script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: PAS Berikan Tempoh Tiga Hari Supaya MB Trengganu Tarik Balik Tuduh "Parti Ajaran Sesat"

K.TERENGGANU, 10 Feb - PAS memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan "Parti Ajaran Sesat". Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik (foto) berkata, jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau. "Tuduhan itu sangat berat," katanya kepada pemberita di sini hari ini pada Majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin PAS negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut. Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan PAS sebagai "Parti Ajaran Sesat". Abu Bakar berkata PAS belum menetapkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ahamd sekiranya Menteri Besar Terengganu itu gagal menarik balik kenyataan beliau.

[Kenyataan MB Terengganu ini sungguh mengejutkan, di saat ramai yang mengatakan dia lebih rapat dengan orang-orang PAS daripada kalangan orang UMNO sendiri. Malah, beliau dikatakan sering muncul dalam program-program anjuran PAS mutakhir ini terutamanya di kawasan beliau. Namun, bila membuat tuduhan PAS "Parti Ajaran Sesat" ia terus menjatuhkan imej Ahmad Said sebenarnya. Ungkapan itu telah lama tidak kedengaran dan hanya dibuat oleh mat-mat rempit di tepi-tepi jalan atau generasi muda yang dulunya menolak PAS. Namun kini, ramai dikalangan mereka sudah bersama parti itu. Anehnya Ahmad Said masih tergamak membuat kenyataan dangkal seperti itu. Wajarlah PAS ambil tindakan terhadap Menteri Besar Terengganu atas kenyataan yang cukup biadap ini].

Share:

3 ulasan:

  1. memang kata kata dari mat said ni kurang ajar.Specis ni kena ajar dn ambil tindakan

    BalasPadam
  2. PATUT MAT SAID (MIKE TYSON TWO-2) KENA BERTOBAK DAN MINTA MAAF BANYAK2..
    PAHAMAN AKU,,, KALU DIA KATA MACAM NIE.. TG NIK AZIZ , HAJI HADI DAN ULAMAK2 PAS NI SESAT BELAKA BAIK PENGAJARAN/ AKIDAH DIA.
    SBB.. DIA IKUT/DUDUK DLM PAS.. BETUL TAK..??
    HUKUM TUDUH ORG SESAT, SAMALAH TUDUH ORG TU KAPIR... KAPIR TU SESATKAN..??
    MAKA SEME ORANG PAS NIE KAPIR???... NAUZUBILLAH...!!
    MENGUCAP SIKIT MIKE TYSON-2...
    TOBAT & NGAJI LG DGN TOK2 GURU...
    KALU TIDAK MUNG KENA REJAM SAMPAI MATI NIE....!!!
    MINTA ORG -UMNO SELAMATKAN AKIDAH MAT SAID NIE, SEBELUM DIHANTAR KE KUBOR..!!!

    BalasPadam
  3. Kalau tak mahu lebel 'Parti Ajaran Sesat' baik pilihlah apa suka..

    Parti Angguk Saja...?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.