
KUANTAN, 14 Feb - Orang ramai kecewa dengan tindakan kerajaan mempergunakan "mahasiswa IPT" untuk membantu mereka mempromosikan Lynas yang kononnya bagi menagkis dakyah pihak tertentu berhubung isu tersebut. Baru-baru ini, sekumpulan mahasiswa terdiri daripada lebih 100 orang yang kononnya bergerak atas nama Program Aman Kampus telah digunakan sebagai "senjata baru" oleh kerajaan untuk menyakinkan rakyat tentang projek itu. Paling mengejutkan ialah mahasiswa terbabit turut dibawa mendengar taklimat berkaitan projek itu di kilang Lynas sendiri dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini. Lebih menarik apabila dengan sekali taklimat sahaja Pengerusi program itu, Mohd. Shahar Abdullah (foto) berkata, kehadiran Lynas akan memberi banyak impak positif kepada penduduk. "Lynas adalah projek yang baik dan bakal memberi impak positif kepada sosioekonomi negara dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan tempatan," katanya. Beliau dan mahasiswa terbabit diberi peluang mendengar taklimat hampir dua jam oleh wakil syarikat mengenai peluang pekerjaan yang disediakan oleh kilang memproses nadir bumi tersebut Mohd. Shahar berkata, selepas ini wakil Aman Kampus akan mengedarkan risalah mengandungi maklumat terperinci berkaitan pembinaan kilang itu di setiap kampus universiti.

Mahasiswa IPT terbabit sempat bergambar pula dengan kakitangan Lynas
Mahasiswa IPT terbabit sempat bergambar pula dengan kakitangan Lynas
[Tindakan kerajaan dan Lynas menipu para pelajar supaya menyokong mereka dengan memberi taklimat tentang peluang pekerjaan dengan kilang terbabit. Sepatutnya penerangan harus diberikan tentang risiko sisa buangan rare earth dan bagaimana ia boleh memberi impak kepada manusia. Keduanta, taklimat perlu diberikan kenapa kontraktor utama boleh tarik diri gara-gara sola keselamatan dan kesihatan kilang terbabit. Malah, paling memalukan tidak mungkin dengan satu taklimat sahaja maka mahasiswa itu boleh menerima segalanya. Kerajaan perlu ingat, mahasiswa terbabit dari luar Pahang dan mereka tidak akan menetap di Kuantan. Jika ada pun yang belajar di Kuantan, paling lama mereka akan menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun disini. Sedangkan risiko radioaktif akan diterima oleh rakyat mungkin dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Justeru, usahlah mempergunakan mahasiwa untuk menipu rakyat. Kerajaan perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapi rakyat, bukannya dengan menjaja cerita yang bukan-bukan untuk tutup kelemahan mereka].






Apakah gaknya alasan membawa budak2 ni ke Lynas. Mereka ini kan diajar oleh profesor kangkong dan rakyat udah nampak tunas kangkong dalam diri mereka. Mereka kesana bersuka-suka kerana dijanjikan peluang pekerjaan apabila keluar universiti. Disebabkan kangkong maka kamu boleh menipu mereka.
BalasPadamOFFER KERJA..
BalasPadamKALAU BOLEH KERJA:..
KILANG ARAK, 4EKOR, TOTO, LADANG BABI.. SEMUA PENDAPATAN ADALAH LUMAYAN..
TAPI.. KITA ADA ETIKANYA, KALAU DIBUKA ,DEMI RM/SESUAP NASI SEMUA ORANG MAHU, TAK KIRA HARAM!!
GITU JUGA KILANG2 BERISIKO TINGGI, OFFER KERJA.. SEMUA ORANG MAHU, XKIRA BAHAYA.!! MATI- SOAL LAIN. FI-RALLY, MOTOR RACING, PUN SENANG MATI.. TAPI LUMAYAN!!
...M'SIA BOLEH, JANJI, RM 5BILLION MASUK/HASIL...
BUDAK2 IPT NIE, JANJI MASUK DUIT,..OK JE..!!
