script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Akan Atur "Gerak Gempur" Di DUN Kijal Dan Desak "Menteri Besar Terengganu" Mohon Maaf !

SHAH ALAM, 15 Feb - PAS menggesa agar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (memohon maaf dan menarik balik kenyataannya pada 8 Februari lalu bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. Ahmad enggan berbuat demikian walaupun diminta sebelum ini. Ketua Penerangannya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, PAS kesal de­ngan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi UMNO Tereng­ganu itu bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. “Tuduhan tersebut melampau. Keceluparan Ahmad kita serah kepada ALLAH SWT. “Hingga ke saat ini parti tidak bercadang untuk mengambil tindakan perundangan terhadapnya,” katanya semalam. Sebelum ini, Ahmad dilaporkan enggan tunduk kepada desakan PAS menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ajaran sesat. Beliau diberikan tempoh selama tiga hari untuk berbuat demikian. Ahmad dilaporkan berkata demikian pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal bahawa penyelewengan dan kesesatan yang dibawa PAS terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat. Ahmad mendakwa bukti jelas dan nyata, adalah Amanat Haji Hadi dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah. Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan mahkamah akan difikirkan selepas ini dengan PAS Terengganu. “Sekarang kita sibuk menumpukan perhatian membuat persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. Kita tidak mahu fokus kita terganggu. “PAS Terengganu diminta menumpukan kepelbagaian program di Dewan Un­dangan Negeri (Dun) Kijal yang diwakili Ahmad bagi memastikan beliau tewas dalam pilihan raya akan datang,” katanya. Menurutnya, PAS akan serang habis-habisan di kawasan DUN Kijal dan juga akan mengadakan solat hajat untuk kemenangan PAS.

Share:

6 ulasan:

  1. Kan ke awak dah bagi warning pada MB tu,kalau tak minta maaf nak saman,saman je lah.Takut ke,takut terdedah kesesatan Pas di mahkamah?.Orang dah banyak points utk membuktikan dolak dalik Pas selama ini.Tak caya tanya Dr.Hassan Ali.

    BalasPadam
  2. Bukan takut tapi berhemah.. Kalau nak saman dah lama PAS jadi Parti Juatwan.. Pasal Hasan Ali itu.. dialah Bapak Pelesit Malaysia...Kalau awak pun dah pecaya dengan Puak-Puak Abdullah Bin Ubai maka Abdullah Bin Ubai jugalah awak.

    BalasPadam
  3. Kalau berhemah mengapa dulu bagi amaran utk saman?.Nak putar sokmo pe nyokong Pas ni sekarang di mana-mana pun org dah tak takut berhujah dgn puak Pas.Kalau tentang Pas Abdullah bin Ubai,itu je lah modal nya.Kau yg kena tipu hidup di Pok Nik,HH danLGE dan Nuar al Jub masih tak sedar.

    BalasPadam
  4. Takdok pulak aku dengar melayu saman cina ke india ke

    BalasPadam
  5. Melayu saman melayu cini india tepuk tangan. Boloh sama melayu hahahaha

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.