
Apa sudah jadi kepada Datuk Hasan Ali (foto) sekarang?. Semakin hebat namanya dipopularkan oleh media arus perdana, rupanya semakin hari semakin hilang sokongan rakyat terhadap beliau sebenarnya. Terbaru, dalam ceramahnya di Kg.Melayu Subang semalam. Sungguh memalukan apabila hanya kerusi dan tiang-tiang khemah sahaja yang sanggup mendengar "celoteh Hasan Ali". Sebaliknya, tiada manusia yang tergamak untuk memberi sokongan untuk mendengar apatah lagi hadir ke ceramahnya itu. Bukti jelas ini menunjukkan Hasan Ali rupanya semakin tenggelam walau pun UMNO begitu ghairah mempromosikan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Populariti Hasan kini mula merudum, walau pun beliau sendiri mengaku ribuan orang hadir ke ceramah "Bicara Ummah"nya di sana sini. Namun, hakikatnya adalah jauh sekali berbeza. Rakyat sebenarnya sudah muak dengan manusia "bertopeng" seperti Hasan Ali ini. Beliau tidak mempunyai prinsip perjuangan dan hala tuju yang jelas dalam hidupnya. Langkah menubuhkan NGO Jalur Tiga (JATI) dilihat tidak lebih untuk membantu UMNO BN terus berkuasa di negara ini. Malah, kenyataan yang beliau keluarkan kononnya jika Pakatan Rakyat menang maka Melayu dan Islam akan kehilangan kuasa. Malah, dia juga membuat tuduhan dangkal berasaskan kepada emosi semata-mata mutakhir ini. Semuanya itu adalah bagi mempopularkan dirinya yang kini kian terbuang di hati rakyat. Hasan masih mempunyai peluang untuk menginsafi dirinya, jika dia mahukannya.

Bukti, celoteh Hasan Ali gagal tarik perhatian orang ramai untuk hadir
Lagi bukti bergambar sila klik pada laman blog ini erapasca.com

Bukti, celoteh Hasan Ali gagal tarik perhatian orang ramai untuk hadir
Lagi bukti bergambar sila klik pada laman blog ini erapasca.com
[Namun, melihat kepada apa yang berlaku sekarang sememangnya nampak jelas dia semakin selesa dengan apa yang dilakukan. Omongannya untuk mempertahankan Islam dengan mengarahkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat jelas membuktikan Hasan kini sudah buta mata dan hati melihat kebenaran. Dia lupa, siapa yang berkuasa itulah patut melaksanakan dulu hukum-hukum Allah di atas muka bumi ini. Namun, Hasan melihat UMNO selolah-olah sudah perfect, dan melakukan segalanya. Walhal, dia sendiri sedar bahawa dirinya kini sudah tidak bernilai lagi di mata umat Islam. Namun, dek kerana perasan PHD (Perasaan Hasad Dengki) yang meluap-luap dalam hatinya maka Hasan rela melakukan apa saja. Apa yang penting ialah agar pemimpin UMNO melihat dia sudah melakukan yang terbaik untuk mempertahanka parti itu. Namun, Hasan lupa Allah melihat apa yang beliau lakukan. Walau kini dia seronok dengan tindakannya itu, namun satu hari nanti beliau pasti akan sedar kesilapan yang dilakukan].






ceramah macam org bodo...pkr dap berkuasa azan tak kumandang lagi...zaman sekarang tak yah lah tipu org sampai macam tu..
BalasPadamapa susah x de azan.... umno ada, jati & sume NGO pasal ISLAM adakan ... wat la demo.tentang...... ala 5 tahun skali undi.. xpi ku lihat pastinye UMNO akn jadi batu api .... tgk jele kt selangor..... muak la cite melayu2 .... luaran sibuk dalamn songlap duit.... hahahahhah
BalasPadameh..asal kat fb dia ramaipulak? gambar mengadap ke belakang xda ke?
BalasPadamkasian dia.....Belalang oi Belalang AH SANG dah jdi pak nujun ye......kenapa belalang tak bilang sama bapak..AH SANG nak bagi motovasi kat KERUSI dn MEJA Kg Melayu Subang
BalasPadamIni dr blog Dr Hasan Ali.Ramai jugak yg datang. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=366634796693643&set=a.366634280027028.90436.107095222647603&type=3&theater#!/photo.php?fbid=366634796693643&set=a.366634280027028.90436.107095222647603&type=3&permPage=1.
BalasPadambest juga dapat ceramah kat kerusi dan meja.....lepas ni ceramah kat hutan,paya,sungai,longkang dn jamban.
BalasPadamTahniah Datuk! teruskan perjuangan hingga ke tetesan & saf terakhir, pedulikan samada org nak dengar ke tidak, apa yang penting PERABOT JATII
BalasPadam