script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahmad Maslan: Shahrizat Jalil 'Tidak Perlu' Letak Jawatan Isu NFC Kerana Tiada Kaitan Dengannya

MARAN, 10 Feb - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada sebab untuk meletakkan jawatan ekoran isu kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Datuk Ahmad Maslan (foto). Ketua Penerangan UMNO itu berkata, Shahrizat tidak seharusnya meletakkan jawatan kerana suaminya yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorporation tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. “Shahrizat tidak seharusnya dibebani dengan masalah NFC ini kerana beliau tidak ada kena-mengena dengan syarikat tersebut walaupun suaminya mempunyai kaitan. “Itu adalah satu kebetulan. Shahrizat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suaminya untuk berniaga. Tambahan pula, jika suami atau isteri menteri tidak berniaga, apa lagi kerja yang mereka boleh lakukan,” katanya di Bandar Tun Razak Jengka, malam tadi. Ahmad berkata demikian sebagai respons kepada desakan beberapa pihak supaya Ketua Wanita UMNO itu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti bagi melicinkan proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu NFC. Beliau turut berkata, geran bernilai RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut bukan diperuntukkan secara percuma, sebaliknya ia adalah satu bentuk hutang yang perlu dibayar. “Selain itu, NFC, sama seperti lima atau enam syarikat lain, mereka turut bertanding untuk mendapatkan tender di mana mereka akan membuat pembentangan atau taklimat dan hanya syarikat terbaik sahaja yang terpilih. “Tambahan pula, syarikat tersebut mendapat kelulusan projek dari Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) dan bukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipegang oleh Shahrizat,” katanya. Beliau turut menegaskan, jawatankuasa NFC juga telah memutuskan bahawa Shahrizat tidak ada kaitan dengan syarikat tersebut.

[Nampaknya, Ahmad Maslan masih cuba untuk mempertahankan Sharizat dalam isu ini. Tidak kira dia siapa, tapi projek itu diberikan kepada keluarganya. Makanya disitu ada wujudnya unsuk kronisme. Tidak perlulah mahu mempertahankan diri lagi. Tambahan pula, pendedahan yang dibuat siap dengan bukti-bukti bergambar. Dokumen yang berkaitan juga didedahkan. Tidak mungkin Sharizat langsung tidak ambil tahu apakah urusan perniagaan yang dilakukan oleh suami dan anak-anaknya. Ini satu sandiwara untuk menutup mata rakyat kononnya dia tidak bersalah. Berpijaklah dibumi yang nyata dan Ahmad Maslan tidak perlu cuba menjadi juara untuk menjaga imej Ketua Wanita UMNO yang menanti rebah itu. Shahrizat kini adalah liabiliti kepada UMNO BN pada PRU13 ini].

Share:

6 ulasan:

  1. Kenapa tiada kaitan? Tak kah suami dan anak anak beliau merupakan teraju dalam NFC.Dan Sharizat pula sebagai sa orang menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya memantau nya tambahan pula bisnes dalam satu keluarga.sharizat harus sedar itu wang rakyat.

    BalasPadam
  2. bengongnye menteri ni,mcm ni:
    1. klau kak jat bukan menteri - projek ni mereka xkan dpt.
    2. cmpany mereka bkn pakar malah tiada pngalaman lngsung dlm hal lembu
    3.ada akai ka,,pakai kredit kad utk beli brang2 projek -otak lembu
    4.isteri/suami boleh bisnes tp bkn dgn merompak duit rakyat cara halus.

    BalasPadam
  3. Mangkok hayun ....ahmad maslan.Banyak mana agak nye makan tahi LEMBU.Allah beri otak untok berfikir bukan nya suruh merapu......ahmad maslan lebih baik letak jawatan sabagai ketua penerangan umnoo.....tolong ijat jaga dan beri makan lembu

    BalasPadam
  4. KALAU SOKONG DAPAT "LEMBU" FREE.. TAK NAK KE..??
    NAK KENDURI XPAYAH SUSAH2 BELI, BERI PERCUMA..!! JENOH MAKAN, XYAH KELUAR DUIT PON.
    ORANG " BERBUDI" KITA BERBAHASA, DAH ADA PEPATAH MELAYU.. MELAYU "BOLEH".
    INGAT "BACKING" SAJA2 KE., KES BERAT MACAM NIE>??? PIKIR NEGATIF/PIKIR POSITIF>>> DAPAT JAWAPAN.

    BalasPadam
  5. ACU DEME SEME PIKIR...
    MACAM MANA DIA KATA " CLAIM" PROGRES PAYMENT.. KPD PIHAK KEMENTERIAN (ASAS TANI)..
    KALAU SAMPAI 26 JUTA (BELI MERC, KONDO-KONDO, KAD-KREDIT).. DIA "CLAIM" MACAM MANE WEH!!!
    NAK JUGAK BELAJOR NIE..?? NAK CLAIM KAT "GOMEN".. SBB ASYIK KENA "REJECT" SAJA BILA BUAT "CLAIM" NIH..!!
    PERNAH DULU CLAIM "RESIT HOTEL" JE.. MACAM2 KENA TANYA.. TU PONG HOTEL "BUDJET" JE RM35.00... NI RM JOTE2 MUDAH PULAK..!!!

    BalasPadam
  6. Respek pd Bung Mokhtar...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.