
KUANTAN, 15 Feb - Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bandar ini pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Kerusi terbabit ialah DUN Teruntum (Parlimen Kuantan) dan DUN Semambu (Parlimen Indera Mahkota). Demikian ditegaskan oleh bekas calon PKR DUN Kemayan (Parlimen Bera) PRU-12 lalu, Mohd Shukri Mohd Ramli. Beliau yang juga merupakan seorang blogger menegaskan, jika tiada aral melintang beliau mungkin akan bertanding di salah satu DUN terbabit. Menurut Shukri, sebelum ini Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob ada mengatakan "kuasa ketiga (third force)" bakal menggugat parti-parti yang bertanding pada PRU ini, namun mereka tidak harus melupakan kuasa ketiga dikalangan blogger dan media baru. "Saya berminat untuk bertanding di salah satu DUN terbabit, bagi memberi ruang yang lebih terbuka kepada rakyat terutamanya orang-orang Melayu membuat pilihan. Tambahan pula, kedua-dua DUN itu ditandingi oleh calon bukan Melayu sedangkan majoriti pengundi berdaftar di DUN terbabit adalah kaum Melayu. Saya lebih selesa bertanding sebagai calon bebas yang pro-rakyat untuk membela nasib rakyat di kawasan DUN terbabit. Banyak isu-isu rakyat terutamanya berkaitan orang Melayu di bandar Kuantan gagal dibela oleh pemimpin sedia ada. Isu tanah rizab Melayu Transit Point, isu peniaga Melayu di Malay Town, isu peniaga Melayu di Medan Pelancong (benteng), isu peniaga dan masyarakat Melayu yang terus terpinggir sekarang ini perlu dibela oleh pemimpin Melayu. Jika pemimpin Melayu sedia ada gagal bertindak mempertahankan isu-isu besar seperti ini, maka beri ruang itu kepada rakyat buat pilihan", jelas Shukri.
Calon Melayu Perlu Di Kerusi DUN Majoriti Melayu
Kerusi DUN Semambu kini diwakili oleh wakil BN, Pang Tsu Ming dari MCA. Beliau menewaskan calon PKR, Nancy Khong Saw Gek dengan majoriti 2,136 undi pada PRU12 lalu. Berdasarkan rekod, seramai 6,177 pengundi berdaftar tidak membuang undi ketika itu dan sebahagian besarnya adalah berbangsa Melayu. Jumlah pemilih berdaftar di DUN terbabit ketika itu ialah 15,427 orang. Sementara itu bagi kerusi DUN Teruntum pula, ia dimenangi oleh calon BN Chang Hong Seong dari MCA. Beliau menang ke atas calon PKR Siew Fook Chan dengan majoriti tipis sebanyak 293 undi sahaja. Beliau mendapat 8,015 undi, manakal Siew mendapat 7,722 undi. Jumlah pemilih berdaftar ketika itu ialah 22,742 orang, tetapi seramai 6,486 orang dipercayai tidak hadir untuk mengundi. Malah, sebahagian besar daripada mereka juga adalah pengundi Melayu. Alasan yang diberikan ialah mereka tidak rela kerusi majoriti Melayu ditandingi oleh kaum lain. "Untuk PRU-13 kali ini, saya difahamkan (tidak rasmi) peratusan pengundi Melayu di DUN Teruntum mencecah 70%, manakala DUN Semambu hampir 60%. Ini bermakna, kedua-dua kerusi berkenaan sepatutnya ditandingi oleh calon berbangsa Melayu. Namun akibat kesepakatan yang telah dicapai oleh parti yang bertanding, baik BN mahupun PR maka kedua-dua kerusi tersebut diberikan kepada calon bukan Melayu. Maka, itulah saya rasa terpanggil untuk menawarkan diri bertanding di salah satu kerusi tersebut pada pilihanraya umum kali ini", kata Shukri lagi.

Dua orang ADUN MCA yang mewakili rakyat di kawasan majoriti Melayu
di bandar Kuantan, Pang Tsu Ming (kiri) dan Chan Hong Seong (kanan)
Menurut Shukri lagi, beliau sudah berbincang dengan beberapa pihak dan ramai yang mahu agar dia menyertai PRU kali ini atas kapasiti bebas berikutan beliau kini tidak berparti selepas mengundur diri daripada PKR awal tahun lalu. "Saya lihat banyak isu-isu Melayu dalam bandar gagal dipertahankan oleh dua ADUN terbabit selama ini. Malah, mereka tidak langsung peka dengan isu-isu berkenaan untuk dibawa ke sidang DUN Pahang selama ini. Maka itu, rakyat perlu bijak membuat pilihan kali ini. Kuasa ketiga perlu diberi pilihan untuk membela nasib mereka. Cara terbaik ialah meletakkan calon Melayu di dua kerusi DUN terbabit demi menjaga masa depan kaum Melayu dalam bandar Kuantan. Saya tidak rela satu persatu khazanah orang Melayu terlepas ke tangan orang atas nama pembangunan. Satu persatu masalah timbul gara-gara kelekaan pihak yang berkenaan. Justeru saya melihat inilah peluang untuk saya berjasa kepada rakyat Kuantan dalam kontek yang lebih luas iaitu sebagai wakil rakyat dan tidak lagi aktivis rakyat seperti sekarang", kata Shukri lagi. Walau bagaimana pun, beliau masih tidak menolak kemungkinan sedia bertanding atas tiket parti terbabit jikalau di beri peluang berbuat demikian oleh kedua-dua pihak berkenaan.

