KUANTAN 19 Feb - Seluruh kepimpinan dan jentera UMNO Barisan Nasional (BN) Pahang kini berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja dalam tahun ini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Mohd. Sharkar Shamsuddin (foto) berkata, berkat komitmen dan kerja kuat berterusan seluruh ahli dan kepimpinan parti, beliau yakin BN negeri akan mampu mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. "Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menetapkan KPI kita (BN Pahang) iaitu 14 kerusi Parlimen. Kita yakin akan mencapai KPI itu 100 peratus berkat usaha berterusan UMNO dan seluruh parti komponen BN negeri. "Seterusnya, mengekalkan negeri ini sebagai negeri biru yang mana sudah lama negeri ini menjadi negeri biru dan insya-Allah akan terus kekal," katanya. Ditanya mengenai kerusi panas seperti di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, Mohd. Sharkar berkata, beliau yakin dua kerusi Parlimen itu yang kini dimiliki pembangkang akan dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun katanya, ia memerlukan komitmen berterusan daripada seluruh ahli parti termasuk parti-parti komponen untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa BN adalah sebuah parti yang bekerja dan benar-benar membela nasib mereka. "Ditambah calon yang disebut oleh Pengerusi BN sebagai calon boleh menang dan disenangi rakyat, insya-Allah saya yakin kita akan dapat merampas kembali dua kerusi Parlimen yang dimiliki pembangkang itu," katanya. Beliau berkata, hubungan antara pemimpin UMNO dan parti-parti komponen BN di negeri ini cukup baik dan jika wujud perbezaan pendapat sekalipun ia adalah sesuatu yang lumrah bagi mana-mana organisasi. "Apa yang penting kami sepakat dan bekerja bersama demi memastikan BN diterima rakyat dan terus kekal sebagai parti memerintah di negeri dan negara ini," katanya. Mengenai pertemuan kepimpinan UMNO dan parti-parti komponen BN negeri dengan Muhyiddin kelmarin, Mohd. Sharkar menyifatkan pertemuan itu adalah yang terbaik dalam usaha merencanakan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
[Kenyataan Sharkar ini tidak kena pada tempatnya. Jika dulu, mungkin UMNO BN boleh mendabik dada dan berbangga kononnya mereka boleh memerintah negeri ini buat selamanya. Namun, beliau harus ingat sehebat-hebat Selangor yang jauh lebih maju dari Pahang, akhirnya tumbang kepada pembangkang. Semuanya kerana rakyat sudah jemu dan muak dengan pentadbiran mereka yang banyak menipu, rasuah, menyeleweng dan merompak khazanah rakyat. Sharkar juga harus ingat berapa banyak kawasan tanah dan lombong di DUN Lanchang kini menjadi hak beliau atau proksinya. Menjadi pemimpin memang seronok, tapi mengaut kekayaan dengan merampas hak rakyat itu sudah jadi satu dosa besar dalam perjuangan. Rakyat tahu berapa banyak harta dan aset yang telah beliau kumpul sekarang ini, sejak dia menjadi orang kanan MB Pahang. Ingatlah, UMNO BN hanya akan kekal berkuasa di Pahang jika mereka terus "merasuah" rakyat terutamanya masyarakat peneroka. Maknanya, Sharkar dan UMNO akan punggah berjuta-juta wang untuk membeli undi. Itu saja cara mahu menang. Bukan dengan sokongan padu rakyat sebenarnya. Apapun, dengan isu Lynas yang ada sekarang maka Sharkar tidak boleh mendabik dada dan terlalu sombong kerana PRU13 ini Tsunami Politik baru akan melanda Pahang. Lakukalah perubahan mulai sekarang!].






Kita tengok sajalah pusat pertanian yang diangap terbesar di rantau Asia terbiar begitu saja....tempat pengumpulan pun tutup....jadi gajah putih...jalan berdebu....tidak diTar...jalan ke Jerkoh....!
BalasPadamMasalah air di Jengka Pusat tdk pernah selesai...yg herannya rumah ibubapa ADUN JENGKA YB Wan Salman di Jengka 15 pun tak berair 2,3 hari yg lalu...
BalasPadamADUN Jengka Wan Salman adalah anak peneroka Jengka 15...tapi Jengka 15 tempat ibubapanya pun tidak ada air..kampung dia sendiri tak dapat dia selesaikan mslh, tapi kempen BN selesai mslh rakyat...auta!!
ADUN JENGKA ini duduk di BP, pun selalu kering kontang tak berair....
ayuh sharkar........adakan PRU 13 dlm masa terdekat.....rakyat nak tengok kata kata kamu tu betul atau kata kata menyedapkan pimpinan atasan agar dipilih jadi calon nanti....kot ...kot nanti Pahang di perintah olih Pakatan Rakyat...INSHA ALLAH
BalasPadamOrang Lanchang tengah marah sangat kat anak Din Teksi tu, habis balak kat lanchang dia sapu.
BalasPadamSekarang orang Lanchang sedang kempen "Lanchang untuk orang Lanchang" bagi menghalau Sharkar selaku calon import dari dun itu.
Ayah dia Abang Din Telekom(bekas)....orang Kerdau....waris juga dng. bekas YB.Ustz Riduan....tapi dema bukan kenal saudara/mara....negur pun tak ndak...usah menkaji jalur jalur waris....siapa kamu dan siapa ayah kamu....itulah manusia....!
BalasPadamOrang Jengka jangan tunggu air dari JBA=Jangan Beri Air....buat sajalah telagga kat rumah sedut naik tangki....buat macam Terengganu dan Kelantan....dulu pun kita mandi perigi juga....!
BalasPadam