak-puak UMNO", tambah Anwar lagi. Sementara itu, Ketua Umum PKR itu juga turut mengajak anak-anak muda melakukan perubahan sama seperti apa yang berlaku di Mesir dan lain-lain negara arab sebelum ini. "Orang muda perlu bangkit buat perubahan, beri undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Saya jumpa Perdana Menteri Tukri, Erdogan.. bayangkan dalam masa tiga tahun memerintah beliau banyak buat perubahan kepada rakyat. Pendidikan percuma dari tadika hingga ke peringkat universiti. Dulu dia tiru dan hormat saya semasa menjadi Menteri Kewangan.. sekarang saya kata nak tiru dia beri kebajikan kepada rakyat. Jika kita menang, pendidikan percuma untuk rakyat", kata Anwar lagi. Turut berucap malam tadi ialah Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman dan Saudara Andansura Rabu (Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota) yang juga merupakan orang kuat dalam kempen bantahan Lynas. Beliau menjelaskan beberapa perkara berkenaan Himpunan Hijau 2.0.





Selepas tamat menyampaikan ucapannya di situ, Anwar bergegas ke Teluk Chempedak untuk bertemu rakyat terutamanya anak-anak muda di sana. Rombongan Anwar yang diuruskan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang itu, telah disambut dengan laungan reformasi oleh orang ramai yang berada di pantai itu. Masing-masing teruja dan terkejut kerana pemimpin hebat seperti Anwar singgah ke situ. Malah, ada yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman serta mengambil gambar beliau. Anwar sempat bertemu rakyat kira-kira setengah jam sebelum beredar ke Hotel Swiss Garden untuk agenda seterusnya. Beliau sempat membuat ucapan ringkas mengajak rakyat turun beramai-ramai ke Padang MPK4 pagi ini bagi memberi sokongan terhadap bantahan Lynas. "Saya datang dari Pulau Pinang dan menetap di Kuala Lumpur. Tapi saya hadir ke sini untuk membela nasib rakyat Kuantan. Kita tidak tolak pembangunan, tetapi biarlah ia tidak menjejaskan rakyat. Kenapa perlu ambil risiko membawa masuk kilang Lynas ke sini. Mereka dapat untung besar tapi rakyat terpaksa menanggung derita akibat hidup dalam ketakutan gara-gara kewujudan kilang ini", kata Anwar. Beliau kemudiannya beredar dari pantai itu kira-kira jam 11.30 malam, sambil mendapat tepukan gemuruh dari kalangan rakyat pelbagai kaum yang berada di situ. Turut bersama dalam rombongan itu ialah Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin dan pemimpin AMK pusat dan juga Pahang.






Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.