Ketika berceramah kepada rakyat pada hari pencalonan PRK Hulu Selangor
ketika beliau masih lagi aktif bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dulu
Calon Melayu Perlu Di Kerusi DUN Majoriti Melayu
Kerusi DUN Semambu kini diwakili oleh wakil BN, Pang Tsu Ming dari MCA. Beliau menewaskan calon PKR, Nancy Khong Saw Gek dengan majoriti 2,136 undi pada PRU12 lalu. Berdasarkan rekod, seramai 6,177 pengundi berdaftar tidak membuang undi ketika itu dan sebahagian besarnya adalah berbangsa Melayu. Jumlah pemilih berdaftar di DUN terbabit ketika itu ialah 15,427 orang. Sementara itu bagi kerusi DUN Teruntum pula, ia dimenangi oleh calon BN Chang Hong Seong dari MCA. Beliau menang ke atas calon PKR Siew Fook Chan dengan majoriti tipis sebanyak 293 undi sahaja. Beliau mendapat 8,015 undi, manakal Siew mendapat 7,722 undi. Jumlah pemilih berdaftar ketika itu ialah 22,742 orang, tetapi seramai 6,486 orang dipercayai tidak hadir untuk mengundi. Malah, sebahagian besar daripada mereka juga adalah pengundi Melayu. Alasan yang diberikan ialah mereka tidak rela kerusi majoriti Melayu ditandingi oleh kaum lain. "Untuk PRU-13 kali ini, saya difahamkan (tidak rasmi) peratusan pengundi Melayu di DUN Teruntum mencecah 70%, manakala DUN Semambu hampir 60%. Ini bermakna, kedua-dua kerusi berkenaan sepatutnya ditandingi oleh calon berbangsa Melayu. Namun akibat kesepakatan yang telah dicapai oleh parti yang bertanding, baik BN mahupun PR maka kedua-dua kerusi tersebut diberikan kepada calon bukan Melayu. Maka, itulah saya rasa terpanggil untuk menawarkan diri bertanding di salah satu kerusi tersebut pada pilihanraya umum kali ini", kata Shukri lagi.
Dua orang ADUN MCA yang mewakili rakyat di kawasan majoriti Melayu
di bandar Kuantan, Pang Tsu Ming (kiri) dan Chan Hong Seong (kanan)

Ketika berceramah kepada rakyat pada hari pencalonan PRK Hulu Selangor
ketika beliau masih lagi aktif bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dulu
[Selama ini ada pihak yang menyangka "kuasa ketiga" yang dimaksudkan ialah NGO yang dipimpin oleh pihak bebas seperti PERKASA (Ibrahim Ali), JATI (Hassan Ali) dan AMANAH (Ku Li) semata-mata. Namun, mereka lupa, kuasa ketiga yang lebih "power" ialah BLOGGER dan MEDIA BARU. Maka itu, tindakan blogger terbabit untuk menjadi kuasa ketiga di kawasan majoriti Melayu haruslah diberi perhatian oleh semua pihak. Jika tersalah langkah, pasti kedua-dua pihak akan kecundang pada kali ini. Apapun, semua pihak diminta tidak memandang rendah kehadiran blogger terbabit jika benar beliau akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi DUN yang dinyatakan itu. Oleh itu, bersedialah untuk berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru pada kali. Selamat berjuang buat semua!].






MAJORITI MELAYU (KWS.BANDAR KUANTAN) - BIARLAH "CALUN MELAYU"- JADI WAKIL..
BalasPadamNANTI.. KENDURI/KENDARA,PROGRAM/CERAMAH AGAMA/ KEMATIAN - LEBIH SENANG DIURUS/DIMULIAKAN...
CUKUP SUDAH - DGN. WAKIL BUKAN MALAYU (CINA) SBB. DAH DIBELI PELUANG.
MELAYU, PERLU PEKA TERHADAP PERMASALAH INI. JANGAN DOK PIKIR "BANTUAN" SAHAJA.
ELOK LAH "CMK" - JADI CALUN MELAYU TUNGGAL INI..
SEMUGA "PAKATAN RAKYAT" - PAS/PKR AMBIL BERAT SOAL "PENCALONAN" INI, DEMI UNTUK KESEJAHTERAAN MELAYU.
SYABAS YOU "CMK" SEMUGA TERUSKAN PERJUANGAN..!!!
MELAYU "WARGA KUANTAN- BOLEH"..!!
Bekas calon mmg layak jd calon... lagu pun CMK dah dua kali jadi calon sebenarnya... soal PAS bukan soal calon... sbb PAS dah ada calon2... x timbul soal calon pun.. jgn buat tuduhan bukan2 kat CMK nii.. pepandai jerk anony nii
BalasPadam