NANTI MINTA BUDAK2 IPT NI HADIR PADA 26.02.2012 NI.. DENGAR PULAK TAKLIMAT PRO-KONTRA LYNAS NIE..DI TAMAN GELORA, BARU DIA TAHU. BAWALAH 3/4 BUAH BUS..OFFER!!
.. SETAKAT MELAWAT KILANG (MACAM LAWAT OPEN ZOO) SAJA.. DUDUK DALAM BUS, PUSING-PUSING ,APA DAPAT??
MACAM TU KE BUDAK2 IPT NI BELAJAR..?? TU BELAJAR TENGOK SAJA MACAM TENGOK FOOTBALL SOCCER!!.
TANYA LA PROFFESOR2 YOU ALL, CAM TU KE NAK BUAT TESIS , TENTANG PEMBERSIHAN RARE EARTH NIE..?? PAKAI SABUN KE..?? kahkahkah..!!
Mana Ada contractor yg tarik diri wahai PDO ooiiiii... X sudah2 nak menipu...
BalasPadamOkay, yang ini saya tak puas hati. Ini saya boleh kata fitnah yang jelas. Saya ada di sana. Penjelasan tentang Lynas, bukannya peluang pekerjaan. Cuma masa sesi soal jawabl ada sorang student tanya pasal peluang pekerjaan. So, ini saya boleh sahkan fitnah. Siapa tak puas hati, boleh kontek saya. Saya ada di sana.
BalasPadamini semua fitnah. saya hadir ke taklimat tersebut. :) bertaubatlah.
BalasPadamGORY,ANON 10.33am..
BalasPadamAPA KAMU DAPAT DLM PENERANGAN TTG LYNAS..??
NAIK BAS..PUSING KELILING, LIHAT BESI BERCERACAK, LIHAT TANGKI AIR, POND, PAIP-PAIP (SPT.KILANG PETROKIMIA),DLL YG XSIAP..??
MACAM LIHAT "WILD ANIMAL" DI-OPEN ZOO.?? ITU KE CARA BUDAK2 IPT MELAWAT.?? CUBALAH PERGI KE-KOREA/JAPAN -BELAJAR CARA2 MELAWAT KILANG!!
APA KAH YOU SURE BAHAN TU "RARE EARTH" YG DITUNJUKKAN. BADAN MANA YG SAHKAN.??. MESTI ADA SURAT IAEA/SIRIM, KAN GITU?? SAMPEL, SATU MESTI ADA YG "ORI" DAN DISEAL/SAHKAN, BETUL? ADA TAK? KOT AMBIK KAT BELAKANG "UMP" JE?? SBB SEMUA BAHAN ADA UNSUR "RADIOAKTIF"
MUDAHNYA ,BUDAK2 IPT "PERCAYA" MACAM SKIM MLM JUAGAK YE??.. hehehe
PUNYA LA SENANG NAK PENGARUHI BUDAK2 IPT "UMP" NI..
BalasPadamBAGI BAS FREE, MAKAN FREE.. TERUS JE SETUJU/ SOKONG APE2 SAJE..!!
Takde dah nak buat kajian/ rujukan lain. Datang le pd. 26.02.2012 ni di Padang MPK 1, Depan Masjid Besar Kuantan. Baca broser2/kenyataan2 seluruh dunia!!
CAMNA NAK LULUS CEMERLANG.. KE COPY & PASTE JE.. sorrylah!!!
Geram betul aku tengok tulisan magenta PDO ni, tak apa... dah lah bodoh teknologi, buat-buat pandai pulak.
BalasPadamislam mengajar kita duduk berbincang jika tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara..betul la tu dieorang ke sana untuk dapatkan maklumat yang sebenarnya..ini duk membangkang jer..ade ke orang anti lynas gi duk berbincang dengan orang Lynas ni..
BalasPadamkebanyakan orang yang bekerja kat Lynas ni ramai ahli PAS..kalau contractor cina berlambak-lambak.
orang DAP pun ramai gak yg keje kat Lynas tu..
BalasPadam