KUANTAN, 14 Feb - NGO yang membantah projek pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation dekat sini, perlu menyahut cabaran Menteri Besar Pahang dan membuktikan mereka boleh mengumpul lebih dari 20,000 orang peserta dalam Perhimpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan akan diadakan di Padang MPK 1 berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I pada 26 Februari ini. MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) dalam satu kenyataannya semalam menyatakan Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran dan menyambut mereka (peserta) dengan tangan terbuka. Dalam satu kenyataannya yang disiarkan di akhbar Sinar Harian hari ini Adnan berkata, kehadiran peserta himpunan terbabit akan menambahkan sumber pendapatan buat peniaga dan pengusaha hotel di bandar ini. “Mustahil mereka yang datang tidak berbelanja, makan dan menginap di hotel di sini, jadi ia boleh meningkatkan pendapatan golongan peniaga. “Kalau boleh, kita galakkan lebih ramai yang datang, lebih ramai lebih bagus, iaitu jadikan ia seramai 30,000 orang datang ke perhimpunan tersebut,” katanya. Beliau berkata sedemikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Penghargaan Penyampaian Cek Kerajaan Negeri terhadap 12 penerima yang menjadi pelapor kesalahan rasuah di di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel di sini, semalam. Adnan berkata, negara ini adalah negara demokrasi dan menerima daripada mana mereka yang datang asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman orang ramai. “Lagipun ramai orang suka datang ke sini (Kuantan), cuacanya baik, polis baik tak tangkap orang, ada pantai,.“Mungkin selepas ini, ada pula tunjuk perasaan iaitu 40,000 yang membantah dan melawan balik mereka (Himpunan Hijau), jadi ia sekali gus meningkatkan lagi pendapatan peniaga,” katanya. Adnan menegaskan ia tidak memerli usaha Himpunan Hijau dan ketika ditanya jika penjawat awam boleh menyertainya, ia bergantung pada kebenaran ketua jabatan masing-masing. “Malah saya pun nak sertainya dan boleh berjumpa dengan mereka semua,” katanya yang juga cadangkan agar perhimpunan itu dibuat secara bersiri seperti Himpunan Bersih.
[NGO yang terbabit dalam gerakan mengajak rakyat membantah Lynas seperi Stop Lynas Save Malaysia (SLML), Stop Lynas Coalition (SLC) dan banyak lagi perlulah membuktikan kepada MB Pahang bahawa mereka mampu mengumpul jumlah 20,000 tersebut bagi membuktikan kepada kerajaan majoriti rakyat menolak projek berkenaan. Jika gagal, maka "millage politik" akan diperolehi oleh kerajaan, dan membuktikan bahawa bantahan Lynas itu sebenarnya hanyalah retorik politik pihak tertentu untuk memancing undi dan meraih sokongan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Walau pun kenyataan Adnan itu dilihat seperti tindakan memperli pihak terbabit, namun realitinya mereka harus membuktikan. Apa yang diharapkan agar keterbukaan Kerajaan Negeri Pahang ini tidak menjurus kearah tindakan ganas seperti yang berlaku di Hotel Hyatt, Teluk Chempedak dulu. Malah, kita amatlah berharap agar pihak polis juga akan memberikan kerjasama sebaik mungkin untuk memantai program ini nanti. Tidak perlu berlaku provokasi yang boleh mencetuskan huru-hara dan masalah yang lebih besar. Justeru, seluruh rakyat digesa hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan terhadap bantahan Lynas. Inilah masanya untuk rakyat buktikan pendirian mereka].

Tok Nan,kesian tuanpunya syarikat balak sedang mogok lapar dan mengancam membakar diri jika Kerajaan Pahang ititu Tok Nan sendiri tidak membayar RM70 juta sepertimana yang diistiharkan oleh Mahkamah. Mana keadilan BN. Bagini kah BN mentadbir sebuah negeri seperti gengster tidak pedulikan perintah Mahkamah. Apa implikasi terhadap pelabur2 yang mahu melabur di Pahang.
BalasPadamBN perintah selama 54 tahun dan akhir2 ini nampak seolah-olah tidak berdaya perintah lagi, oleh itu biar ler parti lain ambil alih pemerintahan negeri ini. Boleh rakyat membuat perbandingan. Pulau Pinang dan Selangor adalah menjadi satu contoh yang baik berbanding negeri2 yang dikuasai oleh BN.
SAMA-SAMA WARGA KUANTAN - MEMENUHI RUANG DEPAN MASJID (PADANG MPK-1) NANTI.. BUKTIKAN!!
BalasPadam...SMSL PELU ADAKAN SEBANYAK MUNGKIN, SEPANDUK2/ BROCHER/PEMPLET/ BUKTI2 PENERANGAN UNTUK PENGUNJONG2 NANTI.
PENTAS UTAMA PERLU DIADAKAN, JUGA PENJAGA KESELAMATAN, TRAFIC DAN PENJAGA KEBERSIHAN SEBAGAIMANA SPT MASA2 LALU.(SYABAS BUAT SMSL, STU PELUANG YG BAIK)
DATO' NAN, PERLU KOTA JANJI.. DEMO SECARA AMAN, TIDAK ARAHKAN PASUKAN KESELAMATAN MENANGKAP SESIAPA/ MERAMPAS SEPANDUK2/ BROCHER2 INI..!!
TANNIAH TOK NAN, TAHNIAH SMSL..!!~
klasss tok nan....
BalasPadamPertama kali aku sokong MB Phg ni dengan mengatakan bahawa pengusaha kedai dan hotel akan menjana pendapatan dgn kehadiran peserta Himpunan Hijau 2.0, lebih ramai lagi bagus. Memang betul tu. Tapi kenapa BERSIH 2.0 kerajaan tidak memikirkan spt MB Phg pikir. Lepas tu temuramah pulak pencacai murahan depa masuk la kat TV3suku serta media pro depa. ABU!!!!
BalasPadambagi la saya kawasan bijih besi.3oo ekar pun jadi la kontrak 60 tahun.pasti saya sokong lynas semua la apa2 je lah.saya pun nak kaya jugak.nak beli gak rumah kat bukit istana mcm kroni2 bijih tu..nak beli merc cls350 bmw x6 helikopter jet peribadi.boleh tak ni..teringin la nak rasa income masyukk 800k sebulan mcm kawan2 tu.
BalasPadam