KUANTAN, 10 Feb - Orang ramai di sekitar bandar ini resah dan gelisah akibat masalah keputusan bekalan elektrik yang melanda sejak semalam. Difahamkan, hampir separuh bandar Kuantan lumpuh akibat masalah terbabit. Petang semalam, gangguang bekalan elektrik berlaku hampir 20 minit bermula jam 7.30 petang. Walau pun ada sebahagian kawasan telah dibaik pulih namun masih ada kawasan lain yang masih bermasalah sebenarnya. Bekalan berjaya dipulih beberapa jam selepas itu. Manakala di sebelah pagi ini, sekali lagi bekalan elektrik terputus hampir satu jam lamanya. Orang ramai menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat apa yang berlaku sebenarnya. Kami gagal menghubungi pegawai yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Akibat keputusan bekalan elektrik banyak operasi perniagaan terjejas dan ia melumpuhkan terus aktiviti ekonomi di sekitar bandar ini. Kesesakan lalulintas juga berlaku di sana sini akibat lampu trafik yang gagal berfungsi. Keadaan menjadi kelam kabut dan orang ramai menjadi panik. Masing-masing menyerbu keda-kedai yang berhampiran untuk mendapatkan lilin. Jualan lilin "sold out", malah ada yang menjualnya dengan harga yang jauh berbeza dari hari biasa. Apapun, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.
[Kejadian terputus bekalan elektrik yang berlaku amatlah mengejutkan kerana masing-masing tidak bersedia berhadapan dengan keadian serupa itu. Malah, difahamkan lalulintas sekitar bandar Kuantan lumpub teruk apabila lampu isyarat tidak berfungsi. Apa yang pasti, orang ramai perlu bersedia berhadapan dengan risiko sebegini pada masa-masa yang akan datang. Jangan sudah terantuk baru tergadah, masa yang sama baru mahu mendapatkan alatan seperti lilin dan lampu picit. Semua yang berlaku adalan pengajaran besar buat kita semua. Apapun, TNB perlu bertanggungjawab atas segala kerugian yang dialami oleh pelanggan akibat masalah yang berlaku. Kami masih lagi menantikan info apakah puncanya].

Takdak lah. Umah aku ada letrik daa
BalasPadamTipulah pdo. Janganlah buat fitnah. Nerakalah jawabnya
BalasPadammemang blackout kawasan indera mahkota 2 ,pukul 7.30pm.
BalasPadam